Friday, November 28, 2008

Cerita tentang Honda City 2009...

Salam sahabat,

Hari ni tak ada cerita nak diepekkan. Sekadar nak berkongsi beberapa perkara.

1. Abah ada beli CD Zikir dan Doa Selepas Solat, dan abah rasa CD ini sangat bagus untuk didengari. Kalau sahabat mampu untuk beli, abah sarankan beli CD yang original. Tapi kalau masih belum mampu, dan nak dengar juga [dan delete selepas dengar], maka disini abah kongsikan dengan anda. Harap2 Hazamin dan InTeam tak marah abah.
  1. Zikir 1
  2. Zikir 2
  3. Al Fatihah
  4. Zikir 3
  5. Zikir 4
  6. Surah
  7. Zikir 5
  8. Doa lepas solat
  9. Doa Penutup
2. Dengar2 berita, Honda City 2009 akan dilancarkan pada 18 Disember 2008 nanti, dan sekarang ini, depa tengah promote kereta baru tersebut di laman web Excitement in the City. Kalau anda rajin nak explore(mana tahu kot2 dapat iPod free nanti), maka layarilah laman tersebut. Abah suka nak share dengan anda bukan sebab abah nak promote City baru tu, tidak. Tapi sebab abah rasa kaedah yang Honda guna untuk promote City baru tu menarik. Menarik macam mana? Kena klik pada link kata atas tu. Kalau nak beli City tu pun ok juga, boleh abah tumpang naik City anda nanti. :-)

3. Masih ingat dengan cerita tentang uang dan urusannya? Abah ada buat update sikit pada entri itu dengan menyertakan satu aplikasi Excel yang boleh sahabat2 gunakan untuk menilai kedudukan kewangan. Boleh dimuatturun di entri itu, atau disini.

Selamat berhujung minggu esok dan lusa. Jumpa lagi minggu depan insyaAllah.

2 comments:

Anonymous said...

Am pula dah jatuh cinta pada honda civic yg baru tu Abah, kalau lalu sebelah Am, memang geram aja Am tengok hehehe

Abah Mui'zz said...

Sama la kita Am. Sejak dari mula launch dulu, sampai hari ni memang berkenan sangat. Macam Am ler, kalau lalu je Civic, mata abah terpaku je kat situ. Ekekeke.

Takpe Am, insyaAllah nanti Am boleh juga pandu Civic kepunyaan Am sendiri.

Takde pun request Facebook dari Am?