Hari Sabtu petang abah pergi ke pasar malam diPaya Jaras, dan seperti biasalah kalau hari sabtu disitu, trafik agak sesak, nak park kereta pun susah. Rezeki abah agaknya, kebetulan ada satu ruang kosong utk abah park. Maka abah pun park la kereta kat situ, tapi abah serta Muizz dan cousin Muizz tinggal dalam kereta, Ummi saja yang kepasar malam. Nak diceritakan waktu abah park itu, ada satu family dah habis membeli, dan nak balik, tapi mereka tak boleh balik sebab kereta mereka tak boleh nak keluar. Ada sebuah Vios park betul2 kat depan kereta mereka. Lama jugalah abah rasa mereka tunggu, sebab sepanjang 15 minit abah tunggu Ummi, tuanpunya Vios tak datang2 juga. Abah tak tahulah pukul berapa mereka dapat keluarkan kereta mereka. Tapi abah kesian la pada mereka.
Dan pagi semalam, abah ada kelas tutorial di UIA PJ. Abah datang tidaklah terlalu awal, tapi agaknya sebab semalam adalah kelas pertama semester ini, maka ramai pelajar datang lambat. Waktu abah sampai, kawasan parking depan bilik2 tutorial agak kosong. Maka abah dengan sukahatinya pun, park la kereta kat situ, sebab betul2 berdepan dengan kelas abah. Selalunya abah park dikawasan lain, tapi entah kenapa pagi semalam, rajin la pulak abah park kat situ. Habis je kelas abah, abah nak balik, sekali tengok, ada satu Waja dan park betul2 depan kereta abah. Aduihhh mak. Kalau ptg Sabtu abah kesiankan orang lain, tapi pagi semalam, abah terpaksa kesiankan diri abah sendiri. Nak keluar tak boleh, sebabnya, tuanpunya Waja yang dok double park itu agaknya tidak tahu apa 'rule' untuk double park.
Memandangkan kelas tamat pukul 5 petang, maka terpaksalah abah naik komuter balik ke Sg Buloh dulu, dan pukul 5 petang, abah ajak Ummi datang ambik kereta semula.
Bukan la nak marah atau apa, cuma abah rasa pemandu2 diMalaysia ni, masih tak faham2 kaedah double park. Bila dah tak ada tempat, buat double park sajalah, malah ada pernah nampak triple park. Bukan tak boleh, boleh, asal saja tahu rulenya. Kalau dah double park, fikirkanlah sikit kalau2 tuanpunya kereta yang park ditempat yang betul itu nak keluar. Kesian la kat dia.
Kalau nak double park, pastikan brek tangan tidak ditarik, supaya senang kereta anda digerakkan kedepan atau belakang, membolehkan orang lain boleh keluar parking. Dan kalau tak pun, tinggallah nombor telefon anda, supaya orang boleh hubungi anda sekiranya dia nak keluar. Satu lagi, kalau dah tahu anda nak park kereta untuk satu jangkamasa yg lama, tolonglah jangan double park. Menyusahkan hidup orang lain saja. Anda sepatutnya susahkan hidup anda sendiri dengan mencari tempat yang sesuai untuk park kereta anda. Itu lebih baik daripada disumpah seranah oleh tuanpunya kereta yang anda hadang itu. Bertimbangrasalah, kita sama2 pengguna.

5 comments:
salam abah..itu la..kekadang dia org tade logic..ikut suka jer..kalau naik lori, langga jer kete dia org..ehehe..
Haha, betul tu arsaili. Kadang2 memang terlintas gak dalam hati abah camtu. Tapi abah tak terfikir kalau bawak lori, yang abah terfikir, kalau bawak keta kebal. Hehehe.
erm..masalah double parking ni mmg memualkan..kadang2 rase nak je angkat kete tu, then humban dlm longkang.
"baru puas hati".
kekadang...
kita pula hanya berfikir,
kalaulah atau jika atau sepatutnya..atau rasa macam nak..
buatlah sesuatu..
angkat viper kedua2..
lipatkan cermin sisi...
tulis nota sikit n lekatkan pada cermin dia..(SELALUNYA YANG MEMAKI IBU-BAPA SAUDARA/I, ADALAH SAUDARA SENDIRI...DIATAS PERBUATAN SAUDARA INI..YANG HANYA TAHU MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI...---SILA PUMP TAYAR ANDA...)
Haaa...macam mana? Rasanya mamat/minah tu nak buat lagi lain kali?
Jika melebihi 15 minit sahaja!!
(Adakah orang Malaysia, kena ajar sebegitu?)
Hahaha, abah tak sanggup nak buat sampai tahap itu, walaupun dalam hati, memang nak buat. :-)
Mungkin jugalah satu ketika nanti, memang itulah yang perlu dibuat. Untuk mengajar mereka yang tidak prihatin dgn orang lain.
Ada yang berani nak buat cam Kamaruddin sarankan tu tak? Kalau berani, dan dah buat, kongsilah cerita ngan abah.
Post a Comment