Wednesday, November 05, 2008

Cerita tentang permasalahan remaja dan peranan ibubapa...

Ini abah letakkan satu emel yang abah kirim pada group Sahabat Interaktif Malaysia. Ada baiknya abah letak disini, untuk dikongsikan dengan anda juga.

------------------------------------
Salam pada semua warga SIM yg budiman,

Terpanggil saya untuk berkongsi pendapat dengan anda dan adik ezey_hotchoc (emelnya ada dibawah sekali) yang bertanya soal remaja dan permasalahannya semalam.

Bukan apa, saya secara peribadi terfikir bahawa ini adalah antara suara yang perlu didengari juga oleh kita yang dewasa ini. Disebalik kerancakan kita bercerita soal ayah yang ingin kahwin lagi, dan ibu yang tidak rela dimadukan – tidak salah sesekali mendengar dan berbincang soal anak-anak, terutamanya anak2 remaja. Sebab mereka pun ada hak, yang seringkali kita alpa akan hak mereka itu (kerana sibuk menuntut dan memenuhi hak kita sahaja, mungkin).

Hak berbentuk material dan fizikal mungkin kita sudah penuhi, insyaAllah. Tapi hak jiwa anak2 itu yang pada pengamatan saya, sangat ramai antara ibubapa yang pandang enteng.

Saya mulakan dengan menjawab soalan adik ezey_hotchoc, yang bertanya, "SIAPA yg harus kte persalahkan?????ibu bapa/remaja sendiri????". Soal nak dipersalahkan siapa, agak sukar untuk kita jawab. Kerana apa? Kerana kita semua sememangnya bersalah. Tidak guna nak tunding jari kesatu arah, kerana jari2 yang lain menunding kearah kita juga. Anak remaja ada salahnya, ibubapa pun banyak silapnya, masyarakat pun ada juga salahnya, begitu juga persekitaran.

Dan bila ada kesalahan, wajib ada teguran. Dan apa yang saya nak merepekkan ini adalah lebih pada teguran, dan saya fokuskan kepada para ibubapa semacam saya. Bukan untuk anda saja, tapi untuk diri saya juga. Sebab saya seperti anda juga, kita tidak sempurna (dalam konteks manusia biasa hari ini).

Saya fokus pada ibubapa, kerana secara peribadinya saya fikir, ibubapalah yang paling banyak sekali mainkan peranan dalam mendidik dan membentuk anak2. Dan tugas ini bukanlah mudah. Sebab itu kalau orang kata mendidik anak itu mudah, itu adalah kata2 orang yang belum berumahtangga lagi, atau mungkin dia tidak tahu apa beza 'besarkan anak' dengan 'mendidik anak2'.

Satu perkara yang kita sering lupa, bahawasanya kita ibubapa adalah role-model pada anak2. Terutamanya untuk anak2 yang masih kecil dan remaja. Betul kata orang tua dulu, "bapak borek anak rintik", bukan bapa sajalah, ibu pun sama. Dan kalau kita menyedari akan hakikat ini, saya rasa kita perlu untuk menjadi contoh terbaik untuk anak2. Dan perkara pertama dalam mendidik anak2 kecil dan remaja, adalah dengan menjadikan diri kita satu role-model yang kita ingin anak kita jadi satu hari nanti.

Saya yakin, kalau saya tanya, rata2 anda akan jawab, "Saya nak anak saya jadi manusia yang soleh, beriman. Saya nak anak2 saya taat pada perintah ibuayah. Saya nak anak saya baik pekertinya. Saya nak anak saya cergas fizikalnya. Saya nak anak saya cerdas mentalnya. Saya nak dia jadi manusia yang luhur jiwanya, dan sebagainya. Bukan anda saja, saya pun nak macam itu. Tapi dalam kita nak itu, kita selalu lupa menjawab soalan2 ini, "Solehkah aku? Berimankah aku? Taatkah aku pada mak ayah? Baikkah akhlakku? Cergaskah fizikalku? Cerdaskah akalku? Luhurkah jiwaku? Dan sebagainya.

Susah nak jawab, tapi kita masih boleh jawab dan kita tahu apa jawapannya. Kan? Kalau semua jawapannya positif, alhamdulillah. Anda sudah memulakan langkah menjadi role model terbaik untuk anak2 anda. Tapi kalau kebanyakan jawapannya negatif, apa perlu anda buat?

