Malam semalam abah berYM dengan dua orang adik. Lama jugalah berborak. Hehe, dah lama abah tak buat macam itu. Masa bujang dulu je abah rajin layan borak maya dengan kawan-kawan.
Dengan adik yg satu ni, kami bercerita tentang hidup. Sesuatu yang abah cukup suka kalau diajak bercerita. Alhamdulillah cerita yg keluar adalah cerita gembira, cuma bila dia kata dia bimbang kejadian yg pernah berlaku akan berlaku semula, abah terfikir la nak mengulas sikit.
Abah fikir, siapapun antara kita semua ini yang tidak tahu apa akan jadi esok, lusa dan hari kedepannya. Bila kita tidak boleh jangka apa yg berlaku pada kita, sama jugalah dengan perhubungan kita dengan manusia lain, tidak boleh dijangka apa jadi kemudiannya.
Kita kata kita kahwin, alhamdulillah, dan kita kata kita saling berkasih sayang, alhamdulillah. Tapi sampai bila? Boleh jaminkah kasih sayang dan perkahwinan itu akan kekal selama mana kita hendak? Tidak. Kita tak tahu entah bila kasih itu akan hilang, perkahwinan itu akan tamat. Mungkin bercerai, mungkin meninggal. Kita tak tahu.
Dan bila kita tak tahu, perkara terbaik yang boleh kita buat ialah cuba untuk kekalkannya. Dan berdoa pada Allah moga dikekalkan kasih sayang itu.
Kalau Allah kata penghujung ceritanya bukan penghujung yang kita mahu, kita kena terima. Kadang perkara yang berlaku bukan sebab sesiapapun, hanya sebab Allah hendak perkara itu berlaku.
Semalam abah terbaca emel di satu grup, pengirimnya mohon pandangan kawan2 grup tentang apa yg perlu dia buat kerana katanya dia sudah bergelar janda, sesuatu yg tak pernah difikirkannya.
Memang pun, org yang tengah bercinta dan tengah menikmati perkahwinan mereka tak akan terfikir akan status janda atau duda itu. Buat apa nak fikir, itu benda negatif, kan? Abah tak tahu...cuma pada abah, apa sekalipun yg berlaku dalam hidup, perancangan mesti ada. Bukan kita berharap pada perkara buruk untuk berlaku, nauzubillah, cuma kita berjaga-jaga sekiranya ia berlaku.
Pada yg bercinta, apa jadi kalau satu hari hubungan terputus? Apa nak buat? Yang dah kahwin, apa jadi kalau satu hari, anda terpisah, samada hidup atau mati? Apa nak buat? Kena ada perancangan juga untuk yang ini abah rasa. Paling tidak merancang tentang bagaimana kita perlu menerima kenyataan, dan bagaimana kita hendak teruskan hidup kita, dan mungkin hidup orang lain yang bergantung pada kita.
Pagi tadi tertengok berita yang BN menang kecik di Pengkalan Pasir. Alhamdulillah. Bukan sebab abah sokong BN. Abah bukan orang politik. Dan abah tak minat pun politik. Cuma pada abah siapapun yg menang, moga2 dia dapat bawa tugas dia dengan baik, sebab satu hari di depan Allah, satu persatu akan ditanya tentang tanggungjawab kita didunia, tertunaikah tidak? kalau tertunai, halalkah urusannya? Harap-harap ADUN yg baru itu sedar akan itu, sebab dia seorang Islam.

3 comments:
Bagi Amlah Abah, dalam hidup ini jika kita dapat 80% dari apa yang kita hendak kita dah patut bersyukur
kerana yang pastinya kita tak akan dapat 100% apa yang kita gambarkan
Setuju dgn Abah kita tak tahu apa yang menunggu kita dimasa hadapan, Am selalu beritahu diri Am, kumpulkan pengalaman dari apa yang telah Am lalui kerana ia akan membantu Am untuk mengatasi masalah dimasa hadapan.
Betul tu Am, kalau dapat 1% pun kena bersyukur Am. Cuma bila bersyukur tu jangan sampai tahap terus berpuashati. Sebab hidup kena sentiasa berusaha untuk baikkan lagi keadaan, dan dalam masa yg sama bersyukur atas apa yg diberi.
Nak dapat 100% boleh Am, dalam syurga Allah nanti, insyaAllah.
:)
Post a Comment