Friday, November 11, 2005

Cerita tentang ego...

Semalam sempat jenguk blog Anim sekejap. Hmmm..abah ni susah betul nak cari masa jenguk blog kawan2. Jangan kecik hati ya, abah singgah juga blog kawan2, cuma kadang tak sempat nak beri komen. :-)

Anim semalam menulis tentang ego manusia. Menarik juga ceritanya. Ego, rasanya semua orang tahu apakebendenya ego tu. Sesenang itu menyebut, sesenang itu juga nak bersikap sepertinya. Abah tak kata orang lain la, abah kata kat diri abah sendiri. Bukan sekali abah rasa abah bersikap ego pada manusia lain, banyak kali. Samada tanpa sedar atau memang disengajakan.

Tak salah pun nak ego sesekali, pada abah la. Tapi kena tengok masa dan keadaan la juga. Jangan tunjuk ego salah tempat dan masa, atau selalu tunjukkan ego kat orang, nanti lama-lama, orang akan naik menyampah dengan kita.

Dan ego ni banyak jenis egonya. Satu yg paling kerap: susah nak mengalah. Dalam hati, punya la nak telefon si dia, tapi sebab ego punya pasal, berat jari tu nak angkat phone dan call. Dalam hati asyik dok kata "Asyik aku je yang call dia, dia tak pulak call aku". Kalau yang sorang lagi jenis tak ego tak apa, kena jenis yang ego juga? "Ah, lantak lah dia nak call ke tidak". Apa yang jadi? Masing2 tak call masing2, dan masing2 akan buat sangkaan yang bukan-bukan. Kan?

Kadang-kadang merajuk ni pun ada juga kaitan dengan ego. Bila bergaduh atau selisih faham, susah sangat nak minta maaf atau mengaku salah. Bukan tak terfikir pun kita salah, tapi sebab ego dalam diri tu kuat, so ambil keputusan untuk berdiam diri dan menunggu pihak yg satu lagi ambil langkah untuk berdamai. Abah pun kadang2 macam itu. Tahu salah diri sendiri, tapi sebab ego tu kuat sangat. Hehe, kan Ummi?

Benda2 macam pertahankan atau tunjuk ego ni pada abah la, hanyalah satu tindakan bodoh yang kita suka buat. Semata-mata untuk penuhi tuntutan hati dan nafsu kita, kita jadi ego pada orang lain. Kita buat salah, kita tak mahu admit, kalau orang buat salah, lagilah kita berang. Only if kita jarang mengikut ego diri, abah rasa hubungan kita dengan orang mesti akan jadi lebih menarik dan bermakna.

Ramai orang kata ego ni milik lelaki, betul ke?

Tutup cerita bab ego.

Hari ni, 11 November 2005, genaplah 4 tahun usia Ahmad Mu'izz Hakim. Happy Birthday Abang! Pagi-pagi lagi bangun tidur mintak abah bawakan kek yang Ummi belikan untuk abang malam semalam, ke rumah nenek. Malam semalam juga Ummi buat 2 biji kek, sempena birthday abang. Dan pagi tadi Ummi goreng mee banyak. Kata Ummi, nak bawak ke ofisnya, nak jamu kawan2 makan. Sebahagian bawa ke rumah pengasuh untuk dimakan oleh kawan2 Muizz.

Abang...abang...untungnya jadi anak abah dan Ummi. Abah dulu, tak pernah kenal makna harijadi. Dah tua sikit ni barulah belajar nak celebrate harijadi sikit2.

9 comments:

~comei~ said...

hehe..patutla rasa nak ejguk blog abah hari ni, ada citer menarik ye. hehe. terasalah abah. haha. tp anim sokong bab ego tu. kadang mmg perlu dan kadang tu tak perlu. nyusahkan org jerk kan. hehe.

abah, ckp kat muizz 'akak' comei kem salam ucap happy birthday. hehe.

zamdee said...

muehehe.. ego sumer org ader, kucing pun ader ego jugak tp cara manusia handle ego tu yg penting.. tak bagus jugak takde ego sbb nanti org permainkan plak..

ramai nampak ego tuh milik lelaki sbb lelaki nie perwatakan nyer kasar, nie lelaki yg bukan pondan or lembut ler..

perempuan pun ego jugak tp tak nampak jer.. terpulanglah kat manusia tuh, rasa selesa ngan ego tinggi, truskan jer.. rasa xselesa, elok ler jaga skit ego tuh.. bukan aper, untuk kesenangan diri sendiri jugak..

oh yer, Happy Birthday to Ahmad Mu'izz Hakim

Abah Mui'zz said...

Thanks Anim dan Zamdee for the wish.

Hehe, kucing ego tak jadi masalah kat kita Zamdee. Yang susahnya manusia yg rapat ngan kita tu ego, or perhaps, kita yang ego.

Dan lelaki lembut pun ada ego jugak abah rasa. It does not belong to any gender la rasanya, cuma lelaki ni keras perwatakan, tu yang nampak macam ego.

Sebab itu abah sangat yakin Islam itu cantik. Disuruhnya kita bertolak ansur, bertoleransi sesama manusia. Hehe, itu antara faktor kekalnya hubungan sesama manusia utk satu jangkamasa yang panjang.

Anonymous said...

sampaikan ucapan selamat harijadi dari Am utk Muiz yer abah, walaupun terlambat sikit tapi masih nak ucak juga

Pnut said...

selamat hari jadi utk muizz...
kiranya dia baya anak saya
Najmi

Abah Mui'zz said...

Am dan Najmi, terima kasih untuk ucapan. Sampai hari ni dia asyik dok sebut kek birthday dia yg Ummi dia belikan hari tu. maklum la, ini first time kami beli kek harijadi dia. Apapun, Am dan Najmi doakan moga muizz akan jadi anak yang soleh, insyaAllah.

Anonymous said...

perempuan pon tak kurang egonya. tp macam jugak ciptaan Allah yg lain, tentu ego pun ada hikmahnya tersendiri. cuma bila jadi hamba ego tu yang jadi masalah kan?

selamat hari lahir muizz :) semoga jadi anak soleh.

Pnut said...

eehhhhh yg post birthday wish tu bukan Najmi, tapi mama Najmi,
kita bgtau, Muiz baya Najmi....he..he....salah paham nii

Abah Mui'zz said...

Pnut, sori. Lepas abah post comment tu baru abah perasan yg Najmi tu nama anak. Apapun, thanks. Najmi sihat ke?