Hari ni harga petrol naik lagi sebanyak 30 sen seliter. Alah, apa sangatlah 30 sen. Memang pun, tapi bila tengok tangki kereta sedut minyak sampai 50 liter, banyak tuhhhhh. Tapi komen banyak-banyak pun tak guna juga, sebab nak tak nak, abah kena juga isi tangki keta, kalau tak, tak berjalan la abah. Imagine RM15 bertambah untuk kos minyak bagi satu tangki, dan sebulan paling jimat pun kena isi 2 kali full tank. Aduihhhh, parah. Semalam kul 10pm, lepas dapat sms dari Abg. Dwan, abah singgah stesen minyak isikan Myvi abah full tank. Sampai rumah, abah check minyak keta Ummi, half tank. So, abah drive keta ummi ke stesen kat area rumah, dan isi full tank lagi. Ada satu pekerja stesen tu pun tanya, "kenapa ramai sgt orang isi minyak malam ni?". Rupanya dia tak tahu pun minyak nak naik harga. :-)
Dan hari Ahad hari tu, abah tengok Mawi menang besar. Alhamdulillah, murah rezeki dia. Tapi abah cakap juga ngan Ummi, jangan nanti jadi trend orang2 yang berpendidikan agama masuk Akademi Fantasia sebab nak jadi macam Mawi. Parah. Imagine adik2 sekolah pondok pakat2 pergi audition Akademi Fantasia ke, Malaysian Idol ke. Haru masyarakat. Cukuplah Mawi sorang. Kita dah terlebih ramai anak-anak melayu Islam yang dah lali dgn dunia glamour.
Dan tak ada apa nak dibanggakan dengan angka yang banyak itu. Tak sanggup dah rasanya nak tengok anak melayu Islam naik atas pentas ambil trofi sambil tayang peha yang tak berapa gebu itu, dan tak tahan juga nak tengok anak melayu islam yg lain pula pakai mekap mengalahkan pontianak busuk sundal malam. Nasib baik ada juga saki baki anak melayu islam yang ada dalam industri itu macam Rosyam Nor. Tapi 2-3% sajalah, yang 98% lagi tu, wallahua'lam. Bercakap tentang ini, teringat pesanan arwah S.Jibeng dalam Melodi satu ketika dulu. Pesan arwah, "Untuk ibubapa kat luar sana, kalau ada anak nak jadi artis, kalau boleh jangan bagi. Tak bagus jadi artis ni. Banyak buruknya jadi artis dari baiknya"(lebih kurang macam itu la bunyinya).
Oklah, takat itu saja epekan hari ni. Saja nak memenuhkan ruang blog, walaupun abah tahu ramai dah jengkel baca epekan abah. hehe.
Ini ada satu lagu dendangan Mawi yang abah suka. Seroja.Dan hari Ahad hari tu, abah tengok Mawi menang besar. Alhamdulillah, murah rezeki dia. Tapi abah cakap juga ngan Ummi, jangan nanti jadi trend orang2 yang berpendidikan agama masuk Akademi Fantasia sebab nak jadi macam Mawi. Parah. Imagine adik2 sekolah pondok pakat2 pergi audition Akademi Fantasia ke, Malaysian Idol ke. Haru masyarakat. Cukuplah Mawi sorang. Kita dah terlebih ramai anak-anak melayu Islam yang dah lali dgn dunia glamour.
Dan tak ada apa nak dibanggakan dengan angka yang banyak itu. Tak sanggup dah rasanya nak tengok anak melayu Islam naik atas pentas ambil trofi sambil tayang peha yang tak berapa gebu itu, dan tak tahan juga nak tengok anak melayu islam yg lain pula pakai mekap mengalahkan pontianak busuk sundal malam. Nasib baik ada juga saki baki anak melayu islam yang ada dalam industri itu macam Rosyam Nor. Tapi 2-3% sajalah, yang 98% lagi tu, wallahua'lam. Bercakap tentang ini, teringat pesanan arwah S.Jibeng dalam Melodi satu ketika dulu. Pesan arwah, "Untuk ibubapa kat luar sana, kalau ada anak nak jadi artis, kalau boleh jangan bagi. Tak bagus jadi artis ni. Banyak buruknya jadi artis dari baiknya"(lebih kurang macam itu la bunyinya).
Oklah, takat itu saja epekan hari ni. Saja nak memenuhkan ruang blog, walaupun abah tahu ramai dah jengkel baca epekan abah. hehe.
Mari menyusun seroja
Bunga seroja ah... ah...
Hiasan sanggul remaja
Puteri remaja ah... ah...
Rupa yang elok
Di manja jangan dimanja ah... ah...
Puja lah ia oh saja
Sekadar saja
Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati bingung
Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati bingung
Janganlah engkau percaya dengan asmara
Janganlah engkau percaya dengan asmara
* Sekarang bukan bermenung zaman bermenung
Sekarang bukan bermenung zaman bermenung
Mari bersama oh adik memetik bunga
Mari bersama oh adik memetik bunga
Ulang *
Mari menyusun seroja
Bunga seroja ah... ah...
Hiasan sanggul remaja
Puteri remaja ah... ah...
5 comments:
Minyak naik masalahnya kali ini Am tak marah pula, mungkin kerana tahu byk subsidi kerajaan dari yg kita bayar atau mungkin Am dah lali minyak naik harga
anim tau lmbt gak psl minyak naik. agaknyer sbb tu kot jln jem giler td pg. cam ne la org yg dok kat utan leh tau dulu harga minyak naik. haha.
mlm abp hr tu anim suka tgk erma fatimah.
pelik2 baju yg pompuan2 tu pki mlm tu. baju2 tu dipakai oleh arbok2 yg nak masuk pertandingan ratu cantik je rasanyer. huu.. sabo jer la
Nim, arbok tu apa? Tak pernah dengar.
erm, sapa jugak yg vote anak melayu Islam kalo bukan melayu Islam sendiri..
skang kalo baca paper psl winner award nie, mcm bosan jer sbb dok ulang org tuh jugak, mmg bosan.. tuh yg tak berapa support industri hiburan kat Mesia nie, pilih rupa dr bakat..
Itu la masalahnya Zam. Menteri orang melayu, yang menghiburkan orang melayu, yang menyokong pun orang melayu. Bagus. Ada semangat melayu sokong melayu. Tapi apa yang disokong? Sokong anak2 dara melayu Islam tergedik2 atas pentas dedah itu dedah ini, sokong anak2 teruna islam terloncat2 atas pentas. Yang mak bapak pun cuma sebab faktor usia je tak tergedik2 dan terloncat2, bukan sebab agama.
Cukuplah kalau mak ayah kita dan persekitaran tidak berapa betul bimbing kita. Jangan kita ulang kesilapan yang sama. Tak perlulah anak2 kita diajar dan dibentuk jadi generasi melayu Islam yang masih tergedik2, terloncat2, terhuha-huha macam yang ada sekarang ni. Sebab kalau nanti jadi macam itu, ada 10 Mahathir, 100 Nik Aziz, 150 Pak Lah pun tak akan boleh buat apa kalau 10 juta rakyat hanyut sama dengan mat saleh hanyut.
Post a Comment