Monday, November 21, 2005

Cerita tentang manusia...

Semalam habis kerja dalam pukul 3, abah dan ummi bertolak balik ke KL. Sebelum bertolak balik, kami singgah lunch di Danga Bay. Tempat menarik, tapi makanan kurang umphhhh. Ummi beli banyak otak2 Mr.Noh untuk bekalan masa dalam perjalanan. Dalam perjalanan balik, kami singgah ke Muar sekejap, jenguk anak buah yg sedang dalam exam SPM. Singgah untuk memberi sokongan moral, dan bekalkan sikit kuih raya. Untuk Yong, pokjak dan cik yah doakan moga Yong akan dapat straight A1s seperti yang Yong cita-citakan, InsyaAllah. Kami sampai rumah pun dalam pukul 11 malam.

Dua tiga malam lepas, abah berkesempatan menonton VCD Konsert Siti Nurhaliza di London. Maaf la Siti, abah beli yang cetak rompak saja. Tak berbaloi abah rasa utk beli yg ori, sebab abah cuma nak tengok sekali saja. Excellent performance. Walaupun ada sesetengah lagu berjaya di'Hetty Koes Endang'kan, namun secara umumnya, menarik juga persembahan Siti. Cindai, Ya Maulai, Purnama Merindu...antara yang tetap menarik pada abah. Hehe, jangan tak percaya, abah dulu pernah terjerat dengan Siti masa muda2 dulu. Sanggup beli segala apa majalah yang cover depannnya ada muka Siti. Hahaha, walaupun dah lama tinggal perbuatan bodoh macam itu, tapi sesekali teringat, kelakar pulak.

Abah juga terbaca dua tiga hari lepas berita tentang Siti yang ingin menyaman Kesatuan Pekerja MAS sebanyak 1 juta. Saman malu kerana pihak union MAS pernah keluarkan kenyataan yang kononnya membuatkan Siti terasa, apabila isu MAS taja penerbangan artis dijadikan alasan kenapa MAS rugi besar. Abah fikir kalau Siti teruskan juga menyaman Kesatuan Pekerja yang kesemua ahlinya adalah mereka yang berpendapatan rendah, Siti akan berjaya beri tanggapan pada orang-orang Union itu bahawa harga 'malu' Siti Nurhaliza terlalu mahal: 1 juta. Dan andainya itulah harga 'malu' Siti, abah rasa ramai jutawan2 diluar sana yang sanggup beli 'malu' Siti, kerana 1 juta itu cuma satu nilai yang kecil pada mereka.

Abah harap Siti fikirkan semula tindakan dia. Bukan abah kata tak patut, tapi Siti kena fikir juga siapa yang nak disamannya. Bukan ke orang2 itu yang menaikkan dia sampai jadi macam hari ini. Dan kalau tak fikirkan faktor itu sekalipun, abah harap Siti fikirlah, siapa orang2 itu. Dengan pendapatan yg kecil, dan kos hidup yang tinggi, kena pulak nak bayar saman siti 1 juta tu. Kesian la kat depa. Siti tak apa lah, dah jutawan.

Abah ni tulis macam ini, macam la Siti baca. Hehe.

Semalam masa di Danga Bay ada cerita lucu. Ummi pergi beli air kelapa muda. Bila ummi cuba tanya pada peniaga tu gerai mana ada jual laksa johor, orang tu boleh kata "I can't speak Malay, can u speak English". Ummi pun tanya la lagi sekali, "Is there any stall here selling Johor Laksa?". Tahu apa dia jawab?? "No, no, here is Johor Bharu, not Johor Laksa". hahaha, tergelak besar abah bila ummi ceritakan kat abah insiden tu. Macam-macam manusia ni...

2 comments:

~comei~ said...

oo abah g JB ek.. lupa lak.. kalau tak bleh suh jengukkan org tu kat BP. haha. tak der laa, anim gurau jerk. slmt bercutilah ye :)

abah peminat cik ct rupanya. apa maksud 'ada sesetengah lagu berjaya di'Hetty Koes Endang'kan'?

Abah Mui'zz said...

Org tu? Hmmmmm, siapa tu ya? Nak kena korek rahsia ni.

Siti nyanyikan ala2 Hetty nyanyi la Anim, which is abah tak suka. Bunyi macam keroncong la pulak lagu2 Siti.