Saturday, April 22, 2006

Cerita tentang cerita...

Malam semalam abah malas nak buat kerja yang masih tak siap lagi tu. Dan sebab malas nak buat, abah habiskan masa dengan tonton TV saja. Daripada Buletin Utama, abah ke The Collector dan akhirnya, terpaku pada satu cerita di TV3 -
A Walk To Remember.


Dah lama abah tak tonton cerita macam ini. Cerita yang simple saja, tapi sarat dengan perasaan. Pada abah, A Walk to Remember is a beautiful story. Sepanjang 2 jam abah tengok, abah rasa cerita tu berjaya mengusik perasaan abah yang pelbagai. Kadang terasa seronok, sekejap rasa bengang, kemudian rasa bahagia, rasa rindu, dan akhirnya rasa sayu, terutamanya masa ayah Jamie menangis dikatil hospital, dan juga waktu Carter memeluk ayahnya. Hehe. Abah..abah, apa la abah ni, tengok cerita TV pun boleh ada macam-macam rasa ke??

Kisahnya simple saja, tentang percintaan dua pelajar sekolah tinggi. Daripada jadi bahan ejekan, Landon(lakonan Shane West) akhirnya jatuh cinta dengan Jamie(lakonan Mandy Moore). Dan cinta itu bukan cinta biasa macam kata Siti Nurhaliza, cinta itu satu cinta yang cukup mendalam abah rasa. Jamie mati kerana leukimia, tapi cinta dalam diri dia tidak dibawa bersemadi didalam kubur bersama-sama jasadnya. Sebab cinta itu nampaknya masih mekar juga dihati Landon, yang akhirnya menjadi suami Jamie sebelum dia mati.

Sekali fikir, macam susah je nak jumpa cinta yang macam itu, tapi abah rasa ramai orang yang mempunyai cinta seindah itu, cinta yang tidak pernah padam, walaupun jasad telah dikandung tanah. Dan satu contoh terbaik yang abah rasa, ialah cinta Pak Lah pada arwah isterinya.

Abah juga tertarik dengan lagu nyanyian Jamie semasa pementasan dramanya. Dan cari punya cari, terjumpa juga abah dengan lagu itu - Only Hope. Disini abah sertakan lagu itu berserta liriknya sekali, kot-kot anda yang tak sempat tonton cerita semalam tu, nak dengar juga.


There's a song that's inside of my soul.
It's the one that I've tried to write over and over again
I'm awake in the infinite cold.
But you sing to me over and over and over again.


So, I lay my head back down.

And I lift my hands and pray

To be only yours, I pray, to be only yours

I know now you're my only hope.

Sing to me the song of the stars.
Of your galaxy dancing and laughing and laughing again.

When it feels like my dreams are so far

Sing to me of the plans that you have for me over again.

So I lay my head back down.

And I lift my hands and pray

To be only yours, I pray, to be only yours

I know now, you're my only hope.


I give you my destiny.
I'm giving you all of me.

I want your symphony, singing in all that I am
At the top of my lungs, I'm giving it back.


So I lay my head back down.

And I lift my hands and pray
To be only yours, I pray, to be only yours

I pray, to be only yours

I know now you're my only hope.

Dan ini satu dialog dalam cerita A Walk to Remember yang menarik perhatian abah.

Dean: If there is a greater power, why is it He can't get you a new sweater?

Jamie: Because, He's too busy looking for your brain.

Satu jawapan yang cukup cantik, bagi satu persoalan yang ketara dungunya. :-)


Dan ini juga satu kata-kata yang abah suka dari cerita itu juga:

"Love is always patient and kind. It is never jealous. Love is never boastful or conceited. It is never rude or selfish. It does not take offense and is not resentful."

Semasa iklan ditayangkan, abah tergelak juga tengok satu iklan promo TV9. Iklan tu tunjukkan tentang bagaimana Tok Mudim tengah ceritakan dengan seorang rakannya tentang bagaimana nak dapatkan siaran TV9. Kebetulan masa tu, ada sekumpulan budak lelaki tengah tunggu turn untuk di'jawi'kan [kata orang Terengganu]. Dah la tengah takut(yang buat abah teringat kenangan lalu, hehe), tetiba kat TV keluar pulak gambar lelaki putih macam hantu, apa lagi, bertempiaran la lari, siap nak terjun tingkap lagi. Hahahaha, kelakar betul.


Nanti kalau Mu'izz dah sampai masa, abah ingat nak khatankan dia dalam satu majlis berkhatan beramai-ramai la, nampak macam seronok je. Yelah, abah dulu tak merasa sangat, sebab ayah cuma bawak abah pergi berkhatan dihospital, dengan kawan baik ayah, seorang Pembantu Perubatan.

5 comments:

Anonymous said...

abahmuizz,
...a dramatist's job is to examine humanity...ANG LEE

...selagi kita hidup & ada kehidupan selagi itulah cerita2 kehidupan seronok di hayati sebab ianya memang berkisar di sekeliling kita...ada yg terkena pd diri sendiri, pada sedara mara pada kawan rapat, yg jauh ...hakikatnya yg baik dijadikan teladan...yg tak baik buang jauh2...

irman_rahs said...

nampaknya kite sependapat, sbb sy poun tertarik dgn dialog sibuk mencari otak tu...sempat juga gelak..tapi sy tak berpeluang tengok sepenuhnya sbb nak tengok AI n ada budak floor yg tukar chnl tv2 tengok cite kurang siuman Mek Salmah dari Scotland....apa nak jadi drama kite ni....

Anonymous said...

saya suka cerita ni Abah, ada cd lg tu ... lagu nih best... lagu2 dlm cerita nih semua best

abiumar said...

Sebab tu kot drama-drama Melayu org tak minat sangat... sebab tak berpijak di bumi nyata ye ... Bang Long. Asyik citer orang kaya-kaya dengan kereta besarnya. Maka bealihalah ke citer Pilipine, Korea dan Mexico.

Anonymous said...

Abiumar...ada satu alternatif kalau mereka2 yg xmau nengok drama2 melayu yg xbrpijak d bumi nyata...tontonlah siri BERSAMAMU TV3...sambil menonton sambil menderma...saham syurga pun akan dpt...insyaAllah.