Setiap pagi, kebiasaannya abah akan beri ikan-ikan guppy makan dahulu sebelum abah kepejabat. Dan pagi tadi, sebelum sempat abah lontarkan kiub cacing beku kedalam kolam guppy itu, abah terkejut bila lihat semua guppy abah mati. Pagi semalam elok saja depa berebut makan cacing yang abah bagi, dan pagi ni, depa tidak berebut lagi. Sedih juga bila lihat guppy abah mati. Tapi bila abah tengok betul2, ada beberapa ekor lagi yang masih hidup. Abah pindahkan yang masih hidup itu kedalam akuarium kecil. Bimbang depa juga akan mati.
Itulah yang sering berlaku pada minat abah yang satu ini. Selepas berbulan2 abah pelihara, mesti akan selalu berakhir dengan kematian. Bukan abah menolak kematian depa, cuma abah rasa terkilan, sebab kebanyakannya mati sekaligus. Jika dulu, mungkin sebab abah kurang berpengetahuan ttg bagaimana nak pelihara ikan, tapi kali ini, abah dah buat apa yang kebiasaannya dibuat. Tukar air kolam bila dah keruh sangat, masukkan garam, masukkan anti-klorin. Dan takdir Allah, guppy2 abah mati juga.

Sempena Ramadhan, abah sekeluarga nak ucapkan Selamat Menunaikan ibadah puasa, dan ibadah2 lainnya, sepanjang Ramadhan kali ini. Mohon maaf andai ada sebarang silap apa yg abah tulis, dan apa yang abah kata, dalam kita kenal satu sama lain ini. Kita sama-sama berdoa moga Allah tidak jemput kita sebelum kita berjaya tamatkan Ramadhan ini dengan cemerlang. Semoga tahun ini juga, Ramadhan kita akan lebih terisi dan lebih bermakna buat diri kita - dari segi hubungan kita dgn Allah Maha Pencipta, dan juga hubungan sesama insan.

2 comments:
salam, takziah ke atas pemergian ikan2 guppy abah...walau seekor ikan pun terasa juga kesedihan nya...kekadang terfikir bagaimana manusia sanggup/boleh membunuh anak kecil yang tak tahu apa2(banyak tersiar di akhbar sebelum ini)...sudah hilangkah rasa simpati di hati mereka? atau mungkin mereka dikuasai perasaan amarah? atau mungkin tekanan perasaan mengatasi logic akal? hanya Allah yang mengetahui!
saya memutuskan untuk tidak lagi memelihara ikan kerana menghadapi perkara yang sama seperti abah.
selamat berpuasa abah sekluarga. Muiz berpuasa penuh agaknya ya ?
Post a Comment