Wednesday, November 16, 2005

Cerita tentang kerja...

Dah lama abah tak post kat blog ni. Sibuk sikit kebelakangan ni, biasa la hujung2 tahun. Hari ni abah MC, rasa tak sihat. Kebetulan pulak pengasuh Muizz tak sihat juga, so abah kena jaga Muizz sekali la hari ni, Ummi dah dua hari dah cuti jaga Muizz.

Isnin dan Selasa, abah terpaksa ke Marriott sebab abah dan geng research abah kena habiskan juga laporan kajian yang perlu kami hantar dalam minggu ini juga. Penat juga rasanya, sebab hari Isnin kami habis dalam pukul 7 malam, campur dengan traffic jem, abah sampai rumah pun dah hampir nak Isyak. Sampai rumah, abah solat dan lepas solat terus abah tidur. Tak tahu kenapa, tapi abah rasa macam tak sihat. Badan rasa sakit-sakit. Agaknya sebab malam Ahad hari tu abah pergi berurut dgn Wak Jo kot. Selalu kalau lama tak berurut, abah mesti sakit2 badan sehari selepas urut. Tapi takpela, janji lepas urut, badan rasa lega sikit.

Kesian Ummi malam Isnin tu. Abah tahu Ummi nak ajak abah ke pasar malam, tapi sebab abah tidur, Ummi pergi sorang-sorang. Sorry Ummi, bukan abah tak nak temankan, tapi abah penat sangat.

Marriott KL ok juga in terms of facility, cumanya, makannan biasa-biasa saja, dan tandasnya tak user-friendly untuk Muslim.

Hari selasa pun abah balik lambat juga.

Esok lusa kena masuk ofis, dan ada senarai meeting yg terpaksa abah hadiri...Hujung minggu nanti perlu ke JB lagi. Abah bawak Ummi dan Muizz sekali la gayanya. Walaupun abah pergi sebab kerja, tapi Ummi dan Muizz boleh la berehat dan jalan2 sikit2 kat bandaraya JB tu.

Balik dri JB minggu depan abah nak bercuti la sehari dua.

2 comments:

Anonymous said...

semua orang nampaknya tengah bz selepas cuti raya ini ya abahmuizz, Am pun serupa juga sampai tak cukup tangan dan tak berkesempatan untuk melaway blog sahabat.

Tak sihat ker, abahmuizz, kena berehat nampaknya

Oh ya, rasanya abahmuizz ada no. tel Am kan, bolehtak smskan no tel Abahmuizz pada Am

Abah Mui'zz said...

Itulah Am, semua org bz hujung tahun ni. Tapi tak apalah, nanti time free, kita pakat2 lawat blog kawan2, tak Am?

Abah dah sihat Am. Tapi hari ni terpaksa cuti lagi, sebab kena jaga Muizz.

Abah dah smskan no abah kat Am. Tapi nanti abah akan guna no baru pulak. Abah inform kemudian. Baru kejap tadi jumpa Anim ambik SIM card.

Thanks Nim tolong daftarkan utk abah.