Thursday, April 13, 2006

Cerita tentang Selawat...


Takde apa nak cerita hari ni, cuma nak letak Selawat untuk Nabi yang abah dok cari dari semalam.



Powered by Castpost

Abah suka betul selawat2 nih, dari sekolah lagi. Tapi bila dah makin besar, dah makin lalai, dah makin lupa benda tu.

Dulu masa Muizz baby, abah rajin juga tidurkan dia sambil lagukan selawat, tapi bila dia dah besar ni, abah jarang sangat buat. Hehehehe, nak tunggu baby baru datang agaknya, baru nak kena amalkan semula.

Apapun, pada anda yang baca blog abah ni, kalau ada masa, rajin2 la lagukan selawat Nabi Muhammad s.a.w ni kat rumah. Tenang rasa hati, insyaAllah.

Dan abah nak komen sikit tentang keputusan Pak Lah hentikan pembinaan jambatan ke Singapura tu. Syabas. Inilah keputusan terbaik yang patut dibuat. Abah suka dengan Pak Lah. Walaupun ada orang kata Pak Lah slow, tapi pada abah, Pak Lah buat yang terbaik untuk rakyat dan negara, cuma kita yang dibawah ini kena menyokong apa yang dia nak buat. Susah juga kalau boss OK, tapi orang2 dibawah boss tak OK [faham2lah maksud abah ni].

4 comments:

~comei~ said...

selawat dan salam buat junjungan... sekali sekala dgr kaset hijaz ke hadad alwi ke mmg best.. smbil tu leh ikut nyanyi...

Abah Mui'zz said...

Nim, abah setuju ngan Anim, Hijjaz memang best lagu2 dan alunan zikir2 depa.

bang long said...

baru2 ni bang long brkesempatan ke Medan & telah membeli CD nasyid Indon...satu lagu yg menjadi lagu tema rancangan TV RCTI sungguh syahdu...nanti nak minta tolong abahmuizz tarok dlm blog supaya ramai dpt dgr...

Bang long said...

...udah lama tak dgr cerita abahmuizz di sndkn sebok kut...harap abahmuizz sihat disana. Bang Long nak komen cerita boss ok & anak buah tak Ok tu...agaknya masa Tunku nak lepaskan s'pore dulu pun camtu, boss OK tapi anak buah takut nak lawan so ikut je, so jadik le camni skrgn...arini rega api nak naik, so ikut jelah kan, nak kata apa lagi...