Pagi tadi, dalam perjalanan ke tempat kerja (abah tumpang sepupu pada ummi sekarang ni), sepupu tadi mengeluh tentang penyewa rumahnya. Masakan tidak, duduk tanpa bayar sewa berbulan-bulan, tiba-tiba keluar rumah tanpa khabar berita. Bukan setakat itu, tinggal pulak bil air api yg mencecah ratusan ringgit. Kesian juga abah dengar. Tapi ini bukan kes terpencil abah rasa, sebab ramai lagi yang mengalami masalah dengan penyewa rumah. Daripada jadi satu pelaburan, jadi pulak satu beban. Tapi tak apalah, redha saja dengan ujian Allah.
Cuma abah kesal dengan sikap penyewa2 yang macam itu, tidak jujur. Bukan setakat tidak jujur, tapi menyusahkan hidup orang lain. Abah faham sesetengah penyewa ada masalah kewangan dan sebagainya, tapi jangan la sampai keluar rumah senyap-senyap. Masa nak menyewa dulu, lain perlakuannya, tapi bila dah jadi masalah, tinggal macam itu tanpa sebarang bicara.
Kita ini manusia, Islam pulak tu. Sampai ke mana sangat kita nak pergi dengan menipu orang lain. Kita pergi mana-mana pun, ini bumi Allah juga, dan Allah boleh lakukan apa saja pada kita. Hari ni kita menganiayai orang lain, esok lusa, boleh ke kita jamin hidup kita takkan dianiayai orang lain pulak. Dan hidup kita tak lama, sampai masa pergilah kita mengadap Maha Pencipta. Mungkin dosa dgn Allah, kita mampu bertaubat, tapi dosa sesama manusia, takkan terampun selagi empunya badan tidak memaafkan.
Abah bercakap ni sebenarnya untuk diri abah juga sebab abah juga menyewa rumah orang. InsyaAllah, abah mohon pada Allah jangan lalaikan hati abah hingga tergamak menganiayai orang lain. Abah takut dengan azab Allah. Sungguh abah takut.
Sebelum tidur semalam, abah tengok gambar-gambar yang abah ambil masa kami sekeluarga bercuti di Langkawi. Abah berkenan betul dgn satu gambar Muizz ni. Gambar tu abah 'snap' masa kami berada di satu stesen perhentian kereta kabel di Gunung Mat Cincang (betul ke tidak abah eja ni). Muizz tak sedar pun abah snap gambar dia...tapi abah suka tengok.
"Beginning today, treat everyone you meet as if they were going to be dead by midnight. Extend to them all the care, kindness, and understanding you can muster, and do it with no thought of any reward. Your life will never be the same again." - Og Mandino

5 comments:
wow...hero abah ni handsome ler.Nanti PB masuk minang utk anak PB yg no 4 , boleh tak? Ckp ttg penyewa umah, alhamdulillah penyewa umah PB baik sgt. Kalau lewat g ambik sewa umah, dia yg call ingatkan PB. Ada sekali tu mmg PB lupa terus, dia yg dtg hantar duit sewa. Harap-harap dia tak der lah pindah kemana mana .
Naik kabel car tu, tak seram kepala lutut ke, bila kabel car ditepa angin kuat...bergoyang goyang....tengok bwh lakk sayup jerrr
Nak minang..heheheh, boleh,itupun kalau muizz kata OK, abah ni rasanya jenis yg serah kat anak utk decide benda-benda macam itu. InsyaAllah, ada rezeki, ada la tu. Hehe.
Muizz suka naik cabel car tu, dia siap nak suruh naik sekali lagi. Yang umminya pulak, keras je duduk dalam car tu, takut katanya. Tapi bila dah naik atas, dia pulak yg seronok. Cubalah nanti PB,bawak anak2 sekali,mesti seronok depa tu.
Mad sebelum beli rumah ni, dua kali menyewa, sorang kedua dapat tuan rumah yg betul2 berkira pasal duit rumah dan yg pertama ok tapi rumahnya pula tak ok, tapi dua2 penyewa tu macam rasa terkilan bila mad keluar rumah, siap cakap terima kasih kerana meyewa rumah mereka, mungkin sewa rumah sangat2 tak pernah lewat, biasalah wife mad selalu bising kalau mad lambat masuk sewa rumah
Bagi mad kita kena ada give & take antara tuan rumah dan penyewa
terlupa pulak, muizz ni kalau kawan dgn anak mad ok kot, berapa umur dia ya abah_muizz
Hai PB nak berbesan ker nampaknya
11 November ni cukup umurnya 4 tahun Mad. Rasanya boleh la kawan dgn anak Mad. Dia pun jenis suka nak berkawan.
Post a Comment