Friday, April 14, 2006

Cerita tentang surat : surat rindu buat Ummi...

Ummi, pertama-tamanya, maafkan abah kerana menulis surat terbuka abah untuk Ummi diblog kesayangan abah ini. Niat abah cuma satu, abah menulis surat ini untuk abah nukilkan rasa rindu abah pada Ummi.

Sungguh Ummi, satu-satunya perasaan yang abah rasa pada masa dan ketika ini [dan sejak kebelakangan ini sebenarnya], ialah abah sangat rindukan Ummi. Hahaha, abah fikir Ummi pun tahu sebenarnya yang abah tidak boleh berjauhan dengan Ummi.

Duduk didaerah asing ini untuk beberapa ketika, telah mengajar abah banyak perkara. Dan satu perkara ketara yang abah pelajari hasil dari kesunyian dan kerinduan abah pada Ummi ialah: Kasih sayang, selain perlu disalurkan dengan perbuatan, juga perlu dituturkan dengan kata-kata.

Abah tahu semenjak abah bersama Ummi untuk hampir enam tahun lamanya, abah sangat ego dalam memendam rasa hati abah. Bukan semua rasa hati, tapi rasa hati yang abah sangat cintakan Ummi. Seingat abah, terlalu jarang abah tuturkan pada Ummi betapa abah sangat cinta dan kasih pada Ummi. Tapi kejauhan ini sesungguhnya telah berjaya cairkan keegoan abah. Abah tak boleh tipu diri dan hati abah. Dan abah mula sedar yang abah sesungguhnya perlu belajar ucapkan rasa kasih, rasa sayang abah pada Ummi, dan juga pada Muizz.

Abah juga pohon maaf pada Ummi kerana abah tahu selama hampir enam tahun ini, banyak kata-kata yang kurang sedap didengar, keluar dari mulut abah. Walaupun mungkin niat dihati bukan untuk berkata2 sebegitu pada Ummi, tapi sebab Ummi yang berada disamping abah, secara tidak langsung, kata2 itu sikit sebanyak kena juga pada Ummi. Abah mohon maaf sungguh-sungguh. Abang tahu Ummi sedih, abah tahu Ummi kecewa, walau sekuat mana Ummi cuba untuk sembunyikan. Namun, sesedar manapun abah tentang itu, ego abah masih kuat bermaharajalela. Abah tahu Ummi sangat dambakan abah supaya berkata “I am sorry” setiap kali abah lukakan hati Ummi. Abah sedar itu, tapi mulut abah sangat berat untuk ucapkan itu. Abah dengan bodohnya berfikir, yang memohon maaf itu akan hanya membuat ego kelelakian abah tercalar.

Alhamdulillah Ummi, kejauhan ini telah buat abah sedar yang abah perlu jadi suami terbaik pada Ummi dan abah terbaik pada Muizz. InsyaAllah, abah akan berusaha untuk jadi yang terbaik. Dan abah mohon moga Ummi turut sama membantu abah dalam menjadi manusia seperti itu.

Ummi sesungguhnya adalah perkara terbaik yang Allah kurniakan untuk abah. Walaupun abah tahu abah bukan manusia baik, tapi abah sangat yakin Allah temukan abah dengan Ummi, untuk menjadikan abah manusia yang lebih baik. Kelembutan wajah Ummi, kesopanan bicara Ummi, kecantikan budi Ummi, kemanjaan gelak tawa Ummi, dan tidak lupa, keenakan hasil air tangan Ummi – itu semua beradun menjadi satu dalam hati abah tika ini. I love, and I miss you, soooo much.

Oklah Ummi, takat ini saja surat rindu abah untuk Ummi. Dan sebagai penutup surat terbuka yang sangat bermakna pada abah ini, abah tujukan dua lagu dibawah ini khusus untuk Ummi.

Lots of love, and kisses;
Abah yang merindui...
Sandakan.

P/S: Teringin abah meminjam kata-kata penerima Anugerah Maulidur Rasul 1427H, "Isteri saya adalah anugerah tidak ternilai daripada Allah..."

14 comments:

YuN said...

alamak abah....lupa la...

masuk dlm kereta pagi tadi, dah rasa dah. Mcm ada something tertinggal. Puas duk fikir.

Dah sampai opis ni baru teringat. Abah nak lagu.."Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi,dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri...."

Tinggal kat umah la abah..hehehe

Anonymous said...

haha abahmuizz...rasanya peribahasa yg bang long kata seketika dulu tu masih relevan...hehe

...sayangkan isteri tinggal2kan...

Yun, time time mcm ni semua lagu rindu jadik sedap...

Anonymous said...

Nasib baiklah Am kalau outstation tak lama sangat, kalau tidak penuh blog Am dengan surat cinta hehehe

Anonymous said...

feeewit, lagu pon jiweng.. hehehe .. umi bace ye blog abah?? umi tanak tulis surat balas ke .. hihihihi

Abah Mui'zz said...

Yun, ko memang, suka lupa, walaupun masih muda belia. hehe.

Bang long, betul peribahasa tu.

PB, insyaAllah. Abah akan cuba.

Am, hehe, abah pecaya bila Am kata blog Am akan penuh ngan surat cinta kalau outstation lama. :-)

Faizah, Ummi memang hari2 baca blog abah. Hehe, the one and only peminat setia blog abah. Dan ummi tak yah balas Faizah. Ummi cakap dia terharu tu pun dah seribu rahmat pada abah.

abiumar said...

Memang gitu sifat manusia... yang didepan mata tak terasa.... adanya. Bila berjauhan mula merindu..... dan terasa betapa berharganya dia.

~comei~ said...
This comment has been removed by a blog administrator.
~comei~ said...

anim suka lagu richard marx tu...

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Terima kasih bah for a lovely letter. I dont know what to say.. as long as abah loves both of us.. I am the luckiest person in the world.

You are great enough for being your self.. and please dont change any of it.. because the old abahmuizz is my truly first love and abah, we aren’t perfect, that’s why we are complementing each other..

Anyway bah… terima kasih baaaanyak banyak… mi terharu sangat…

Miss you and love you sooo much too

Anonymous said...

السلام عليکم ورحمة الله وبرکات

Bang Long doakan abah & ummimuizz sekeluarga berbahagia ke ahkhir hayat...amin!!

abiumar said...

Abipun doakan juga hingga ke syurga.....

Maaf atas segalanya.

Abah Mui'zz said...

Bang Long dan Abi,

Terima kasih banyak2 atas doa dan harapan kalian. InsyaAllah, moga kita semua akan kesyurga Allah, walaupun tahu macam tak layak saja.

Abi, tidak ada apa yang perlu dimaafkan. Abah maafkan segala kesalahan kawan2 hampir setiap hari.

Anonymous said...

Isk2.. saya pulak yg rasa terharu..

~comei~ said...

anim pun doa yg sama.. dan semoga segala urusan di permudahkan oleh-Nya.. :) aminn..