Thursday, September 08, 2005

Cerita tentang nostalgia...

Abah ada terbaca kisah kemalangan bas di UUM. Sedih juga sebab ada yang parah. Abah pun tak pasti apa silapnya, tapi one thing for sure, jalan di Sintok tu seingat abah, ada part2 yang bahaya. Kalau tak, takde la abah terbang cam Superman masa motor abah kena langgar dengan kereta pakcik cafe kat satu simpang tu dulu. Kena pulak betul2 hari abah nak balik beraya dikampung. Dalam tangan berbalut, naik la jugak bas balik kampung. Sedih ada, seronok pun ada. Sedih sebab dalam bas abah takleh tidur, sakit. Seronok sebab ingatkan keprihatinan kawan2. Almost everybody bagi kad raya and wish yang abah akan cepat sembuh. Hehe, kira kesayangan jugak la abah ni masa tu dalam batch tu...[abah perasan sebenarnya ni]

Semalam juga kami berbalas2 emel alkisah dari kes kemalangan bas di UUM tu. Ntah macam mana, tiba2 abah teringat dua kisah lucu (atau mungkin tak) tentang abah dan bas masa belajar di Sintok dulu. Abah share dgn kawan2 kisah abah, dan abah ingat nak share dengan anda jugalah.

Satu hari abah naik bas ke kuliah, selalunya abah jalan kaki saja sebab Kolej Pernas dengan dewan kuliah tak jauh, tapi entah macamana, abah naik bas pulak masa tu. Seperti biasa, bas sesak la. Abah tak kisah sgt sebab memang selalu macam itu. Kat depan abah ada sorang pelajar India perempuan. Dalam dok berhimpit2 tu, tiba2 driver bas brek mengejut, tak pasti abah apa sebabnya. Tau apa jadi? Abah terkedepan dan muka abah tenggelam kejap dalam rambut budak perempuan India yang kembang setaman itu. Tapi takde la sampai tahap abah lemas, cuma sempat la hidu bau minyak bijan sekejap. Budak tu pun malu agaknya, tapi sebab dah sesak macam itu, so, masing2 buat tak tahu sajalah.

Kisah kedua, abah keluar ke Pekan Changlun satu hari tu, kalau tak silap hari tu ada Pasar Malam. Abah beli la durian 2 biji, hajat hati nak ajak kawan2 kat blok 3A tu makan sama. Abah letak durian bawah seat bas. Sampai satu tempat, driver tu emergency brek. Apa lagi, bergolek la dua biji durian tu dari seat abah kat belakang bas, ke depan. Hehe. Nasib baik la tak kena sapa2. Bila ada pakcik cakap "Durian sapa bergolek ni??"...abah dengan muka dua posen pergi la ambik balik durian tu. Haha. Syukur juga tak kena kaki orang lain, kalau kena agaknya, tak pasal2 abah kena humban keluar dari bas tu.

Tersengih juga abah sekejap teringatkan dua kisah lama tu. Tapi dalam teringat kisah kelakar tu, abah tiba2 rasa rindu pada kehidupan abah di UUM, rindu pada kawan2 lama yang majoritinya abah tak tahu apa kisah mereka sekarang, rindu juga pada makanan2 yang sedap di Kedah. Harap2 abah dapat satu hari nanti jenguk UUM semula, inysaAllah.

4 comments:

~comei~ said...

ya allah.. penat anim gelak. terutama yg durian tu. kalau kwn2 kat opis tak khusyuk buat kerja mesti diorg ingat anim ni bengong kot gelak sorg2 kat dpn pc. tak der bunyik lak tu. haha.

kadang tu, pengalaman dan kisah lalu mengeratkan semula hubungan kita dgn kawan2 lama kita kan...

Am said...

kisah yg pada mula kita rasa malu tapi sekarang boleh jadi kelakar pula ya Abah_muizz.

Am kalau teringat kisah2 lama tersenyum sorang-sorang juga tapi tak boleh senyum sorang2 dalam bas, nak org ingat tak betul pula

Abah Mui'zz said...

Itulah Am & Anim, abah pun hampir lupa dah kisah tu, tapi bila dok beremel dgn kawan2 lama ni, tetiba teringat insiden tu. Gelihati juga dibuatnya.

Semalam masa abah beremel dgn kawan2 lama tu, abah senyum sorang depan PC, sampai kena tegur ngan opismate. :-)

Faizah said...

ehehe, kelakar part pompuan india tuh...kenangan, kenangan.. best betul masa zaan stuy dulu