Tuesday, December 20, 2005

Cerita tentang perpisahan...

Entah kenapa semalam, dua kawan abah YM abah hampir serentak, dan kedua2nya bercerita tentang isu yang sama: Penceraian(atau Perceraian?). Tapi bukanlah kisah tentang diri mereka, sebab salah sorangnya masih belum berpunya. Masing2 bercerita tentang perihal rumahtangga kawan masing2 yang telah dan hampir runtuh. Kena pulak minggu lepas, abah baru dapat berita duka, kawan abah di tempat kerja lama telah berpisah dengan isterinya, di pagi AidilFitri yang lalu.

Abah sedih dengar cerita macam2 ini. Sebab pada abah, kes penceraian ini sebenarnya sesuatu yang boleh dielakkan. Anda mungkin kata pendapat abah salah, tapi abah sangat yakin bahawa 80% kes penceraian yang telah berlaku sebenarnya boleh dielakkan. Lihat saja cerita2 duka tentang rumahtangga yang membawa kepada penceraian. Antara alasan yang biasa: Tiada sefahaman, ada orang ketiga, campurtangan keluarga, masalah zuriat, etc.

Memang ada genuine case yang membuatkan cerai terpaksa dilafazkan, tapi fikirlah, hanya kerana tiada sefahaman, rumahtangga runtuh. Hanya kerana tiada zuriat, rumahtangga ranap. Pada abah, kita manusia ni terlalu sangat berharap. Berharap supaya orang lain memahami dan menerima kita. Kita harapkan suami/isteri kita kasihkan kita selamanya, kita impikan suami/isteri faham perasaan kita, kita minta suami/isteri penuhi segala kehendak dan tuntutan kita, padahal dalam masa yang sama, kita tidakpun cuba memenuhi harapan suami/isteri kita tadi.

Entahlah, abah pun baru masuk 5 tahun usia perkahwinan, banyak benda yg abah masih belum tahu dan belum tempuhi. Tapi setakat pengalaman abah yg masih baru ni, abah fikir andai kita sebagai suami atau isteri cuba fahami hakikat perkahwinan itu sendiri, fahami akan peranan dan tangungjawab kita, insyaAllah, perceraian memang boleh dielakkan. Dan yang paling utama, letakkan agama itu terkedepan dalam segala hal dan masalah.

Abah tak reti nak pesan sangat, cuma pada abah, jika rumahtangga bermasalah, cubalah atasinya dengan penuh hemah. Biasalah adat berumahtangga, kadang2 akan berselisih faham, kadang akan ada rasa marah, benci dan sebagainya. Tapi itu semua boleh hilang, andainya kita cuba. Berbincanglah suami isteri, ketepikan kepentingan diri sendiri. Andai betul ingin berpisah, timbangkan baik buruknya. Apa baik buruknya kalau kekal bersama? Apa baik buruknya kalau berpisah? Jangan terburu-buru ikut nafsu. Dan andainya perpisahan itu kata sepakat, mohonlah dengan Allah. Kalau sebelum kahwin kita boleh Istikharah untuk bertanyakan Allah betulkah itu pilihan yang tepat, kenapa tidak dalam kes perceraian ini, kita tanya Allah lagi, betulkah ini keputusan yang tepat?

Untuk rakan-rakan dan ahli keluarga, kalau boleh janganlah burukkan keadaan. Jika mereka beritahu ingin bercerai, jangan disokong atau ditentang. Galakkan mereka untuk berfikir semasak-masaknya. Bayangkan hanya kerana saranan dan sokongan kita, mereka bercerai.

Abah tak nak la mengulas panjang, walaupun banyak yg abah nak tulis. Cukuplah setakat ini sahaja.

Hari Ahad lepas, kakak abah dari Trg datang berkunjung satu family. Dan Ummi macam biasa la, kalau ada sedara mara datang, mesti akan dipaksa makan. Hehe. terima kasih ummi kerana memasak yang sedap2 untuk depa. Dan semalam, abang Ummi dari Putrajaya datang bertandang juga, sambil2 hantar emak mertua abah kerumah abah. Dan semalam juga, abah kenyang lagi.

Semalam juga abah terkejut tengok berita tentang banjir. Pekan(atau Bandar?) Changlun teruk dinaiki air. Alhamdulillah, kampung abah tak banjir.

12 comments:

Anonymous said...

setuju dgn abah, rumahtangga mana yg sekali sekala tak dilanda krisis, selalunya ego yg tinggi itulah yg menyebabkan cerai

Bagi Am yg sudah hampir 8thn berkahwin ini, sebenarnya byk lagi tentang pasangan kita yg kita perlu belajar dan kita perlu sentiasa menyemarakkan perasaan sayang antara kita.

Abah Mui'zz said...

Betul tu Am, abah sokong.

