Wednesday, November 19, 2008

Cerita tentang Madagascar 2...

Hari ini abah cuti. Sebabnya nak habiskan cuti, dan juga nak servis kereta. Dan memandangkan sekarang ni musim cuti sekolah, maka abah heret juga anak jantan abah ke tempat servis kereta.

Habis je servis kereta, yg mengopakkan dompet abah sebanyak RM350, abah bawa Muizz ke 1-Utama. Bukan nak shopping, tapi sebab abah dah janji dengan dia minggu lepas nak bawa dia tonton Madagascar 2. Kebetulan hari ni Rabu, dan harga tiket murah sikit, maka kami pun dapatlah tonton Madagascar 2. Penuh jugalah panggung dengan mak ayah dan anak2. Maklum sajalah, cerita animasi, dan budak2 pulak bercuti sekolah.

Apa komen? Pada abah, M2 adalah cerita yang menghiburkan. Banyak juga adegan yang buat abah dan Muizz ketawa, dan banyak juga adegan yang menyedarkan abah. Tak terkecuali adegan2 yg abah rasa agak kurang sesuai untuk budak2 macam Muizz. Cuma abah tertarik dengan adegan2 yg menyedarkan tu la. Betapa dalam animasi untuk kanak2 itupun ditunjukkan betapa dalam perhubungan (baik persahabatan dan perhubungan suami isteri), meluahkan apa yang ada dalam hati itu perlu. Bukan luahan negatif, tapi luahan positif. Maksudnya, kalau kita hargai kawan, kena cakap pada dia yg kita hargai dia, betapa dia sangat istimewa dalam hidup kita. Dan kalau kita sayang isteri kita, dan betapa uniknya diri dia, dan betapa dia penting dalam hidup kita, luahkanlah. Tidak perlu luahkan selalu, asalkan dia tahu apa nilai diri dia dalam hati kita. Kalau anda tonton animasi ini, anda fahamlah adegan mana yg abah maksudkan.

Itu sajalah kot bahan untuk dikongsi hari ini. Esok, abah akan heret Muizz ke Kluang dan Batu Pahat pula selama 2 hari. Abah ada kerja disana, dan Muizz nak ikut, maka kenalah bawa. Sebab tadi sewaktu memandu balik dari 1-Utama, Muizz tanya abah, "Abah, abah tahu tak bila "musim kebosanan"?. Abah kata tak tahu, dan abah tanya dia apa tu musim kebosanan. Kata dia, "Musim kebosanan tu time Ahmad boring sangat. Abah tahu bila? Waktu tengahari.". Abah tanya lagi, "kenapa bosan?". 'Sebabbb, waktu tengahari, nenek (pengasuh) suruh Ahmad tidur, ahmad tak nak tidur." Aduhaiiii, itu ke maksud musim kebosanan. Dan terpaksalah abah jelaskan tentang betapa perlunya waktu tidur tu untuk dia sebagai seorang budak 7 tahun. Dan kerana itu juga, abah nak bawak dia teman abah drive esok ke Johor. Sambil2 teman abah, boleh dia escape "musim kebosanan" dia selama 2 hari, insyaAllah.

Kita jumpa lagi minggu depan, insyaAllah.

4 comments:

Anonymous said...

Sebut pasal service kereta ni, services kereta Am yang akan datang dalam RM700 kata perkerja kedai tu. Lemah kejab dengar hehehe

Am pun nak bawa abang tengok cerita tu juga, rasanya sabtu ini kalau tak ada hal

@xiM said...

citer madagascar best sangat..kahkahkah

Abah Mui'zz said...

Am, RM700?? Pitam ler. Tapi dah nak buat camna kan Am. Aktiviti seharian kita banyak bergantung pada kenderaan tu. nak tak nak, terpaksa la juga keluarkan belanja untuk maintain supaya tak rosak.

Abah saranan Am bawak siabang tu tengok, dia mesti enjoy.

Axim, memang best! Sampai sekarang2 dok teringat2 lagi adegan2 lucunya.

azamaju sprayworks said...

Assalamualaikum tuan empunya blog,maaf jika mengganggu,jika perlukan perkhidmatan cat kereta boleh la datang sini
http://bengkelcatkereta.blogspot.com
terima kasih,wasallam.