Monday, September 05, 2005

Cerita hujung minggu...

Hari ni tak ada cerita menarik, cuma nak kisahkan sikit apa aktiviti abah hujung minggu baru-baru ni.

Hari Sabtu abah sepatutnya attend persidangan di Hotel Istana tapi abah tak pergi sebab abah kena bawak ummi dan ibu ummi untuk membuat rawatan di klinik. Ibu ummi mengadu dia rasa letih, and quite shocking juga bila diuji kandungan gula dalam darah ibu, 21.5. Mak aih, tingginya. Patut la ibu rasa letih. Bila ditanya, ibu kata dia lupa makan ubat. Hmmm, abah diam saja, sebab fikirkan kesian kat ibu yang terpaksa menelan 14 jenis ubat tiap2 hari. Kebetulan ubat diabetes dah habis, dan ibu tak tahu pun itu ubat diabetes. Malam semalam lepas abah belikan ibu ubat2 yang dah habis tu, dan lepas ibu makan, nampak ok sikit. Pagi ni ummi check gula dalam darah ibu, dah turun ke 9. Alhamdulillah. Harap-harap lepas ni ibu lebih particular dgn ambilan ubatannya. Abah risau kalau2 ibu lupa lagi. Sebab dgn umur ibu yang sebegitu, doktor kata anything could happen to her kalau jadi lagi kes macam ini.

Semalam hari Ahad, abah temankan ummi dan kakak Ummi ke Ukays Perdana, pergi tengok rumah kakak Ummi yang bermasalah dengan penyewanya. Kesian kat kakak Ummi, dah la gaji tak seberapa, penyewa pulak buat hal. Setakat tak bayar sewa tu boleh faham, ini dengan air dan elektrik tertangguh sampai beratus-ratus. Macamana la kakak Ummi tak garu kepala. Petang tu abah pergi kenduri rumah jiran, sedap juga nasi beriyaninya. hehe...abah ni suka makan. So, kalau ke kenduri yg makannya sedap, mesti bertambah la.

Petang semalam abah bawak Muizz dan sepupu Muizz (yg pernah membesar bersama2 dengan Muizz) pergi beli ikan untuk kolam abah. Seronok betul depa tengok ikan yg pelbagai bentuk dan rupa tu. Abah, macam biasa la, sentiasa teruja dengan ikan-ikan perhiasan. On the way balik, abah singgah kat Taman rekreasi di Kota Damansara. Lagi sekali Muizz dan sepupunya bersorak. Depa berlari la keliling tasik, abah je yang berjalan. patutnya abah pun lari sama, sebab dah lama abah tak exercise, perut pun dah makin kedepan nampaknya. :-). Seronok juga teman anak main2 kat taman rekreasi ni, tapi lagi seronok kalau ummi ada.

Next time kalau free lagi abah nak bawak Muizz ke situ lagi. Seronok tengok dia enjoy dengan tempat tu.

3 comments:

Anonymous said...

abah muizz.... rajin erk bawak budak2 gi jalan2....!

Anonymous said...

melihat anak seronok, kita sendiri pun akan terasa keseronokkannya

Abah Mui'zz said...

Nini, abah tak banyak masa dgn Muizz hujung minggu sebab abah selalunya kena kerja pada hujung minggu. Bila berkesempatan tu, abah bawak je la. Muizz seronok, abah pun tumpang seronok. Macam Am kata lah. Pada abah, sebahagian hidup abah adalah untuk Muizz. Abah akan gunakan masa yg ada to spend time with him, sebab bila dia dah besar, sekolah, kerja, kawin nanti, abah tahu abah takkan ada byk masa bersama dia, itupun kalau umur kami panjang, InsyaAllah.