Langkah pertama adalah perbetulkan diri anda sebagai ibubapa dulu. Kalau nak anak solat 5 waktu tanpa gagal, kita mesti solat 5 waktu tanpa gagal. Kalau nak anak tutup aurat, kita juga mesti tutup aurat. Kalau nak anak cakap berhemah, kita juga perlu cakap berhemah. Kalau nak anak tidak merokok, kita sebagai bapa ini juga perlu haramkan rokok didepan anak2. Kalau nak anak sukakan ilmu, kita juga perlu cintakan ilmu, dan sebagainya.

Dan ini penting untuk kita buat. Bukan penting untuk orang lain, tapi penting untuk anak2 kita, diri kita, dan juga masyarakat. InsyaAllah, kalau baik rolemodel dalam rumahtangga, anak2 akan jadi baik.

Anda boleh kata, "Saya tidak sempurna, susah saya nak buat semua tu." Memang betul susah, saya akui itu. Apatah lagi jika kita kelaskan diri kita dalam kumpulan "jahil tukil" (kata orang Ganu). Tapi jangan terus2an jadikan itu alasan. Tak cukup masa, tak reti nak ajar, cikgu dah ada, biar mak dialah yang buat, takpelah dia budak lagi, dan sebagainya. Itu cuma alas an yang kita suka reka, apabila kita rasa sukar untuk laksanakan benda2 itu. Pinta saya pada anda, dan pada diri saya sendiri, "Inilah masanya kita buang segala macam alasan itu. Inilah masanya kita merubah diri kita, inilah masanya kita mengambil langkah2 perlu". Kerana kita sayangkan anak2 kita, kita kasihkan remaja2 kita. Kerna kita inginkan agama Allah tetap tegak kukuh dimuka bumi ini.

Muhasabahlah diri kita dulu. Ingat semula apa yang kita buat bila kita bangun tidur, sehinggalah kita lena semula pada malam harinya. Apa yang kita tunjuk pada anak2 kita?

Jangan tunggu pada satu keajaiban dimana kita akan jumpa satu ubat yang mujarab, yang bila dimakan, akan jadikan anak kita seorang anak yang hebat. Anda tidak akan jumpa. Kerana saya fikir, kehebatan anak2 kita, datang dari lubuk jiwanya. Dan lubuk jiwa itulah yang perlu kita didik, asuh, sayangi, dan bentuk sebaiknya.

Jangan lagi kita menambah statistik anak2 kelahiran luar nikah yang sudah cecah ratusan ribu itu. Jangan biarkan anak kita jadi anak2 gothic, skinhead, punk, dan sebagainya itu. Jangan sampai satu hari kita tanya anak, "Kenapa kau buat mak dan ayah macam ini?". Kerana sebelum itu semua terjadi, kita masih punya waktu dan pilihan. Pilihan untuk membentuk sebuah keluarga bahagia, mendidik anak2 menjadi manusia hebat jiwa dan raganya.

Untuk bapa, tinggalkan dulu sementara niat nak berpoligami itu. Toleh sebentar lihat anak2 anda. "Siapakah mereka, dan bagaimanakah jiwa mereka?"

Untuk ibu juga, ketepikan dulu soal pertahankan hak anda untuk dikasihi sepenuhnya, pandang kebelakang, renung anak2 anda itu. Itukah anak2 yang anda idamkan dia jadi? Apa yang anda dah lakukan sebelum ini, dan apakah yang anda boleh lakukan selepas ini. Supaya anak2 itu jadi anak2 penyejuk hati anda satu ketika nanti, insyaAllah.

Kita semua akan kembali ke rahmat Allah satu masa nanti. Adakah anak2 yang ada ini adalah anak2 yang akan senantiasa mendoakan kesejahteraan kita disana nanti?

Saya tinggalkan anda dengan persoalan2 dan saranan2 ini. InsyaAllah, ada masa, saya akan sambung dengan melihat pada perspektif anak remaja itu sendiri pula.

Nota: Ini semua adalah pandangan peribadi saya semata, tidak ada langsung niat negatif. Jika ada yang tersilap, maafkan saya, itu mungkin khilaf yang saya terlepas pandang.


On 11/4/08, ezey_hotchoc wrote:
Assalamualaikum pd smue ahli SIM smoga hidup anda diberkati ALLAH...

Sy nak tanya lh mengenai masalah muda-mudi skang yg bergelumang dgn dosa.. sy nk minta pndpat pd anda smue..sy adlh remaja yg sedng meningkt remaja,hurm spt remaja lain,rakn2 disekolah sy juga inginkn diri mreka disyngi oleh org yg mreka syg..tapi yg peliknya apbla berkasih smue hukum Allah mreka lupa,smpai tahp snggup serahkn mahkota diri yg mnjadi harta ternilai bg stiap wanita snggup diserhkan pd lelaki...

