Tuesday, November 22, 2005

Cerita tentang anak...

Hari Senin semalam abah saja ambik cuti, sebab rasa macam malas nak masuk ofis. Dan sebab abah dah cuti, kena jaga Muizz la juga. Risau abah semalam, Muizz muntah 2 kali, habis keluar semua makanan dan susu yg dia makan. Tapi sebab he is as energetic as always, abah tak la takut sangat. Pagi ni, waktu abah hantar dia ke rumah Nenek, dia nampak monyok semacam je. Naik risau abah, tadi pengasuh call Ummi, cakap Muizz masih monyok, baring saja, tak aktif macam selalu. Abah cakap ngan Ummi malam ni kami bawa dia ke klinik. Takut dia sakit apa2.

Pagi tadi terima satu emel tentang bagaimana anak2 sekarang bila balik kampung duduk hotel, dan tak duduk rumah mak ayah. Bukan cerita pelik pun pada abah, sebab abah pernah berhadapan dengan rakan2 yang bersikap macam itu. Abah bukan nak kata perbuatan itu salah, tapi pada abah, kurang proper.

Kalau ada alasan yg kukuh untuk duduk hotel bila balik kampung, boleh la diterima, tapi kalau sekadar rumah mak ayah sempit, takde Astro, tak selesa, etc, abah rasa itu dah keterlaluan. Mak ayah mana pun akan kecil hati kalau anak-anak buat macam itu. Imagine rumah yg didalammnya anak2 membesar, tapi bila mereka dah dewasa, rumah itu dikatakan sempit, tak selesa dsbnya. Kalau abah pun, abah akan jauh hati dgn tindakan anak2 macam itu.

Bukannya balik untuk sebulan, sekadar 3-4 hari. Apa salahnya sesekali balik kampung, dan duduk dalam rumah mak ayah. Sesak pun sesak la, bukan lama pun. Hati orang tua itu jauh lebih penting dari rasa keselesaan kita.

Abah ada kenalan yg tiap kali balik kerumah mertua, akan duduk dihotel. Alasannya: tidak suka dengan ibu mertua. Ada juga yang tak nak tinggal rumah mertua bila balik kampung sebab krisis lain. Tapi hati orang tua agaknya, sekecil hati macamanapun, tetap tak akan ditunjuk atau diluahkan. Sebab itu anak2 fikir, "Alah, mak ayah tak kisah kalau kita duduk hotel". Pada mak ayah, sesekali tu abah rasa elok juga tunjuk dan bagitahu yang kita kecik hati dengan sikap anak2. Biar mereka tahu. Dirumah itulah dulu mereka makan, dirumah itulah dulu mereka tidur, bermain, belajar, dan segalanya. Takkan dah kawin dan ada anak sendiri ni, rumah itu dah jadi satu benda yang 'alien' pada dia.

Moga kita anak2 ni tak akan buat macam itu kat mak ayah, andai mereka masih hidup. Umur mereka tak panjang pun, tak salah kalau kita berkorban harta dan budi, untuk menyenangkan mereka selama mereka ada ni. Itulah orang tua yang besarkan dan didik kita.

Cukuplah abah menegepek tentang ini. Semalam Ummi tanya abah, kot2 abah nak buat makan2 jemput kawan2. Abah kata kalau Ummi larat masak, boleh la buat. Tak tahulah tu, apa keputusan Ummi. Kalau jadi nanti kang, akan abah emelkan pada kawan2. Manalah tahu ada yg tergerak hati nak jenguk rumah kecik abah.

3 comments:

Anonymous said...

terperanjat Am dengar pasal duduk hotel tu abah, kali pertama dengar rasanya, inilah namanya lupa daratan.

Entahlah Am sendiri tak tahu apa nak jadi pada masyarakat kita sekarang, mereka meletakkan hukum, sopan santun, hormat itu ditas pemikiran mereka sahaja tanpa fikir apa perasaan org lain, terutama ibu bapa mereka.

Nak buat open house ker Abah, kalau buat jemputlah Am yer, kalau kelapangan Am akan datang

sunrise in the west said...

nak gi nak gi.. bleh tak?

Takpun, abah kim ler kuih..

Abah Mui'zz said...

Am, jangan terperanjat. Dunia hari ini, apa saja boleh terjadi, walaupun pada kita memang tak masuk akal. Hari ni, manusia lebih sujud pada akal pemikiran berbanding hukum Tuhan, seolah2 segala benda dalam dunia ni perlu ditangani dengan logik akal sendiri sahaja.

Tak apalah Am, kita didik anak2 kita supaya tidak jadi macam itu, insyaAllah.

Abah dah emelkan invitation ke email yahoo Am.

Serenity, awak jauh sangat la. Tak larat abah nak bayar kos pos nak kirim kuih kat awak. But it's good to know that you were in Palong on Hari Raya. Believe me, they won't forget that 'surprise'.