Friday, December 23, 2005

Cerita tentang hidup abah 2,3 hari ni...

Dah lama abah tak update tentang aktiviti hidup abah, hari ni nak cerita sikit.

Malam selasa lepas, abah ke Kelana Jaya, untuk menghantar kawan abah sedari kecil, untuk menunaikan ibadat haji bersama-sama ibunya. Sepatutnya ayahnya yang pergi, tapi sebab ayah dah dijemput Allah, dialah yang menggantikannya. Dan bercerita tentang ayah Is, yang abah selalu panggil Pok(atau Pak dalam bahasa standard), teringat abah waktu Pok meninggal di Hospital Selayang hampir dua tahun lepas, kalau abah tak silap. Awal pagi Is telefon abah, masa tu hari Ahad, dan abah on the way ketempat kerja. Abah pergi juga ketempat kerja. Baru sekejap abah tiba diofis, Is telefon lagi, kali ni suara dah berubah. Abah pun bagitahu rakan ofis, dan terus pecut ke Selayang. Sudah takdir Allah, bila abah jijak saja kaki kedalam bilik Pok, abah dengar doktor kata "Makcik, minta maaf, pakcik dah tak ada". Abah terdiam sekejap. Is, spt anak-anak lain juga, dah pastinya tak boleh tahan airmata la kan. Abah pun naik sedih bila tengok Is dan Cik Yah menangis. Hehe, anda jangan, abah ni pantang tengok benda sedih2 ni. Hehe. Moga roh Pok dirahmati Allah sentiasa.

Memandangkan abah terpaksa balik awal sebab mak mertua tak sihat, abah bagitahu Is. Abah tahu dia terkilan sikit, tapi tak apalah. Is, abah doakan moga ko dan cik yah akan mendapat haji yg mabrur, insyaAllah.

Dan semalam, adik ummi datang rumah, untuk pertama kalinya. Datang sebab nak cari sijil2 sekolah dia untuk mintak kerja baru. Dan alhamdulillah, adik ipar abah yg sorang ni dah makin baik perangainya abah tengok. Mungkin berkat doa mak dan adik beradik.

Semalam juga, sorang adik call abah ceritakan kesulitan hidup. Abah tak tahu macamana nak tolong. The best thing I did was to console him. Alhamdulillah, dia kedengaran lega sedikit, walaupun abah tahu masalahnya belum selesai. Dan bila dengar tentang kesulitan hidup orang lain, abah bersyukur sungguh2 pada Allah. Bersyukur kerana abah tidak diuji semacam itu. Berat sungguh kadang kisah hidup manusia disekitar kita ni. Luarannya nampak ceria, tapi didalam, Allah saja yang tahu. Bila kita diberitahu tentang apa yg terbuku, baru kita terasa, betapa beratnya dugaan orang2 itu. Kita kadang benda kecik pun terasa berat, inikan pula dugaan berat2. Silap-silap kita pun tak tertanggung.

Dan abah sentiasa ingatkan diri. Hidup ni kalau boleh, berbaktilah pada orang2 yang dekat dengan kita. Tidak perlu berbakti harta benda pun, cuma berbakti dengan menghormati diri orang2 itu, dan pastikan kita tidak menyusahkan diri orang2 itu.

Petang semalam abah dok tengok2 album lama abah dalam PC ni, terjumpa satu gambar Muizz masa dia kecik. Abah terasa nak tunjuk kat anda juga. Hehehe.


4 comments:

Anonymous said...

hidup ini memang macam inilah abah, kadang kala kita lihat kita susah tapi ramai orang lagi susah dari kita. Am juga berharap Am tak dilanda dgn dugaan yg bertimpa-timpa.

oh ya, Am dah terima email abah pengenai lagu itu, terima kasih abah

Anonymous said...

abah,
terima kasih banyak2. masalah embun dan selesai.

Abah Mui'zz said...

Am, betul Am. Dugaan manusia ni macam2. Mujur kita tidak diuji seberat itu.

Embun, alhamdulillah. Segalanya dah selesai dengan baik. Abah tumpang gembira, sebab abah tahu Embun dan hubby pun gembira juga. :-)

~comei~ said...

ehh.. kak embun ku di sini..??