Minggu lepas abah chat dgn seorang kawan abah. Asalnya saja nak tanya khabar masing-masing, tapi perbincangan bertukar jadi serius bila kawan abah tadi tiba-tiba mengeluarkan dua persoalan yang abah rasa nak ulas dalam blog hari ni.
Sebelum abah mengulas, biarlah abah bercerita sedikit tentang kawan abah. Bukan niat abah untuk membuka pekung kawan, cuma abah rasa anda akan lebih faham apa yang abah nak ulas.
Kawan abah sebenarnya menghadapi sedikit konflik jantina. Abah rasa anda semua pernah dengar tentang ini. Luarannya nampak seperti lelaki normal, tetapi di dalam, jiwanya lebih menjurus pada wanita.
Kawan abah sebenarnya ingin berkongsi masalah dengan abah, yang mana abah sentiasa akan dengar dan bagi sedikit panduan, setakat daya abah. Namun bila dia keluarkan soalan "Kenapa aku, kenapa bukan orang lain?",abah rasa abah patut ulas sedikit tentang itu.
Pada abah, selagi kita bernama manusia, selagi itulah kita akan diuji Allah Maha Pencipta. Siapapun, namakan siapa saja, pasti akan berdepan dengan ujian dan dugaanNya. Diuji dengan kepayahan, diuji dengan kesenangan. Antara ujian itu berat dan ringan saja bezanya, tapi yang pasti, semuanya diuji.
Namun agaknya kita manusia ini sering inginkan kesenangan, kebahagiaan dan kemewahan, bila Allah uji dengan kepayahan, kita mudah tewas, mudah melatah. Sebab itu sering kita tanya, "Kenapa aku, kenapa bukan orang lain?".
Bila datang ujian penyakit kronik spt kanser, AIDS dan sebagainya..."Kenapa aku?". Bila datang ujian kedaifan hidup, hingga terpaksa kais pagi makan pagi..."kenapa aku?". Bila diuji dengan berfizikal lelaki, bernaluri wanita..."kenapa aku?" Sedangkan bila dapat bonus hujung tahun 3 bulan...tiada pula "kenapa aku?"...Bila dapat kenaikan pangkat...tiada persoalan "kenapa aku?", bila dapat kereta hadiah cabutan SSP...jauh sekali bertanya "kenapa aku, kenapa bukan orang lain yg dapat hadiah ini?".
Abah rasa kita manusia ini kena lebih redha atas apa saja ujian Allah. Kena terima sungguh-sungguh bahawa Allah menguji hambaNya setakat daya hambaNya menampung. Tiada siapa meminta untuk diuji Allah dengan kesakitan, kedaifan, kesakitan jiwa. Tanyalah siapapun, tidak ada yang mahu. Tapi itulah kebesaran Allah, diujinya kita untuk mengingatkan kita dari lalai, diujinya kita untuk menguatkan jiwa kita menghadapi dugaan, diujinya kita kerana ingin diberitahu betapa Dia amat kasih pada hambaNya.
Itu persoalan pertama yang ditanya, persoalan keduanya "Dah aku diuji macam ini, aku nak buat macam mana?"....InsyaAllah esok abah akan mengulas tentang soalan ini.
Jangan dinilai sesuatu sekadar zahirnya semata, pandanglah dgn mata hati, renungkan dengan akal, fikirlah dgn iman, insyaAllah,kita kan mengerti...
No comments:
Post a Comment