Monday, July 25, 2005

Cerita tentang dugaan...II

Sambungan dari kisah semalam…

Persoalan kedua yang kawan abah tanya hari tu: “Dah Allah jadikan aku macam ini, nak buat macamana?”.

Abah tak tahu apa ada dalam fikiran dia, dan apa juga yang ada dalam fikiran anda bila anda baca blog abah ini, tapi pada abah, setiap halangan hidup, setiap kesukaran, setiap keperitan yang Allah datangkan dalam bentuk ujian dan dugaan, perlu diterima, dan perlu diusahakan sesuatu agar halangan dan kepayahan itu boleh diatasi.

Allah tidak jadikan ujian dan dugaan untuk kita tangisi, untuk kita kesali, untuk kita ratapi sepanjang hidup kita. Kita diberikan akal fikiran, dikurniakan kudrat, dilimpahi kesempatan masa. Untuk apa agaknya semua itu, kalau bukan untuk digunakan bagi kita menghadapi ujian Allah, dan menjadikan kita makhluk yang lebih bersyukur dan lebih beriman pada Penciptanya.

Bila dikatakan ”dah Allah jadikan aku macam ini, nak buat macamana?” seolah2 buat kita macam sudah putus harap untuk menghadapi dugaan itu. Mungkin kalau diuji dengan kesakitan dan kesusahan, insyaAllah kita mampu lagi untuk berfikir...”aku mesti berusaha mengubati penyakit ini” ataupun ”aku kena bekerja lebih kuat untuk keluar dari belenggu kedaifan”. Tapi pada mereka yang diuji dgn ujian ”fizikal lelaki, naluri wanita”, banyak dari mereka ini lebih memilih untuk mengikut arus ujian itu, bukan mencuba untuk mengatasinya.

Abah rasa anda semua pun mungkin sudah maklum akan situasi ini. Berapa ramai lelaki diluar sana yang tewas pada ujian perasaan mereka. Abah tidak tahu kenapa mereka lebih kepada mengikut rasa, mengikut naluri. Agaknya dengan mengikut, kesakitan itu tidak terasa. Pada yang memilih untuk melawan naluri itu, akan terasa peritnya. Masakan tidak, mahu menjadi seperti lelaki lain, sedangkan naluri meronta2 untuk jadi sebaliknya.

Pada fikiran abah, dan ikut ilmu abah yang cetek ini, bukan jadi kesalahan sekiranya mereka ini bersifat sikit feminin, asalkan tidak menyalahi hukum agama. Maksud abah, ramai lelaki yang agak lembut diluar sana, namun mampu hidup sebagai lelaki pada hakikinya. Mampu berkeluarga, dan mampu bahagia seperti lelaki lain. Bukan satu dosa kalau mereka ini suka pada berkemas rumah, memasak, menjahit, menggubah, tidak minat bersukan, dan sebagainya....selagi itu semua tidak menyalahi hukum Allah.

Yang abah simpati, mereka yang memilih untuk terlalu mengikuti naluri kewanitaan itu....anda tentu pernah kenal insan-insan ini. Memilih untuk berpakaian seperti wanita, memakai perhiasan seperti wanita, sanggup menjalani pembedahan penukaran jantina (na'uzubillah) dan yang lebih abah kesal, memilih untuk memuaskan nafsu, dengan manusia yang sama jantinanya. Astaghfirullahaladzim.....

Abah tidak mahu mengeji manusia-manusia seperti ini, kerana abah yakin, selagi ada iman dihati mereka, selagi mereka yakin bahawa Allah tuhan yg disembah, Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah, mereka masih boleh berubah. Dan abah berdoa, agar mereka ini akan berubah..menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Pinta abah, kalau ada insan2 sebegini yang anda kenali, bimbinglah mereka, didiklah mereka. Sekadar mencemuh, sekadar ”entahlah apa nak jadi dengan dunia ini”, sekadar menggelengkan kepala, tidak cukup pada abah. Nak dilepaskan pada siapa tanggungjawab membimbing mereka ini. Kalau tidak semua mampu kita bimbing, sekurang-kurangnya kita mampu bimbing mereka yang dekat dengan kita. Mereka seagama kita juga, anak bangsa kita juga rasanya.

Mungkin anda rasa apa yg abah tulis ini terlalu serius, atau mungkin terlalu picisan....tapi sekurang-kurangnya... anda baca.

3 comments:

Anonymous said...

biasalah dalam kehidupan ini abahmuizz kadang kala bila kita berjaya terlupa terus pada pencipta kita, tapi bila dalam musibah baru mula berdoa dan kadang kala menyalahkan tuhan pula

Abah Mui'zz said...

Betul juga tu Mad, tapi sbg manusia, abah rasa, sesekali kena juga berfikir akan apa yg terjadi paa kita, baik ataupun tidak, samada kita suka atau benci.

Anonymous said...

sorg kawan sekelas anim adalah salah seorg dr jenis yg abah maksudkan..

bapa saudara anim juga pernah mengalami konflik tersebut.. tapi dia golongan khunsa.. org mcm ni bila jmpa org yg bleh slow talk ngan dia, dia akan faham keadaan dan kedudukan dia.