Friday, November 25, 2005

Cerita tentang lelaki...

Pagi ni abah terbaca satu emel menarik berkaitan "Banyak Untungnya Kalau Faham Lelaki".

Terasa juga nak ngulas sikit apa yang penulis tu kata.

Kata dia: Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih.

Kata abah: Abah memang setuju dengan penulis ni. Emosi lelaki secara biasanya cuma sekejap. Bila dia dah ok, dia akan balik ke gelagat asalnya. Kalau anda isteri, berilah masa untuk dia layan diri dia sendiri. Jangan ambil hati dengan emosi yg macam itu. InsyaAllah, kalau anda buat macam biasa, suami pun akan back to normal dalam masa yang singkat sahaja.

Kata dia: Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah ‘gatal-gatal’ sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan ‘tempoh bertenang’ sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap. Usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga.

Kata abah: Abah setuju juga dengan pendapat ini. Andai lelaki bertanya untuk bantuan anda, itu maknanya dia mahu dibantu. Jika tidak, biarkan saja. Berikan sedikit tempoh untuk dia bertenang. Jangan marah, merajuk dsbnya. Ini cuma menyebabkan lelaki akan lebih menyendiri.

Kata dia: Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan – lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri. Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

Kata abah: Sangat setuju. Allah sudah menciptakan alam dan penghuninya dengan sangat cantik dan sempurna.

Kata dia: Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan. Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

Kata abah: Hehe, abah macam inilah, tiap kali ber'bincang' dengan ummi, abah akan selalu nak menang, walaupun abah tahu abah salah. Inilah agaknya yang orang kata ego lelaki itu tinggi. Akhirnya, ummilah yang selalu mengalah. Tak adilkan? memang tak adil, tapi susah abah nak ubah yang ini. Abah cuba juga. Mudah2an sifat tidak baik lelaki ini akan berjaya abah ubah. Walaupun ummi tak salah tapi dia mengalah, abah rasa bahagia sungguh. Bukan sebab abah rasa abah menang, tapi abah rasa, ummi sangat sayangkan abah.

Kata dia: Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan. Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala.

Kata abah: Yang ini abah tak pasti, sebab dalam hubungan abah dan ummi, abah yang lebih banyak berleter. Ummi lebih banyak diamkan diri, walaupun sesekali ummi berleter juga,especially bila abah suka sepahkan barang dalam rumah, ataupun abah tak tolong ummi buat kerja rumah. Hehe. Tak apa ummi, leterlah, abah tak ambik hati, sebab jarang sekali abah nak dengar ummi berleter. Kalau anda wanita yg suka berleter, kurangkanlah sikit tabiat berleter, terutamanya depan suami. Lelaki MEMANG tak suka orang kuat berleter. Tapi kalau lelaki berleter tak apa, tak salah. :-). Ada ke lelaki berleter? Ke abah je yang abnormal.

Haha, jumpa lagi minggu depan. Malam nanti abah nak bawak Muizz dan Ummi tengok Chicken Little kat TGV 1 Utama. First time nak bawak Muizz tengok wayang. Harap2 dia tak meragam la nanti.

"Accept the things to which fate binds you and love the people with whom fate brings you together but do so with all your heart "
~ Marcus Aurelius

4 comments:

Anonymous said...

abah suka berleter.. hahah..
suami embun pun.. bila tiba angin kus-kus dia.. hah rasa cam nak tutup telinga jer.. tak larat dengar dia berleter.
embun kurang berleter depan dia sbb dia tak suka. kalau geram sgt embun berleter depan anak jer w/pun anak tak tahu apa2.. hem.. kesian anak kan..

apa pun, byk juga peel diri sendiri yg embun kena ubah. terutama bab lelaki menyendiri. hem.. embun mudah sgt terasa kalau suami berdiam diri..

Abah Mui'zz said...

Abah tak de la suka berleter, cuma sebab jenis suka bercakap agaknya, nampak macam berleter. Tapi tak apa, sebab Ummi sebaliknya.

Sama la kita Embun, banyak juga peel diri abah yg kena ubah dan baiki.

Embun jangan terasa, lelaki kadang perlu berdiam diri, mungkin sebab dia marah, dia kecil hati, atau mungkin dia perlukan ketenangan. Tapi jangan bimbang, bila dia dah bercakap semula tu, maknanya dia dah OK. Embun buat macam biasa je, jangan ambik hati.

Anonymous said...

thanks abah.. tp kekadang rasa lambat sgt pula nak dpt feed back.. terutamanya bila embun ada hal penting nak bg tahu, masa tu pulak dia buat bolayan.. tension dibuatnya.. hahahah :)

tak per.. embun tgh cuba perbaiki diri sendiri supaya dia tak selalu menyendiri..

Abah Mui'zz said...

Embun, lelaki dan menyendiri tu susah nak pisahkan. Sesekali akan menyendiri juga dia. Hehe.