Tuesday, November 29, 2005

Cerita tentang Kaparinyo...

Tak ada apa yang nak direpekkan hari ni. Abah cuma nak letakkan lirik lagu yang pernah jadi kegemaran abah satu ketika dulu. Masa abah kemaskan koleksi CD abah hari Sabtu itu hari, terjumpa CD album Cindai. Abah dengar la semula. Dah banyak lagu yang abah lupa liriknya, kecuali Cindai. Tapi hari ni abah nak letak lirik Kaparinyo(abah pun tak tahu apa maksudnya), tapi abah suka dengan kata2 dalam liriknya, sangat cantik gaya bahasanya.

KAPARINYO

Orang berinai berhitam kuku
Mandi dijirus si air mawar
Jikalau sampai hasrat hatiku
Racun ku minum jadi penawar

Belum tersurat dalam hikayat
Ayam keluar mencari musang
Belum tersirat di dalam adat
Bunga keluar mencari kumbang

Semenjak lembah bertambah dalam
Nampaknya gunung tinggi bertuah
Semenjak sejarah hawa dan adam
Alam berkembang berubah-ubah

Hasrat nak beli dulang bertepi
Barulah moleh untuk hidangan
Hajat nak cari yang sama sehati
Barulah molek makan sepinggan

Sungguhlah harum si bunga tanjung
Hati nak petik si bunga mawar
Rindu dan dendam tidak tertanggung
Budi setitik jadi penawar

Sungguh melati senang dipetik
Harumnya mashyur seluruh alam
Sungguhpun budi hanya setitik
Langit dan bumi ada di dalam

Hebat juga Siti Nurhaliza ya! Kalau tak percaya, jenguklah Wikipedia.

2 comments:

embun said...

embun ada kenangan lagu ni. kenangan diri sendiri.. heheh :)
masa tu tgh bercinta tp mak ngan ayah tak restu sbb kekasih embun 13 th lebih tua dari embun dan cuma 12 thn beza usia dengan ayah. bila dengar lagu ni rasa macam terbang diri ke awan. yelah .. "jikalau sampai hasrat hatiku, racun kuminum jadi penawar.."

Abah Mui'zz said...

Hehe, seronok juga ya sesekali dengar lagu yg ada kenangan pada kita. Abah suka lagu ni sebab lirik dia indah, dan Siti nampak sangat cantik dalam video klip lagu tu.