Tuesday, September 20, 2005

Cerita tentang abah...

Kesian kawan-kawan blogger abah, mesti tertanya-tanya mana la abah pergi. Senyap je. Maaf banyak-banyak. Abah bukan nak menyepi diri, cuma banyak benda berlaku 4-5 hari ni. Sabtu lepas abah pergi cuci rumah kakak ipar abah(alhamdulillah, penyewa yg bermasalah tu pindah juga akhirnya). Lepas cuci rumah tu, abah bawak Ummi dan Muizz makan nasi ayam melawati. Sedap juga.

Hari Ahad bermula la episod abah tak sihat. Bangun pagi, rasa satu badan sakit-sakit. Agaknya lama tak buat kerja berat sikit kot. Ummi pun sama. Tapi dalam macam itupun, abah sempat juga ke rumah sahabat baik abah, tengok baby girlnya yang baru 2 bulan usianya di Shah Alam. Comel babynya. Balik dari rumah sahabat abah, ummi ajak ke Wisma PKNS kejap. Ronda2 tengok gerai, then abah ajak depa balik, sebab rasa macam nak demam.

Memang demam pun. Rasa flat habis. Tapi dalam flat2 tu pun, abah tengok juga Tru Calling.[Ya Anim, abah tengok]. And as usual, ceritanya menarik. Nanti la abah chat ngan Anim kang, abah cerita kat Anim.

Hari Isnin, abah ngan Ummi MC. Berehat kat rumah saja, sebab badan still rasa tak larat lagi.

Hari ni, Selasa, abah kena attend bengkel di Hotel Legend, sampai la Jumaat nanti. Abah tak pernah datang sini, tapi abah bagi 4 bintang untuk makanannya. Banyak jenis, dan sedap. Hehe, anda jangan fikir abah kesana untuk makan saja. Abah ada kerja, tapi dah terlanjur diberi makan kan, so abah berilah komen sikit. Manalah tahu satu hari PB ke, Am ke, Anim ke nak ajak abah makan kat situ.

Oklah, banyak pulak abah bercerita. Nanti sambung lagi.

3 comments:

Anonymous said...

tak sihat rupanya, Am pun tertanya-tanya juga kemana abah menghilang, ingat dah tak berminat berblog tadi.

*ingat abah yang nak belanja kami makan disana tadi hehehehe

~comei~ said...

tersenyum anim bila abah sebut pasal makanan kat sane. tu laa.. ingatkan nak blanjer kita. hehe. tak kesahlaa..

abah, anim tak bleh ym la skrg. kalau abah ada google talk, bleh ar kita borak. kalau ym tu.. mmg susahlaa..

Abah Mui'zz said...

Am, Anim, abah dah sihat alhamdulillah. Hampir seminggu juga sakit perut. Ummi kata agaknya sebab ada jangkitan kuman. Alhamdulillah, lepas ummi suruh abah minum 100 plus, dah reda sikit.

InsyaAllah, ada kesempatan, akan abah belanja Am ngan Anim, tapi tempatnya kena rahsia dulu la.