Friday, July 22, 2005

Cerita tentang lagu...

Bersamamu
Siti Sarah

Jangan di ucap selamat tinggal
Pada diri ku yang menantikan mu
Telah kau tunai seribu janji
Satu kau mungkiri …
Hidup bersama ku

Tidakkah kau kasihan
Kepadaku yang mengharapkan cinta mu
Mengalir airmata ku
Merintih dalam pilu bila kau berlalu.

Serikan semula mahligai hati yang lara
Bertahun lama ku tunggu
Bertaut cinta yang satu

Berikan ku cinta
Sembuhkan luka lama
Selagi kasih membara
Daku setia selamanya

Jangan diucapkan perpisahan
Sayup suaramu membungakan rindu
Pasrahku di dalam kerinduan
Kasih padamu
Subur dihatiku...

Haha, ini mesti ada yang kata abah jiwang. Tak apalah, katalah, abah tak marah. Bukan sebab jiwang sebenarnya, tapi sebab dah lama abah dok mencari lagu ni yang abah dengar dalam salah satu drama di TV3. Tetiba semalam masa ke kedai CD, abah terpandang album baru Siti Sarah, apa lagi, belilah. Tapi maaflah, abah beli yang 'pirate' punya. RM7 sekeping. Nak beli yang original, abah rasa tak berbaloi, sebab abah cuma nak dengar lagu ini saja. Maaf ya pada peminat siti sarah. Menarik lagunya, mungkin juga sebab liriknya, atau mungkin juga sebab penyanyinya berjaya menyanyikannya dengan baik. Tak kisahlah apa sebabnya, cuma abah rasa sedap dengar masa first time abah dengar kat TV.

Seronok juga dengar lagu jiwang2 ni ya! :-)... Abah pun terasa nak menulis sesuatu tentang cinta ni, tapi nanti dululah, sebab abah tengah banyak hal yang nak diuruskan dipejabat ni. InsyaAllah abah akan tulis dalam masa terdekat. Sebabnya, semalam abah jumpa seorang kawan baru, dan kami boleh bercerita hal cinta, jodoh, perkahwinan...yang abah rasa seronok juga berbincang hal-hal ini sesekali.

4 comments:

Anonymous said...

Saya sedang menunggu cerita mengenai cinta yg akan abah_muizz tulis

Salam perkenalan

Abah Mui'zz said...

Am, insyaAllah, abah akan cuba tulis sedikit ttg cinta tu..hehe, ada juga yang minat ya dgn topik tu. Apapun, terima kasih kerana sudi jenguk blog abah.

Salam perkenalan dari abah juga...

Anonymous said...

anim nak lagu tu bleh tak? abah send kat email ek --> angah_anim@yahoo.com.

tq

Anonymous said...

Abah, dah lama saya cari lagu nie..

Abah boleh send pada saya tak?

nuraarin@yahoo.com

thanks