Monday, December 05, 2005

Cerita tentang kisah hidup...

Dah banyak hari abah tak jenguk pondok kecik abah ni. Bukan apa, tak berkesempatan. Alhamdulillah, pagi ni terasa nak jenguk juga dan kemas apa-apa yang patut.

Semalam abah tengok satu cerita di Astro Ria, Hari-hari Terakhir. Menarik juga ceritanya. Menarik bukan sebab lakonan atau apa, tapi menarik sebab kisah yg dipaparkan. Kisah tentang seorang ibu yg menjadi pelacur akibat dijual suami sendiri, dan terpaksa berpisah dengan anak tunggal. Dia berjumpa dengan anak, cuma tak tahu itu anak dia. Hanya bila anak itu hampir mati, baru diketahui itu anak dia. Si suami yang menjualnya pulak, kemalangan, dan selepas itu, lupa akan kisah silam. Suami berkahwin dan hidup bahagia. Cuma apabila anaknya menemubual pelacur itu, ingatan si ayah, kembali jelas pada isteri yang dijualnya itu.

Runtun jugalah jiwa abah tengok. Runtun sebab abah tahu, itulah realiti hidup, yang kita tak nampak. Abah percaya kisah itu kisah yang betul atau hampir2 betul terjadi. Anda pun tahu cerita TV dan filem diMalaysia kan? Hampir kesemuanya memaparkan cerita realiti, jarang sangat cerita fiksyen. Sedih bila tengok betapa si pelacur itu cuba menyamak bilik tempat dia melacur sambil berkata "Aku nak samak bilik ni, aku nak sembahyang, bilik ni tak bersih".

Abah yakin kalau itu cerita betul, itu bukanlah kes terpencil. Tapi kita saja tidak ambil kisah sebab kita ada banyak isu besar: Kisah ketuk ketampi bogel itu kisah nasional, kisah orang PAS ganggu Puteri UMNO di Pangkalan Pasir itu kisah besar. Kisah orang melayu Islam yang ramai jadi pelacur, penagih, pencuri, penyamun, pembunuh, etc. itu kisah kecil saja. Hal enteng orang kata. Anak-anak Henry Gurney yg majoritinya melayu Islam itu, hal remeh saja pada kita.

Dan selepas cerita drama itu, TV tunjukkan video klip "Kau Pergi Jua". Dan tiap kali dengar lagu tu, abah selalu teringat arwah adik Nurnesa Uzma Mohd Ezani. Anak yang satu kampung dengan abah. Abah tengok rancangan khas Edisi Siasat 11 April 2004 tentang kepemergian adik Nurnesa. Dan dalam Kamarudin bercerita tentang nasib anak2 spt Nurnesa, didengarkan lagu sayu Adam Ahmad ini. Hati ayah manalah yang tak runtun bila lihat jenazah anak comel itu didukung ayahnya. Dan dikala itu Adam Ahmad kata;

Kau pergi jua
Setelah cintaku kini membara
Belum sempat ku curahkan kasihku
Kau pergi tak kembali...

Cukuplah abah cerita tentang ini, abah tak nak hari ni bermula dengan kesedihan. Hehehe. Sekejap lagi pun nak kena attend bengkel. Penuh dengan bengkel je abah ni. Sabtu lepas di Vistana, hari ni di pejabat, hujung minggu ni di Crown Princess, bengkel lagi. Tak apalah, nama lagi kerja....Semalam abah bawa Ummi dan Muizz ke Taman Tasik Kelana Jaya, cantik juga tempatnya. Muizz seperti biasa la, sentiasa teruja dengan tempat macam itu. Abah pun, sesekali dapat berjalan-jalan dengan Ummi sambil tengok Muizz 'joging' , rasa seronok. Nanti kalau abah lapang wktu hujung minggu, abah nak bawak depa kesana lagi, kali ni untuk beriadah. haha, abah ni dah lama betul tak exercise. Perut pun dah boroi...


Wajahmu
Seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang

Wajahmu
Mengapa sering terbayang di mataku
Sehingga terbawa di dalam mimpiku

Sayangku
Tahukah kau di dalam hatiku ini
Tersimpan perasaan cinta nan suci

Kau bunga
Inginku suntingmu menjadi milikku
Lantas ku abadikan dalam jiwaku

Sayangnya
Harapan yang selama ini ku bawa
hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi

Kau pergi jua
Setelah cintaku kini membara
Belum sempat ku curahkan kasihku
Kau pergi tak kembali

Sayangku
Tahukah kau di dalam hatiku ini
Tersimpan perasaan cinta nan suci

Kau bunga
Inginku suntingmu menjadi milikku
Lantas ku abadikan dalam jiwaku

3 comments:

Anonymous said...

memang byk kes-kes ini bukan kes terpencil, cuma kita masyarakat, ahli politik, pihak berkuasa sahaja yang selalunya cuba memencilkan diri untuk melihat kes-kes ini.

Akhirnya file kes2 yang sepatutnya remeh temeh diperbesarkan dan kes-kes besar filenya disimpan dan tunggulah sampai radio dan tv melaporkannya barulah kes ini diberi perhatian.

seperti kata, pengacara tv dahulu "Apa Kejadahnya semua ini" hehehee

Abah Mui'zz said...

Am, tabiklah abah kat Am, sebijik macam cakap si Wan Kamarudin. hehehe.

Dah lama tak dengar Wan Kamarudin bercakap macam itu, sebab skrg ni TV dah kena tawan dengan Muizz. Kesian abah, nak tengok TV sekali sekala pun susah...

Abah Mui'zz said...

Betul tu PB. Bersyukur itu sangat perlu, namun jangan sesekali berpuas hati. Mungkin sebab skrg kita di junjungan, kita berpuashati dan lupa yg mungkin satu hari nanti, kita cuma di lantaian. Apapun, seperti PB juga, abah berdoa moga junjungan itu kukuh, dan dalam masa sama, abah toleh juga sesekali ke lantaian, manalah tahu ada benda yang boleh dibetulkan. Kesian org2 dilantaian itu, kalau mereka yg dijunjungan asyik mendongak langit sahaja.