Friday, April 07, 2006

Cerita tentang Muizz...

Petang semalam(kat Sandakan dah malam), abah terima call dari rumah. Ingatkan siapa, rupanya anak jantan kesayangan abah yang call.

Abah: Hello, siapa cakap tu?

Muizz: Ahmad.

Abah: Ohhh, abang telefon abah ya? Abah ingatkan Ummi. [Muizz gelak]

Abah: Abang dah makan ke?

Muizz: Dah

Abah: Abang pergi school tak?

Muizz: Pergi [Gelak lagi]

Muizz: Abah tak habis lagi ke naik aeroplane?

Abah: Belum la sayang, lambat lagi. Abang ahmad tak nak datang sini ke naik aeroplane?

Muizz: Nak

Abah: Cuba pergi tanya Ummi nak datang tak kat sini?

Muizz terus tanya Ummi dia.

Muizz: Abah, ok.

Abah: Ummi kata OK ke? Abang rindu abah tak?

Muizz: Rindu. Ahmad rindu abah [Gelak lagi]

Muizz: Abah, kejap ek, ummi nak cakap.

Lepas tu pun abah sembang la sekejap dengan Ummi. Abah tanya la Ummi kenapa Muizz happy sangat bunyinya. Ummi kata dia sibuk nak call abah. So, ummi pun ajarlah dia dail nombor abah. Ummi sebut nombor, dia tekan button telefon tu. Dia terus jadi excited bila dengar suara abah dalam telefon.

Lepas Ummi cakap ngan abah, mesti pass kat dia balik gagang tu, kalau tidak sure dia mengamuk. Hehe.

Abah: Abang, oklah dulu. Nanti abang call abah lagi.

Muizz: OK

Abah: Abang, abah sayang sangat kat abang. I miss you.

Muizz: I miss you too.

Abah: I love you.

Muizz: I love you too.

Abah: Assalamualaikum.

Muizz: Kum salam tullah. [Ini version Muizz jawab salam]. Abah dah penat betulkan sebutannya, tapi itu juga yang disebut.

Hehe, abang...abang. Macamanalah abah tak sayang abang sangat2. Abang selalu buat abah surprise.

Nantilah, bulan Mei nanti, abah akan bawak juga Muizz dan Ummi datang jalan-jalan ke Sandakan. Boleh tengok orang utan di Sepilok, kalau nasib baik, jumpa Bigfoot terus. Haha.

Oklah, abah nak gi solat jumaat lak. Kat sini awal. Lunch lepas solat nanti.

3 comments:

Anonymous said...

syahdu perbualan anak dan abahnya..a happy family

Abah Mui'zz said...

PB, abah tak tahu lah lepas sebulan nanti camna. Baru 6 hari ni pun, abah dah demam2 ingatkan Muizz dan Ummi.

aarin, alhamdulillah. Inilah benda2 yang Allah beri untuk buat abah seronok dengan hidup.

Anonymous said...

abahmuizz, begitulah adanye kehidupan pabila bersama selalu kita nak marah2 ngan anak2 nih,walaupun sdkit kesalahan dibuat...pabila berjauhan...nah ambek penangannye...hingga nak demam2...
tak tau samada peribahasa ni masih relevan...sayangkan isteri ditinggal2kan, sayangkan anak ditangan2kan ( jgn d tgnkan hingga separuh nyawa plak )...ntah betui ntah idak pribahasa ni sb udah lama tinggaikan sekolah .