Monday, September 17, 2007

Cerita tentang berbuka...

Pagi ini, abah terbaca satu surat pembaca dalam akhbar BH, dengan tajuk Tiada salah berbuka puasa di hotel. Kata penulis itu, "Tidak perlulah kita mempersoalkan perkara remeh kerana banyak lagi masalah besar melanda umat Islam perlu kita renungkan bersama bagaimana untuk kita mengatasinya." Betul juga kata dia. Kita hari ini soal berbuka puasa disurau pun jadi satu isu. Padahal banyak lagi isu lain yang boleh dibangkitkan dan bincangkan, serta dipelajari sesuatu.

Dan abah bukanlah nak persoalkan isu berbuka puasa dihotel ni, cuma nak berkongsi sikit ilmu yang abah dapat dari perbincangan Dr. Robiah dan pengacara MHI di TV3 pagi tadi yang juga berbicara tentang itu. Kata Dr. Robiah, lebih kurangnya, soal berbuka di hotel ni sebenarnya kena rujuk balik kepada apa tujuan puasa itu. Adakah pada kita tujuan puasa itu sekadar menahan lapar dahaga, atau ianya lebih dari sekadar berlapar? Adakah ianya untuk mendidik diri dan jiwa kita. Adakah ianya untuk memberi kita berkongsi perasaan mereka yang tidak mampu? Atau apa.

Sebab kalau kita sekadar berpuasa adat, iaitu berpuasa menahan lapar dahaga (dan tidak nafsu2 lain), maka itulah yang selalu akan terjadi. Waktu berbuka kita makan sepuas-puasnya. Bila ke PR, kita borong apa yang kita hendak makan, kerana mungkin kita beralasan, sebagai mensyukuri nikmat Allah. Betul. Tapi kalau sampai tahap berlebih-lebihan, maka itu sudah lari dari tujuan asal Allah suruh kita berpuasa. Memang kita guna duit hasil titik peluh kita, dan memang walaupun kita membeli makanan yang banyak itu kerana kita terlebih mampu, tapi rasanya kalau kita kaji balik tujuan berpuasa, kita pasti tidak akan berbuka puasa ikut adat. Selagi muat, kita melantak [maaf cakap]. Abah tak kata orang, abah juga macam itu. Sekali pergi ke PR, hampir semua benda rasa nak beli , dan kadang-kadang abah memang beli, walaupun tahu sebahagiaannya akan masuk ke tong sampah.

Secara peribadinya, abah fikir, boleh sesekali kita nak berbelanja buka puasa dihotel, asal saja kita mampu. Cumanya kalau kita boleh berbuka puasa sekadar ajaran agama(iaitu sekadar kenyang perut bagi memberi kita tenaga untuk beribadat sepanjang malam, insyaAllah, maka itu abah rasa lebih-lebih baik. Dan kalau kelebihan kemampuan yang kita ada itu, kita salurkan kesaluran yang lebih memerlukan, abah fikir, itu lagi2lah lebih baik.

Bukan nak kata mereka yang mampu makan dihotel ini tidak menderma, tidak. Mungkin merekalah yang paling banyak menderma. Cumanya, kalau boleh diagihkan belanja makan dihotel itu kepada orang yg lebih memerlukan, lebih baik. Dan kalau betul buka puasa dihotel itu boleh tingkatkan rasa keimanan dihati, maka buatlah.

Itu sajalah untuk pagi ni. Lain kali abah mengepek lagi, insyaAllah.

Sebelum itu, takziah buat rakan seIslam di Indonesia yang mengalami kejadian gempa bumi baru2 ini. Semoga mereka kuat dan tabah menghadapi ujian Allah dibulan penuh kerahmatan ini. Dan kita di Malaysia ini, perlu sangat2 bersyukur kerana kita tidak diuji Allah sebegitu.

4 comments:

Anonymous said...

mungkin satu hari kita diuji dengan bencana berat. di sini kita terlalu aman. kekadang menakutkan.

Jamal Abd Rahman said...

betul juga pendapat abahmuizz ni..selalunya kalau ke PR mmg kita bernafsu utk beli macam2..tp kalau kita ikut nafsu tu dan beli jugak, hilanglah tujuan kita berposa in the first place..nak menahan nafsu kan?

so the next time gi PR,nafsu kata nak beli briyani kambing, jgn beli, instead beli benda lain pulak..at least kita berjaya melawan nafsu utk mkn briyani tu dlm bulan posa ni...

so..ada betul ka bro? tak betul kalu, sorry ek..

arsaili said...

Memang betul apa yg abah bicarakan. Jika kita berada di kalangan org arab, pada masa bulan ramadhan ini la mereka berlumba2 untuk menaja atau memberi makan kepada org yang berpuasa. Pergi saja di masjid, InsyaAllah ada makanan yg di taja untuk berbuka. Di sini mussola ada makan free untuk berbuka sepjg ramadhan. Bagus untuk pelajar yg tak sempat untuk balik ke rumah selepas abis kuliah. Berbuka di hotel pula, saya melihat kepada naiwaitu. Ada yg beralasan untuk mengeratkan hubungan keluarga. Nak mengembirakan isteri dan anak2. Kesian kat isteri penat masak setiap hari so sekali sekala berbuka di hotel sy rasa tidak salah. Cuma yg dibimbangi ada yg melakukan atas nama trend, prestige dan sebagainya. Wallahualam..

Abah Mui'zz said...

Jeff, moga kita dijauhkan dari bala bencana. Tapi kalau itulah caranya untuk kita sedar, perlu redha dan terima, kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

UncleJ, alhamdulillah, sepanjang puasa ni, abah belum lagi terasa nak makan briyani kambing, tapi tak tahulah hari2 kedepan, sebab briyani kambing antara salah satu kegemaran abah.

Arsaili, semalam abah mencari2 170 kotak kecil kurma untuk syarikat Ummi. Kebetulan terjumpa satu gerai dan disitu kami berjaya dapat 50 kotak. Yg menariknya, penjual kurma itu, seorang warga Indonesia, meluahkan rasa syukurnya kerana menurut dia, "masih ada lagi orang yang mengingati orang2 yang kurang mampu". Dan sewaktu bersalam dgn abah selepas kami memborong kurmanya, sempat lagi dia kata, "Semoga Allah merahmati."