Wednesday, July 13, 2005

Cerita tentang persahabatan dan kesilapan...

Lama betul abah tak menulis, walaupun tahu orang tak baca blog abah, tapi rasa nak menulis tu selalu datang. Kebetulan pulak dapat kenalan online baru hari ni, rasa nak menulis tu lagi la berkobar2. Hehe.

Semalam seseorang emel pada abah, menceritakan kisah hidupnya masa muda. Katanya, dia pernah bersahabat dengan seseorang, dan oleh kerana ada sikit kekeliruan, mereka putus persahabatan. Kini, selepas 30 tahun, dia teringin nak sambung semula ikatan persahabatan dengan kawan tu tadi. Cumanya, dia tak pasti betul atau tidak tindakannya.

Abah pun tak pandai nak nasihatkan, cuma abah kata, kalau niatnya untuk menyambung semula persahabatan itu ikhlas, teruskan sajalah. Mungkin kawan yang satu lagi itupun sedang memikirkan benda yang sama. Elok sangat kalau dua sahabat lama bertemu semula. Yang lepas, lupakan saja. Kita manusia lemah, tak boleh lari dari buat silap, walau sehebat mana kita nak sempurnakan diri kita pun, salah silap mesti ada.

Dan nak cari sahabat sekarang ini bukan mudah, kalau kawan itu dah jadi sahabat pada kita, kekalkanlah gelaran itu, jangan putuskan. Sahabat itu satu pelengkap pada hidup kita sebenarnya, walaupun kita rasa boleh bahagia hidup tanpa sahabat.

Abah tak pastilah dia akan teruskan ke tidak niat dia tu, tapi abah doakan moga2 persahabatan mereka terjalin semula, yang pastinya ikhlas kerana Allah.

Abah sendiri pun kadang2 takut juga buat silap pada sahabat2 abah. Walaupun kenal baik, kadang2 kita tersilap kata dan laku juga. Untuk sahabat2 abah yang baca blog abah ni, maaf kalau ada salah silap yang tak termaafkan lagi. Abah hidup tak tahu lama mana, sebab itu abah tak mahu mengulang kesilapan yang pernah abah buat, dan orang lain buat. Abah rasa tak sempat nak lalui atau ulangi kesilapan yang sama lagi.

2 comments:

Anonymous said...

betul tu abahMuizz, sekali jadi sahabat selamanya tetap sahabat, jarak dan masa terpisah bukan satu sebab utk persabahatan tu terputus

Seperti mad, kadan2 terjumpa sahabat lama semula, kemesraan tu terjalin semula, lagipun dalam dunia IT sekarang ni, yg jauh pun dah jadi dekat

Abah Mui'zz said...

Tapi sayang Mad, ramai antara kita tak sedar tentang itu. Berkawan berbelas tahun, atas silap kecik,boleh berkerat rotan berpatah arang jadinya.