Friday, November 07, 2008

Cerita tentang wajah baru...

Salam wahai sahabat,

Abah sedang dalam proses nak ubahsuai blog abah ni sikit. Maklumlah, dah 3 tahun rupa yang sama jer. Sesekali terasa nak bertukar rupa juga. Dan sementara abah menggodek2 skrip template tu, akan ada la benda yang tak sedap mata memandang kat blog ni. Harap anda boleh tahan sikit la ya.

Tak tahu bila nak selesai menghias rumah baru ni, tapi insyaAllah tak lama. Dan dalam menghias itu, epekan2 abah insyaAllah akan tetap ada, sekiranya ada idea.

Hari ni abah cuti, dan sekarang kalau bercuti pun, masih boleh update blog. Kenapa? Sebab abah dah ada internet brobang kat rumah. Terpaksa langgan juga, sebab keperluan untuk internet dah memuncak kala ini. Itu yang banyak iklan kat blog tu, sekadar nak cover bil internet nanti. Harap anda semua tidak serabut memandang iklan2 itu. Kalau ya, maklumkan pada abah. Abah akan buat apa yang patut nanti, insyaAllah.

3 hari lepas, Muizz bawak balik kertas periksa akhir tahun. Kertas BM. Markahnya, 84%. Alhamdulillah. Dalam tak bukak buku itupun, Allah masih beri dia peluang untuk menjawab dengan baik (pada anggapan abah la). Mungkin markahnya tidak secemerlang pelajar lain, tapi abah bersyukur juga. Dalam kenakalan dia, dalam kuatnya dia dgn kartun, alhamdulillah masih ada ruang untuk memperbaiki diri. Cuma yang tak bestnya, ada satu soalan tunjuk gambar cacing, dan disuruh tulis apa nama haiwan itu. Tahu dia tulis apa? Chaching. Aduihhh, klasik sungguh BM anakku ini. Ekekekkee.

Oklah, abah undur diri dulu. Nak siapkan diri untuk solat jumaat.

Selamat berhujung minggu untuk anda semua. Semoga hujung minggu ini akan bawa kebahagiaan pada anda sekeluarga, insyaAllah.

4 comments:

pB said...

SALAM ABAH


lar ni musing tengok result anok

pah ni musing cuti skoloh pulok ...

irman_rahs said...

wajah yg sangat freshy..klu tak kenal mesti ingat ni blog orang muda ni...tapi sy respect dengan Chaching tu...perut saja tak nak pecah gelak..tu ada waris takkan Melayu hilang di dunia..

Am said...

Lama tak masuk dah berubah wajah blog abah ni. Blog berubah tapi kandungan masih sama hehehe

Am ada hati nak ubah blog juga tapi belum berjaya lagi hehehe

Abah Mui'zz said...

pB, untuk yang ada anak sekolah, itulah agenda tahunannya. Cuti sekolah ni tak bawak budak2 pegi mana2 ke pB?

Man, blog orang muda? Ekeke, terasa muda lak abah. Itulah dia si jejaka BM melayu terakhir.

Am, hati dan jiwa abah tetap sama. Cuma rambut saja makin uban (tapi kaler blog biru kan? Ke abah dah dye rambut kaler biru?) Abah boleh bayangkan blog baru Am, mesti sangat menarik nanti tu, insyaAllah.