Friday, September 09, 2005

Cerita tentang hensem dan tak hensem

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan macam bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

Abah dapat emel yg mengandungi sajak/pantun/puisi?? diatas. Abah tak kata semua tu betul, tapi sesetengahnya abah setuju...dan abah sedih sikit la, sebab 'malang'nya jadi lelaki tak hensem. Hehe...

7 comments:

Am said...

Aiik abah tak hensem, berlawanan kot, kalau tak tak ummi boleh terpikat

Abah Mui'zz said...

hahaha, Am, sebab tak hensem la Allah jodohkan dengan Ummi. hehe. Kalau hensem, mau abah ni jadi suami Siti Nurhaliza ke Misha Omar ke...

Am said...

hahahahaha, yg itu kena hensem poket sekali

apa dah jadi dgn abah punya tagboard, tak boleh guna pun

Abah Mui'zz said...

tak tahulah Am, apa kena dgn shoutbox abah. Dah dua kali dah bermasalah. Hehe, agaknya, dia tak nak bagi abah guna kot.

Am said...

nak buat macam mana abah, minggu dia nak rosak kot.

apa kata berhijrah ker http://www.shoutmix.com/
yg ini rasanya jarang rosak,Am gunakan yg ini, tambah saja biar ada dua, satu rosak satu lagi ada

~comei~ said...

anim pun dpt puisi/sajak (wat everlah)ni hari ni. sblm ni dpt yg ttg pompuan.

selagi bernama manusia, selagi tulah akan membuat andaian ttg org sekeliling dia. wallahu'alam..

Faizah said...

ye ke tak ensem?? tapi janji dah kawin.. ngehehheh