Semalam ada kawan sms abah, beberapa kali juga. Biasa la, mengadu tentang masalah dan kesukaran hidupnya. Abah simpati pada keadaan dia, dan abah mintak dia sabar dalam menempuh dugaan. Hidup ini satu perjuangan, dan selagi berjuang, jangan fikir tentang menang kalah, berjuang selagi ada daya. Abah cakap berdasarkan prinsip hidup abah. Kena pulak kita ini lelaki, ramai yg bergantung dan berharap pada kita. Kalau kita dah putus asa dalam hidup, macamana pula dengan orang-orang yang berharap pada kita.
Tapi abah sedar juga, setakat ini Allah belum lagi menguji abah dengan ujian yang berat-berat. Abah bersyukur, dan abah yakin sesungguh hati, Allah dah tentukan apa yang terbaik untuk hambaNya. Antara kita nak menerima itu atau tidak.
Abah ingatkan sesi sms semalam dah abis, rupanya bila abah jaga dari tidur pagi tadi, ada missed call dan sms dari kawan abah tu. Terkilan juga bila dipertikaikan niat kita berkawan dengannya. Bukan apa, dia mintak abah call dia semula, tapi sebab abah dah tertidur, so abah tak call la. Tapi sms dia yg terakhir seolah2 nak bagitahu abah ni bukan kawan sejati dia, buat abah terkilan sikit. Abah tak kisah dia nak cakap macam itu, cuma abah terkilan sebab niat ikhlas kita disalahertikan orang. Tapi abah terima saja, orang tengah tension, macam2 boleh dikata, walaupun hatinya tak berniat nak kata. Tak apalah, abah lupakan aje sms tu. Cuma abah harap dia faham, pada abah, persahabatan bukan satu benda kecil, yang boleh abah main2kan. Bila bersahabat, ada satu 'ikatan' perasaan antara kita dgn sahabat, dan 'ikatan' itu yang kita kena jaga sungguh2.
Sambil2 dok menulis ni, teringat satu benda yang abah buat masa kat Langkawi dulu, yang buat muka ummi merah padam, tapi abah tahu ummi seronok abah buat macam itu. Nak tahu....tengoklah gambar ni. Hehe, abah nak letak gambar ni kat bawah, tak jadi la pulak, asyik blog ni letak kat atas je. Abah nak kena explore lagilah cara nak guna blog ni nampaknya.

3 comments:
Amboi pagi pagi dah romantik sakan...agaknya tekaan PB tentang org pantai timur tak romantik ni salah lah nyerrr....
Haha, tak la romantik PB. Sesekali je datang feeling camtu. Hehehehe. PB pun apa kurang. mesti lagi romantik.
abah_muizz, PeeBee ni trus tulis kat baju terus
Post a Comment