ALAAAA MUDA CUMA SEKALI...

BIARLH IDUP AK,SKEATI LH......

ALAAA KITORNG BUKN UAT PE POWN,PEGANG TANGAN JEEEEEE...

SEBLUM BLEK KISS PIPI,SALAM SIAP CIUM TANGAN LAGI...

BIARLH DIAKN COUPLE AKKKK......

E2 lh pkare/ayat yg sering kte dengr apble kte cuba menasihati mereka.. SIAPA yg harus kte persalahkan?????ibu bapa/remaja sendiri???? minta berikan pendapat kepada smue MUSLIMIN diluar.....

7 comments:

irman_rahs said...

huh,
abah bila dah stat tulis smpi dua sekali dalam sehari...ibubapa adalah tapak utk anak2 berpijak..

Abah Mui'zz said...

Ada satu lagi ni Man, tapi abah reserve untuk esok la pulak. :-D

Ibubapa memang tapak, abah setuju itu Man, dan tapak itu juga perlu betul saiz dan bentuknya, supaya anak2 mampu berpijak dengan baik.

Anonymous said...

sebak...

iBNu iSMAil Al-SalaM said...

to ezey..(sori nyampuk wahai abah)...nak cari kesalahan orang memang senang,,,nak cari kesalahan sendiri memang susah,.,'sebab kita boleh tengok orang..tapi kita cuma boleh tengok diri kita dalam cermin'...

kapel2,,,memang mak ayah yang membentuk kain putih tu jadi berwarna warni..ayah yang membiarkan anak perempuannya atau isterinya bergaul tanpa batasan,,,mka dayus dan nerakalah tempat nya,,,jika sengaja walau sudah ditegur...moga kita semua diselamatkan Allah..

anak2 diarang bukan tahu ape pun...saya ngajar kat sekolah pun, tengok anak2 ni x tahu tujuan datang sekolah..tu xpe lagi...yang x tahu tujuan hidup yang sebenar...itu lagi dahsyat,,,sedangkan umo dah 16 tahun...

ibu bapa,,,memang wajib betulkan diri,,dan sentisa perbaiki diri dari masa ke semasa.,..tetapi janganlah ditunggu diri sesempurna wali baru boleh mendidik anak...perbaiki diri..seiring dengan perbaiki peribadi sendiri,,,

dalam bersedih2 dengan keadaan masyarakat ini.,,janganlah kita terlebih sedih,,tapi naikkan semangat dan berusaha selagi belum mati,,kerana "Allah yang menentukan segala sesuatu, Allah yang mengawal setiap perkara, dan setiap ciptaan Allah ada hikmahnya",,,

mari kita semua berusaha...

amin..

iBNu iSMAil Al-SalaM said...

perbaiki diri anak seiring dengan perbaiki peribadi diri sendiri...

edit sket

Leenoh said...

Assalamualaikum.
Apabila saya membaca blog ini, maka saya juga terpanggil untuk mengisi kotak komen yang saudara sediakan. Memang benar kata saudara, kalau kita hendak anak kita tutup auarat, kita juga kena buat demikian, kalau masyarakat mahu remaja tutup aurat, maka masyarakat juga hendaklah tutup auarat, kita tidak boleh tanam lalang mengharapkan hasilnya padi.Kata ulamak kalau hendak mengetahui akhlak orang tua sesuatu tempat, lihatlah akhlak anak muda mereka.
Ibubapa itu adalah masyarakat, masyarakat itulah ibubapa. Kalau kita pergi mesyuarat PIBG contohnya, di sana terkumpul ramai ibubapa. itulah masyarakat.
Jika proses pendidikan berjalan lancar dan menepati ajaran Islam di setiap rumah, Masyarakat kita tidak akan berlaku seperti sekarang. Saya tidak bersyarah dengan saudara tetapi sebenarnya menyokong pandangan anda kerana bagi saya saudara mempunyai fikrah islam. teruskan..Tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua.
Wassalam.

Abah Mui'zz said...

Anonymous, abah fikir baik juga kita sebak sekarang dari kita meratap kemudian hari.

ibnu ismail, abah sokong pendapat anda, baiki diri selari dengan baiki akhlak rumahtangga. Semoga Allah bersama2 kita, insyaAllah.

leenoh, kita sependapat. Tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua, dan semoga tetap istiqamah. Salam persaudaraan dari abah.