Dua hari bercuti, abah tak ke mana-mana sebab ummi dah reserve weekend hari tu untuk kemas rumah. Kesian ummi, penat kemas rumah. Abah tolong mana-mana yg patut je la, sebab abah tak kreatif nak menghias rumah ni.
Semalam abah tonton Tru Calling, seperti biasal a kan, cerita kegemaran sekarang ni. Abah tak mahu la cerita tentang jalan ceritanya, cuma nak menulis sikit tentang apa yang abah belajar dari cerita semalam. Sebab abah rasa kita semua hampir sama saja pemikirannya, maksud abah dari segi memikirkan yang kita "sentiasa ada masa". Kita tahan diri kita dari melakukan sesuatu yang kita nak buat atas alasan "masih banyak masa untuk kita buat". Tapi bila ditengah jalan, maut datang menjemput, masa itulah baru terbukti yang kita sebenarnya "tidak cukup masa".
Datuk Jins pernah kata "Esok masih ada", tapi abah nak kata "Pastikah masih ada esok untuk kita?". Abah fikir, sementara kita ada masa ini, buatlah apa yang baik yang kita nak buat. Cakaplah pada insan-insan kesayangan kita, bahawa kita sayang pada mereka. Berbuat baiklah pada manusia, kalau itu yang kita ingin buat. Jangan ditangguh, sebab kita tak tahu masih adakah lagi esok untuk kita berbuat kebaikan.
Macam cerita semalam, dia mati tanpa sempat menyatakan yang dia cintakan wanita dipejabatnya. Dan wanita itupun dalam kesamaran samada simati itu tahu atau tidak yang dia sangat menyintainya. Masing2 tidak meluahkan perasaan atas alasan tadilah "masa masih banyak". Simati itu juga tidak sempat berbaik dengan anak lelakinya,mungkin juga dengan alasan "masih banyak masa untuk berbaik nanti".

1 comment:
Hai Abah...semlm PB tgk gak citer tu...my favret. Betul tu, selalu kita rasa kita ada masa, sedangkan kita tidak tahu masa depan itu. So, selalulah kata ILOVE YOU...pada insan insan yg berhak mendengarnya..
Post a Comment