Thursday, February 09, 2006

Cerita tentang penghinaan...

Minta maaf banyak-banyak. Abah tak terfikir ada yg perasan yang abah dah lama tak update blog. Thanks Anim. Kurang2nya mesej Anim buat abah rasa, "Oh, ada juga ke yang rindukan blog abah. hehe". Takdelah Nim, abah gurau saja. Sibuk sikit lately ni. Tak sempat nak update blog walaupun banyak benda dalam minda ni yang nak dikongsi.

Benda pertama nak komen, ttg isu karikatur. Abah mulanya terkejut, dan rasa marah juga. Tapi semalam barulah abah dapat tengok betul2 macamana bentuk karikaturnya. Allah, rasa macam meruap2 rasa nak marah pada org yang melukisnya. Perkara pertama yg terlintas difikiran abah,"Moga Allah laknati dan beri pembalasan yang secukup2nya pada manusia2 hina ini". Dan abah jadi sedih sebab abah ingatkan Denmark saja yg kurang ajar macam ini, rupanya, orang diMalaysia pun sama. Nauzubillah. Abah tak tahulah samada mereka di Sarawak Tribune itu bangang(maaf cakap!) atau mereka memang sengaja nak mencetuskan api kemarahan umat Islam Malaysia. Kalau nak kata itu silap, abah rasa, itulah kesilapan paling bodoh dan kurang ajar yang akhbar boleh buat. Entahlah, tak tahulah abah apa tindakan kerajaan, tapi abah fikir, itu kesilapan yang tidak boleh diperbetulkan sekadar mohon maaf dan letak jawatan. Mereka mesti berbuat sesuatu.

Abah rasa anda semua pun mesti ada rasa marah tentang isu ini, tapi dalam pada kita marah itu, marilah kita sama2 sedar dan insaf. Inilah masa kita bangkit. Islam dihina disana sini, umat Islam ditindas dimerata tempat. Dan kita diMalaysia, masih sibuk dgn Anugerah Bintang itu dan ini, masih sibuk dengan 'lawatan sambil belajar yg perabihkan duit rakyat' itu dan ini. Inilah masa untuk kita bangun, kita hayati sesungguhnya ajaran Islam ini, yang menyuruh kita majukan diri, lengkapkan diri, hebatkan diri. Bukan hebat dgn hantar SMS bertalu2 untuk undi Mawi, bukan hebat dengan buat lawatan ke Capetown untuk melawat tandas. Tapi hebat yang boleh membolehkan orang hormat pada kita, hebat supaya orang tak boleh tindas dan hina kita.

Dan semalam The Star, yang memetik China Press, cerita tentang kes gugur kandungan. Katanya, makin meningkat sekarang ini. Dan sebahagian besarnya, kes pengguguran wanita yang belum berumahtangga, yang majoritinya pelajar IPT. Macam mana la kita nak hebat, kalau anak2 dara dan teruna kita di IPT itu sekadar hebat dengan dunia cintanya, hingga boleh gugurkan anak. Sesak nafas dibuatnya sikap manusia diMalaysia kita ini sekarang ini. Abah pun tak tahu, abah cuma tahu mengepek. Bukan mengepek suka-suka, tapi mengepek untuk ajak org terfikir sama ttg apa yg abah nampak dan fikir. Paling tidak pun, kita sama2 boleh betulkan diri kita sendiri, andai kesilapan itu ada pada diri kita. Dan bila kita dah betul, kita sama2 bantu betulkan diri orang2 yang dekat dengan kita, insyaAllah.

Muizz sekarang ni nampak makin manja sikit. Semalam dia mengadu sakit mulut. Memang pun, minggu lepas dia ada ulser dalam mulut. Tapi dah nak sembuh. Dua malam ni dia mengadu sakit. Abah pun bawak la ke klinik, sebab dia kata nak pergi klinik. Dan bila pergi klinik, doktor pun tak buat apa, sebab ulsernya dah nak sembuh. Doktor cuma bagi ubat sajalah. Masa pergi klinik tu dia moyok je. Bila keluar je bilik doktor, dia dah mula bertukar jadi dia yang asal. Aktif, talkative, suka nak bergurau. Padahal ubat pun tak makan. Hehe, inilah org kata psikologi manusia. Ada yg tengok muka doktor terus hilang sakit. Tapi dalam kes Muizz, bukan muka doktor yang buat dia OK, tapi kedai 7-Eleven kat area klinik tu. Kelaur je klinik, terus ajak abah pergi 7E, nak beli aiskrim. Aduihhhhh, baru 5 tahun, dah pandai buat taktik macam ini. nanti dah besar, entah taktik apa la pulak lagi. :-)

Tapi tak apa, abah pun seronok tengok abang dah sihat, dah ceria. Dan abang pun dah makin pandai buat homework, especially bila abah puji abang pandai. Abah doakan moga abang akan jadi lebih pandai, semoga kepandaian abang nanti boleh digunakan untuk bantu umat Islam yang lain, insyaAllah.

Esok atau mungkin minggu depan, abah mengepek lagi.

3 comments:

crimsonskye said...

Yang buat saya lagi marah tu, akhbar + majalah lain yang ikut2 sama publish karikatur tu. konon sebab kartun2 tu menimbulkan 'kontroversi' dengan menunjukkan 'wajah sebenar' Islam dan Nabi Muhammad. memang tak pakai akal langsung. dan saya risau pula tentang protes2 yang makin mengganas dan tak terkawal tu. sokong sangat dengan 3rd paragraph abah tu :)

~comei~ said...

abah.. mengepek ke merepek? ke sama jerk? erk.. kena tanya kak embun ni.. hehe..

pasal gugur kandungan tu.. hari senin hari tu anim beli kosmo. ada cerita pasal tu la. + sorg bdk ipt tak jadik nak gugur kandungan lepas di pujuk wartawan kosmo. siap tunjuk gambar yg bdk tu bakal dpt baby kembar. huu.. sayangnyaa..

erk..**bestnya kalo ada kembarkan..** huu..

Abah Mui'zz said...

Anim, merepek tu cakap benda yang tak guna dan merapu2.

Mengepek tu macam berleter skit2 gayanya. Kadang mengepek tu ada intinya, cuma gayanya saja yg org tak suka.

Abah dari dulu berangan dapat baby kembar, tapi belum rezeki lagi. :-)