Abah hari ni rasa macam tak ada kerja, walaupun sebenarnya ada. Dan bila rasa tak ada kerja ni, inilah selalunya masa untuk baca akhbar. Abah bukalah Berita Harian Online, tertarik dengan satu artikel berkaitan Sahabat.
Abah tak nak la copy and paste semua yg wartawan tu tulis, nanti ada yang bosan lak baca. Kan Zamdee? :-)
Abah cuma nak petik sikit petua yang diberikan, bagaimana untuk kekalkan persahabatan.
Kata dia:
# Berikan masa untuk sesebuah persahabatan ‘tumbuh’
“Ia mengambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun untuk mewujudkan persahabatan yang akrab. Satu daripada sebab mengapa ia mengambil masa sehingga tiga tahun adalah kerana dalam tempoh berkenaan, mereka (sahabat) akan melalui beberapa konfl ik yang dapat menentukan persahabatan itu dapat bertahan atau tidak”. Petikan buku Friendshifts, tulisan Jan Yager
# Komunikasi asas persahabatan
Berbicara adalah komponen utama dalam persahabatan. Bila seorang teman menceritakan idea atau perasaannya, beliau mengharapkan rakan yang mendengar itu memberikan maklum balas. Jika hanya beliau saja yang banyak bercakap, beliau akan merasakan seolah-olah rakan yang mendengar itu tidak berminat dengan apa yang disampaikan.
# Ya, memang sukar untuk meluangkan masa
Lebih-lebih lagi bila kita begitu sibuk menguruskan kehidupan sendiri. Tapi anda sebenarnya tidak memerlukan masa berjam-jam untuk memastikan hubungan persahabatan terus bertahan.
Pastikan ia berterusan dengan:
# Hantar e-mel. Maklumkan atau tanya khabar teman anda melalui e-mel.
# Hubungi mereka sekurang-kurangnya sekali seminggu. Perbualan telefon tidak semestinya lama.
# Sekali-sekala, hantarkan kad atau e-kad kepada mereka. Tidak semestinya menunggu waktu tertentu saja.
# Kirimkan gambar. Sekeping gambar menyampaikan 1,001 cerita.
# Makan bersama sekurang-kurang sekali dalam sebulan. Lebih kerap lebih bagus.
Kebetulan malam semalam abah ada call sorang sahabat. Lama tak dengar berita, lama juga la berborak. Alhamdulillah, katanya, dia rasa seronok sangat abah call dia. Dan dalam berborak dan bercerita tentang kisah masing2, sempat juga dia pesan, kata dia, "biarlah persahabatan kita ni akan kekal hingga ke akhirat". Abah tak pasti apa yg patut abah balas, yang terkeluar cuma "InsyaAllah". Dan abah harap dia faham, apa maknanya InsyaAllah itu pada diri dia dan juga diri abah...

3 comments:
bila dah kerja ni, rasa macam susah nak cari kawan baru. Jadi kawan yang ada tu la patut dimaintain kan..
lagi satu,
relakan persahabatan itu wujud.. bagaimana nak relakan?? ialah dengan melepaskan persahabatan yg sudah tiada makna lagi..
bg zamdee, kebahagiaan dan kesakitan dlm bersahabat lg byk mengajar tentang erti diri dan kehidupan sebenar..
Persahabatan mesti dibina,tak akan dtg sekelip mata. Berkawan ni adalah seni pergurusan, perlu sistem pentadbiran yg kemas spt pentadbiran peribadi yg baik, menguruskan ego seseorang, keperluan emosi, psikologi dan sosial teman sekeliling. Kalau kita dpt menampilkan kehendak dan keperluan org yg kita maksudkan, kita akan menjadi kawannya...kita mesti menepati citarasa, piawaian org yang hendak kita kawan. Faktor penampilan dah kemahiran kita menguasai teman sekeliling juga adalah faktor terkuat utk membuat org tertarik kpd kita.
Jadi, kalau kita tidak diterima utk menjadi kawan kepada seseorang yang hendak kita kawan, jangan bimbang...kualiti kita mungkin bukan mengikut kehendak dia...Dia akan tentukan apa yang dia mahu, tentu ada lagi manusia lain yang dapat seiring akan menjadi kawan kita...
p/s sekadar pandangan....salam
Post a Comment