Wednesday, December 14, 2005

Cerita tentang janji Allah...

Pagi-pagi tadi kakak abah dikampung telefon, maklumkan tentang sepupu abah meninggal dunia awal pagi tadi. Terkejut juga abah, sebab arwah muda lagi, sebaya adik perempuan abah. Memang la dulu dia kurang sihat, tapi masa abah balik beraya hari tu, arwah dah nampak ok. Tapi itulah, janji Allah. Dikatanya ajal kita tika ini, tika ini jugalah kita menghadapNya. Sesaat pun tak tercepat atau terlewat.

Abah tak dapat nak balik, sebab ada banyak aktiviti yang abah kena buat 2,3 hari ni. Nanti abah akan ziarah mak ngah masa abah balik cuti Krismas nanti, InsyaAllah. Moga roh arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Amin.

Dan bercakap tentang mati ni, abah rasa dah banyak kali berita kematian yang abah terima, kebanyakannya melibatkan orang-orang yang abah kenal, samada di KL ataupun dikampung. Memang itu lumrah alam, dan memang telah dijanjikan, namun berita2 kematian macam ini sedikit sebanyak mampu mengingatkan abah yang satu hari abah akan dijemput juga oleh Allah. Takut? Memang abah takut. Takut kerana abah tahu abah bukan hamba yang layak untuk syurga Allah, tapi abah juga takut dengan azab neraka yang sangat memedihkan. Moga Allah dapat beri abah kekuatan untuk jadi hambaNya yang baik.

Dan masa bengkel hari tu, abah dikenalkan dengan satu istilah baru: Personal Myth. Personal myth ini merujuk pada satu pemikiran dan perasaan pada seseorang individu, bahawa perkara-perkara yang tidak elok tidak akan berlaku pada dirinya. Cthnya, pandu kereta laju. Fikirkan kemalangan? Tidak, kerana dia anggap "Oh, ia takkan berlaku pada aku". Memang betulpun. Abah selalu macam itu, buat satu benda tanpa risaukan akibat buruk yg boleh berlaku, sebab abah fikir perkara yang buruk tidak akan berlaku pada abah. Tapi bila benda tu betul berlaku, baru kita terfikir yg apa saja perkara yg berlaku pada orang lain boleh berlaku pada diri kita juga.

Sebab itu mak pesan, berpada-padalah dalam mengulas tentang diri orang lain a.k.a jangan mengata orang. Mungkin betul orang yang dikata itu tidak baik, tapi jangan lupa kita pun belum tentu akan baik selamanya. Bila tengok orang susah, kita tanya "Kenapa tak usaha cari rezeki?", memang betul, tapi jangan lupa, kita pun belum tentu senang selamanya. Banyak la contoh yang abah rasa anda pun boleh nampak sekarang ini.

Moralnya: Jangan lupa akan kuasa Allah. Apa saja boleh berlaku. Bersedialah sentiasa. Ini pesanan untuk abah, dan untuk anda juga.

Dan bercakap tentang mati ini juga buat abah teringat kembali bait-bait lirik Kembali oleh Far East. Syahdu sungguh bila abah dengar lagu tu, and guess what, itulah lagu yang abah dok dengar dan nyanyikan(hehe) hampir setiap hari didalam kereta. Kata Far East:

Aku kan kembali padamu Rabbi
Mengadapmu Ya Rabbulizzati
Segala ketentuan ku pasrahkan
Di hujung penghayatan

2 comments:

Anonymous said...

selalu bertanya pada diri sendiri, dah cukupkah bekalan Am jika dipanggil kembali nanti

Abah Mui'zz said...

Abah pun Am. Dan abah fikir, soal cukup itu akan sentiasa tidak cukup. Kita cuma mampu buat yg sebaiknya, dan berdoa pada yang terbaik. Dan kalau boleh, berusahalah untuk menjadikan bekalan itu akan ada sepanjang masa, semasa kita disana...Sebab itu abah selalu mohon moga Muizz dapat meneruskan bekalan itu nanti, insyaAllah.