Thursday, February 23, 2006

Cerita tentang Sibu dan Bersamamu...

3 hari diSibu, banyak sungguh idea abah untuk mengepek dalam blog abah ni. Tapi bila balik sini, lupa terus apa nak ngepek. Tapi abah cerita sikit la pengalaman abah semasa diSibu.

Trip ke Sibu agak menarik. Bandarnya agak besar juga. Dan satu yang abah suka, Sibu penuh dengan burung layang-layang. Boleh panggil "City of Sparrows" agaknya. Abah tinggal di Hotel Tanah Mas yang so-so saja hotelnya.

Abah cuba juga nak berjalan2 sekitar bandar, tapi sebab abah sorang kot, so, tak la abah ronda-ronda sangat. Abah cuma pusing sekitar hotel saja. Tak berani nak makan di restoran, maka abah jadikan Sugar Bun sebagai tempat makan abah. Lunch, dinner - semuanya di Sugar Bun. Abah tak berani nak makan merata sebab abah tengok majoriti kedainya milik bukan Islam. Dan Sibu sendiri bukan bandar orang Melayu, sebab majoriti orang yg abah jumpa bukan Melayu. Masjid pun cuma satu je abah jumpa. Tapi church - merata-rata tempat ada, berlambak-lambak. Agaknya inilah peninggalan Raja Beruk (opsss, silap) Rajah Brooke yang paling ketara disana - Kristian.

Hari kedua abah kena travel ke Bintangor, sebab abah ada kerja di Maktab Perguruan Rajang. Masa perjalanan 2 jam, menaiki teksi. Sejam untuk menunggu feri untuk menyeberang sungai, dan sejam lagi untuk perjalanan dari Lanang ke Bintangor. Kami lalu kawasan kampung sekitar Meradong untuk sampai ke Bintangor. Rumah mereka semuanya tiang tinggi-tinggi. Dan hampir kesemua rumah ada ceper besar untuk terima siaran TV. Dalam banyak2 rumah tu, ada satu rumah je yang ada Astro. Sekolah rendah agak banyak juga abah jumpa sepanjang perjalanan, tetapi cuma nampak papan tandanya saja, sebab sekolahnya jauh kedalam lagi. Bila tengok keadaan ini, fahamlah abah kenapa ada cikgu2 yang keberatan untuk dipost ke pedalaman Sabah Sarawak ni. Tabik abah pada yang sanggup berkorban demi mendidik anak bangsa.

Dan apa yang abah amati, life is hard for most people dikawasan pedalaman ini. Dibandar Sibu tak ketara sangat, tapi dikampung2 yang abah lalu, abah tahu mereka bukan hidup senang.

Hari ketiga, abah ronda2 sekitar Pasar, cari2 benda nak bawak balik. Terjumpalah buah Dabai. Beli dalam sekilo. Dan yang paling best, jumpa udang galah besar2. Habis la dalam 4-5 kilo beli udang galah, hehe, sebab abah memang gila makan udang. Nanti bulan 6 nak gi Sandakan makan udang puas2. :-)

Itu sajalah kot cerita tentang Sibu. Dan sebelum lupa, Sibu bersih bandarnya, abah tak nampak banyak sampah, berbeza dengan sekitar Lembah Kelang, sampah hampir dimana2 ada.

Dan masa dalam flight balik ke KL semalam, abah tertarik dengan seorang pramugara. Dia kata kat abah, "Selamat pagi Tuan, kami ada nasi lemak dgn sambal udang. Atau kamu mahu telur mata dan kentang?". Abah pandang dia balik, abah kata "Kamu?" hehehe, tapi abah senyum saja la. Abah tak kisah pun sebenarnya, cuma rasa pelik sikit la pramugara bahasakan passenger kamu. Orang depan abah dia bahasakan Abang. Mungkin dia nak mesra atau mungkin baru kerja kot! Itu belum lagi dengar arahan ketua pramugara yang bagi arahan macam cikgu tadika baca buku cerita untuk budak2. Hmmmm, teruk betul abah ni, semua nak komen. Bukan nak komen sangat, cuma wonder, ini ke yang orang kata "World's Best Cabin Crew".

Masa duduk Sibu juga, abah sempat tonton rancangan Bersamamu TV3. Dan ini antara episod yang buat abah mengalir air mata. Hahahaha, sungguh, abah tak tipu. Abah sebak betul tengok kes yang dipaparkan. Abah boleh rasa apa yang abang dalam cerita tu rasa bila dapat panggilan yang anak kesayangan telah meninggal dunia. Abah dulupun masa azankan dan qamatkan Muizz dalam inkubator masa lahir, pun tak dapat tahan sebak, ini lagilah, anak meninggal.

Tapi abah syukur, sebab abah nampak mereka itu tabah. Tabah diuji Allah, walaupun berat. Dan sepanjang abah tonton banyak episod Bersamamu ini, abah dah tengok banyak kes orang-orang susah yang tak lupakan Allah. Solat berjemaah, anak2 diajar mengaji, kasih sayang anak beranak jelas terpancar - disebalik segala kesusahan yang menimpa.

Ini agak berbeza dengan kita yang agak senang ini. Mungkin sebab senang la kita terkadang lupa dengan Allah. Nak berjemaah pun jarang2 sekali, sebab terlalu sibuk dengan kerja. Nak ajar anak mengaji pun susah, sebab masa dah terluang dengan akhbar dan TV. Abah tak kata orang lain, abah kata diri abah sendiri. Dan rancangan dan kesusahan hidup orang ni sedikit sebanyak berjaya sedarkan abah juga akan kealpaan dan kelalaian abah selama ini.

Moga2 Allah akan permudahkan hidup mereka yang sukar itu, dan juga menjaga diri abah dari lalai lagi.

Hingga jumpa lagi esok, insyaAllah.

3 comments:

Anonymous said...

Macam seronok sahaja disibu ya Abah, mungkin satu hari Am pun nak merancang kesana.

Ada orang kata dengan Am susah nak lihat orang bila susah dan senang ingat tuhan tapi senang nak lihat orang bila susah baru nak ingat tuhan.

Anonymous said...

jak, udang galah baper ringgit sekilo kat sana?
mmg sedih bersamamu episode yg tu. aku control2 macho je nengok tapi bergenang gaklah air mata.
nengok bersamamu, insaf seketika, ramai lagi yg susah. Bersyukurlah dengan apa yg ada, walaupon kekadang teringin nak kete beso, umah beso....

Abah Mui'zz said...

Na, udang galah kat sana kalau yg sedang RM25 sekilo, kalau yang saiz 3 jari tu dalam 30 sekilo. Hehe, semalam wife aku buat tomyam...hahahaha, 5 ekor aku habiskan. hehe. nanti ko ke sana, belilah.

Am, sibu agak ok jugalah, cuma takleh pegi lama-lama, nanti bosan.

Kalau orang biasa senang, pastu hidup susah, memang akan cuma ingat Allah time susah je Am. Dalam kes org yang memang susah dari awal, abah rasa kalau yg jenis ingat Allah tu, memang dia ingat.