Sunday, July 31, 2005

Cerita hujung minggu...

Hari ni hari minggu, abah tak ada plan kemana-mana. Sahabat abah dari Pahang semalam datang bertandang, sempat bermalam semalam. Sayang, awal pagi dah terpaksa bertolak ke Pahang, ada kursus haji katanya. Kalau tak, boleh abah bawak dia pekena teh tarik pagi ni. Seperti biasa la, rutin abah setiap ahad, kalau abah tak bekerja, pergi kedai beli akhbar. Seminggu sekali je abah beli akhbar, sebab hari lain abah baca kat ofis saja, itupun kalau sempat.

Tak banyak yang abah nak cerita hari ni, cuma nak petik kata-kata atau tulisan yang ada dalam akhbar mingguan malaysia hari ni, untuk dikongsi dengan anda semua.

”Bukan mudah untuk sampai pada tahap ini jika tidak bekerja keras. Tiada jalan pintas dalam hidup ini.” Kata Najmil Faiz Mohamed Aris, anak melayu berusia 26 tahun yang sedang mengikuti pengajian kedoktorannya di UK. Anak muda ini baru saja membentangkan kertas kerja di Parlimen UK, dan kajiannya memenangi The Best Research of Good Prospect 2005. Untuk seorang anak melayu SPM pangkat 3, abah bangga dengan anak muda ini.

Aziz Ishak pula berkata ”Alangkah lebih baik perhatian yang terlalu besar itu diberikan kepada usaha membantu ramai orang miskin dinegara ini menerusi formula yang sama iaitu SMS”. Aziz merujuk kepada program realiti Akademi Fantasia.

Katanya lagi, ”Alangkah baiknya jika tangisan kesedihan meratapi peserta AF yang tersingkir dapat sama diterjemahkan dalam bentuk kesedaran untuk memerangi ancaman sosial yang membawa kemelaratan kepada ratusan ribu anak melayu”.

”Saya sayangkan Islam. Islam tidak jahat, yang jahat adalah manusia”. Itu kata Qamarina, saudara baru yang diuji Allah dengan perlakuan mereka yang sejak lahirnya Islam yang mengambil kesempatan keatas beliau.

Qamarina juga bertanya, ”Kadang-kadang saya hairan mengapa tiada lelaki islam mahu menolong saya yang susah. Bila berkawan, mereka nak datang rumah, nak ringan-ringan,nak minta seks,apakah mereka tak rasa malu pada diri sendiri,kalaupun mereka tak takut pada pembalasan Allah dan hari Kiamat?”..

Baru sekejap tadi abah menonton dua rancangan kegemaran abah, CSI dan Tru Calling. Abah boleh faham apa rasa Nick bila terkurung dalam keranda semacam itu, takut. Takut andai masa untuk menghadap Ilahi sudah tiba. Tru Calling juga makin hebat bila Tru dan Jack berusaha melaksanakan kerja masing-masing, yang pastinya akan saling bertentangan.

Sudah 1130 malam, Mu’izz pun dah ajak abah tidur. Kesian dia, abah janji nak bawa dia ke kedai ikan tadi. Tapi bila tengok dia tidur lepas Asar tadi, tak sampai hati nak kejutkan. Tak apalah, insyaAllah minggu depan, abah akan bawa dia beli ikan untuk kolam mini abah kat depan rumah tu.

2 comments:

Anonymous said...

ooo abahmuizz pun minat CSI juga ya, samalah kita, sejak AF ni aja mad byk terlepas siri CSI tu

Abah Mui'zz said...

Minat memang minat Mad, cuma kadang tu selalu miss, tak sempat nak tengok. Apapun, tak sabar tunggu Season 4.