Ada orang kata "Mintak2 la kes macam ini tak jadi kat diri aku". Bagus la cakap macam itu, tapi dalam mintak2 tu, kena la juga berusaha. Abah fikir banyak kes rumahtangga runtuh, sebab tak ramai yang berusaha nak kekalkan. Allah bagi agama, akal dan kudrat untuk kita berusaha, tapi bila ego dan nafsu jadi penentu, susah sikit la. Abah bukan kata orang lain, abah pun kadang2 macam itu.

Anonymous said...

kalau seorg lelaki tu tukar no. tipon dia (hp) perlu tak maklum kpd isterinya?

Abah Mui'zz said...

Embun, pada abah, isteri itu pasangan suami. Dan sepatutnya banyak benda yg berlaku, isterilah orang pertama yang akan tahu. Tapi abah tak tahulah orang lain fikir macam mana.

Tapi abah tukar no HP dulu, Anim yg mula2 tahu, pastu baru Ummi. Sebabnya? Hehe, Anim yg tolong abah register nombor tu.

Anonymous said...

smlm, dia gi kedai, beli starter pack baru sbb no. lama dah tak boleh pakai. dia tanya no. embun, embun tak ingat sbb tak pernah dail no. hp sendiri. embun bg shj phone embun kat dia. ingat dia nak store no. dia dlm tu. then hari ini embun call (no. lama) tak dapat. baru ingat dah tukar no. cari no. baru dia dalam phone embun, tak der. so, hari ini, tak tahu nak contact dia cam na. ikut hati, malas nak balik awal...

Abah Mui'zz said...

Embun, ceritanya baru semalam, agaknya dia terlupa la tu. Why not bagi dia peluang beberapa hari untuk store nombor dia atau mungkin dia call Embun dari nombor baru dia.

Kalau dia tak bagi juga, embun buat2 la tanya apa nombor baru. Embun jangan merajuk atau marah kalau kes macam ini. Untuk lelaki, ini cuma benda kecik.

Anonymous said...

yalah... benda kecik.. call no. makwe kelang guna phone embun tak apa.. call embun tak boleh..
kalau antar sms tak pernah balas.. tapi kalau sms ngan aweks sampai naik letih embun dengar bunyi tone sms dia tu..
inilah benda kecik yg org lelaki tak nampak.. agaknya!!

Abah Mui'zz said...

haha, embun, kalau itulah ceritanya. Bukan benda kecik lagi. Itu dah kes besar.

Maaflah kalau abah salah cakap, abah rasa bendanya bukan sebab hubby tak bagi no baru, tapi atas sebab yang lain.

Tapi abah wonder juga, kalau betul nak berahsia, kenapa guna HP embun utk call makwe? Kenapa biarkan embun dgr bunyi sms dari awek lain? Sebab kalau betul la nak berahsia, lain caranya.

Apa2pun, abah tahu embun dan hubby mesti boleh setelkan perkara ni dgn baik dan berhemah. Kan?

Anonymous said...

hahahaha... selalu rasa sabar embun di tahap optimum.. tp cuba maintain sbb embun tahu dia tak suka embun marah2, tak suka embun nangis..
dah byk kali bagi signal, kalau nak sms ngan awek(s) mana pun di blkg embun tp masih buat juga dpn embun. boleh buat dpn embun, tp kalau embun bg sms, buat2lah reti nak balas.
isteri mana tak cemburu.. tp embun diam shj.. brp bayk peluang nak bagi? brp banyak masa nak korbankan?

Abah Mui'zz said...

Abah boleh faham apa rasa embun. Cemburu ada, sedih pun ada.

Pada abah la kan, kalau embun rasa benda ni mengganggu embun, baik embun dan hubby duduk berbincang elok2. Mungkin hubby tak boleh agak perasaan embun, dan embun dok mengharap hubby faham.

Tapi bincang elok2 la, jangan marah2 atau ungkit2, sebab tujuannya adalah untuk selesaikan satu perkara.

Atau mungkin embun sudah ada jalan penyelesaiannya. Apapun, abah harap ia dapat diselesaikan dgn baik. Sebab abah tahu embun sayang hubby, dan hubby pun sayang embun.

Kalau abah silap, abah mintak maaf.

Anonymous said...

abah tak silap apa2..
embun cuma nak lepaskan perasaan marah & kecewa embun shj.
embvun yg patut minta maaf sbb menggunakan ruangan abah sbgi 'punching bag' embun.
tak apalah.. mungkin pengalaman embun menambahluaskan pengalaman abah.
thanks a lot.
embun nak balik. dah habis waktu bertugas.

~comei~ said...

ehem.. napalaa hari ni baru tergerak nak baca. kalau tak bleh share gak smlm. sorrylah kak embun. adikmu ini pun tgh tak betul sehari dua ni. byk benda tak bleh concentrate. sian kat along. tp kes mak we kelang dah settle. hehe. nnt i sms aweks tu plaks. hahaha. mau ngamuk bdk tu plak yg tuka no hp baru :p