Thursday, June 23, 2005

Cerita tentang hari terakhir...

Hari ni merupakan hari terakhir abah berada ditempat ini. Punyalah banyak barang nak dikemaskan. Malas pulak rasanya. Campur dengan rasa berat hati nak tinggal kawan2 sekerja yang dah kenal hampir 8 tahun, belajar bersama, bekerja bersama. Walaupun ramai yang dah berpindah tempat, tapi ada lagi saki-baki yang tertinggal disini. Tak apalah, abah doakan rezeki mereka murah, dan dapat tempat yang lebih baik nanti.

Apapun, kita tetap boleh berhubungan. In fact abah rasa bagus kalau kita semua scattered di merata tempat, tapi masih dalam bidang yang sama. Sekurang2nya, bila abah ke mana-mana tempat, ada wakil dari group kita.

Dalam sibuk nak packing, dan siapkan kertas kerja untuk ISEL05 di Kota Kinabalu bulan 7 nanti, UUM pulak hantar peringatan, sebab kertas kerja untuk SEIT belum abah siapkan. Hmmm, nampaknya abah kena siapkan jugalah.

1 comment:

PenaBiru said...

Semuga maju jaya ditempat yang baru