Tuesday, April 18, 2006

Cerita tentang majalah...

Tadi sementara jaga peksa, sempat juga abah baca Majalah Nur keluaran Jan 06. Kebetulan, ada rakan opis abah kat sini bawak, so abah pinjam je la. Ada juga la yang pelik bila abah kata abah baca Majalah Nur. hehe, tak apa. Pada orang lain mungkin pelik la, tapi pada abah, ok je. Dan abah baca hampir semua benda yang boleh dibaca pun, baik Mingguan Wanita, baik URTV, baik Al-Islam, etc. Asalkan majalah tu tidak tumpukan 100% pada fesyen, resipi dan kosmetik, akan abah baca kalau berkesempatan. Tapi baca sajalah, bukan belipun.

Oklah, abah saja je sebenarnya nak berkongsi beberapa benda berguna yang abah dapat dari majalah yg abah baca tadi tu.

1. Tentang hati
Kata Imam Al-Ghazali, "Saya hairan dengan manusia yang sangat mengutamakan kebersihan dan keindahan tubuh, sedangkan hatinya tidak mereka bersihkan daripada kotoran batin dan maksiat, padahal Allah hanya memandang hati mereka seperti firmanNya dalam surah asy-Syams, ayat 7 hingga ayat 10".

2. Tentang sunnatullah
Ramai manusia mengharap kebahagiaan, tapi menanam benih derita; ramai manusia mengharapkan kasih sayang, tapi menanam benih kebencian; ramai manusia mengharap kejayaan, tapi menanam benih kegagalan. Lebih malang lagi, ramai manusia mengharap untuk mendapat syurga, tapi melangkah ke jalan neraka. Paling malang, ramai mengharapkan keredhaan Allah tetapi menanam benih kemurkaanNya.

3. Tentang tips meraih cinta suami
Tip 1 - Berusahalah dengan tulus dan ikhlas dalam 'menyerahkan hidup' dan berbakti kepada suami sambil berharap pahala Allah. Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Apabila seseorang perempuan menunaikan solat, puasa, memelihara kemaluannya dan berbakti, mentaati suaminya, dia akan masuk syurga." (Riwayat al-Bazzar)

Tip 2 - Sentiasa bersederhana dalam penampilan. Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Sebaik-baik perempuan adalah yang menyenangkanmu apabila engkau memandangnya, mentaatimu apabila engkau perintahkan dan menjaga dirinya dan hartamu apabila engkau tiada dirumah". (Riwayat Tabrani)

Tip 3 - Berusaha untuk selalu sabar dan tidak menyakiti hati suami. Sabda Rasulullah, "Tidaklah seorang perempuan menyakiti hati suaminya di dunia, melainkan bidadari calon isterinya (di akhirat) berkata, "Janganlah engkau sakiti dia, Allah membencimu. Sesungguhnya dia disisimu hanya sementara waktu, dan akan berpisah darimu untuk berkumpul dengan kami."" (Riwayat Ahmad)

Tip 4- Sentiasa berusaha menjadi pasangan yang menyenangkan dikamar tidur. Belajar cara dan teknik menyenangkan suami ditempat tidur, dan anda akan mendapati suami selalu melimpahkan cintanya untuk anda.

Itulah tiga benda yang abah rasa berguna untuk sama-sama kita hayati.

Muizz demam semalam, dan Ummi dah bawa pergi jumpa doktor kesukaan Muizz. Pagi tadi abah call pun, dia mengadu dia demam. Tapi alhamdulillah, setakat ni, dia masih boleh bermain walaupun demam. Rindukan abah agaknya, sebab pengasuh muizz pernah beritahu Ummi, katanya "Muizz selalu tunggu abah dia telefon. Kalau abah dia telefon, suka sangat dia." Abang, bukan abang saja rindu pada abah, abah lebih-lebih lagilah rindu pada abang...

3 comments:

Anonymous said...

cerita tentang Sunnatullah buat saya merenung jauh..thanks Abah kerana menjadikan saya Insan yang lebih berfikir..

Anonymous said...

...selagi manusia d panggil manusia selagi itulah dugaan mendatang...kalau tidak, tidak adalah istilah peristiwa di akhir zaman...semua yg berlaku d kaitkan dgn akhir zaman...adakah selama ini manusia tidak merenung jauuhhh & berfikirrrr???

Abah Mui'zz said...

Sue, sama-sama. Abah letak pun memang nak suruh kita semua fikir dan berubah jadi lebih baik.

Bang long, memang manusia fikir, tapi cuma beberapa kerat saja, beberapa kerat lagi tak terfikir pun, atau mungkin sengaja tak nak fikir. Yang merenung pun ya juga. Ada yang merenung tapi tak nampak apa, sedangkan yang lain, merenung dan perolehi sesuatu.

P/S: Angguk-angguk geleng-geleng, tunduk-tunduk, ikut telunjuk .... hehe, muizz pandai nyanyi rangkap lagu ni.