Thursday, February 08, 2007

Cerita tentang sinetron...

Kebelakangan ni, abah memilih untuk gunakan perkhidmatan komuter untuk pergi dan balik kerja. Walaupun tidak berapa bagus sangat, tapi terpaksalah, memandangkan trafik dari Sungai Buloh ke tempat kerja abah skrg ini agak sendat sedikit. Kalau dulu, abah cuma ambil masa 20-30 minit saja memandu ke tempat kerja, sekarang, hampir 45 minit - 1 jam masa perjalanannya. Jadi, untuk tidak buah abah tension dalam kereta, abah ambik komuter. Walaupun padat dengan penumpang, dan masa perkhidmatan yang kadang tepat kadang tidak, itu saja pilihan yang abah ada.

Tadi sewaktu sampai dekat gate utama untuk ketempat kerja, abah jumpa seorang pakcik guard yang baru. Sebelum sempat abah senyum pakcik itu dah ucapkan selamat pagi dan bagi salam. Dan yang paling best, kata pakcik tu, "Selamat berjaya hari ni!". Hmmm. Jarang orang boleh kata benda2 macam itu pada orang yang pertama kali jumpa, tapi pakcik ini tidak. Dan abah cuma boleh membalas dengan, "InsyaAllah pakcik". Alangkah bagus kalau kita semua jenis macam itu. Jenis yang suka bagi semangat pada orang lain, semangat untuk terus berusaha, semangat untuk maju kehadapan. Dan sebut tentang beri kata-kata semangat ni, teringat satu dialog dalam cerita Silence di tv8 skrg ini. Pertanyaan hati seorang gadis bisu bernama Shenshen, "Mengapa manusia yang boleh berkata-kata, sukar untuk meluahkan kata-kata yang indah pada orang lain?".

Dan cerita tentang cerita Silence ni, teringat juga pada dialog antara abah dan Mi sewaktu abah menonton sinetron Mutiara Hati. Kata Mi, "Ada ke bah orang sejahat itu diIndonesia, yang sanggup buat apa saja utk dapat duit?". Mi merujuk pada watak-atak jahat dalam sinetron tersebut. Pada abah, mungkin ada, mungkin tidak. Tapi abah memandang sinetron seperti Mutiara Hati itu dari sudut yang agak berbeza. Abah tidak kisah sangat dengan jalan ceritanya, tapi abah tertarik kerana sinetron seperti ini, dan beberapa yang lain lagi, adalah kisah yang memaparkan bagaimana ALLAH itu pusat segala perkara. Abah syukur kerana ada watak2 dalam cerita itu yang kata-kata mereka berkisar pada Allah dan agamaNya. Jadilah apa saja dugaan dan ujian, ALLAH yang disebut. Pujian2 pada Allah tidak pernah lekang dari cerita semacam ini. Dalam sinetron sebeginilah abah boleh dengar dengan kerap "Alhamdulillah", "MasyaAllah", "Subhanallah", "Astaghfirullah", bukan astaga, dan beberapa pujian lain.

Abah tak jumpa lagi cerita dinegara kita ini yang ada penghayatan Islam semacam itu. Kalau adapun jarang. Kita berbangga dengan cerita2 seperti Dunia Baru, Puteri, Astana Idaman, Dalam hati ada cinta, dan beberapa kisah lagi, yang pada abah, drama2 yang menjengkelkan. Tidak ada apa yang positif sangat yang dipaparkan, jauh sekali untuk membawa penonton kepada membesarkan Yang Maha Esa, iaitu Allah s.w.t. Drama Malaysia lebih pada keseronokan hidup remaja, ke'masyuk'an cinta, dendam, porak peranda keluarga dsbnya. Bukan tak boleh, boleh, tapi apa salahnya kalau masukkan e
lemen2 yang boleh buat penonton merasa bahawa dalam apa perkarapun, ALLAH saja pusatnya.

Itu sajalah kot epekan untuk hari ini, hingga jumpa lagi esok, insyaAllah. Moga kita semua akan terus berada dijalan Allah.

P/S: Abah cuba mencari makna sinetron, tapi tidak jumpa. Yang abah jumpapun, katanya:
Sinetron, stands for Sinema Elektronik (Electronic Cinema), is Soap-Opera like, TV series, which usually tells fiction stories, ranging from fictious tale, until family relationship (in any forms of it).

3 comments:

Anonymous said...

Abahmuizz, tinggal d KL tu sebenarnya adalah pilihan & bukan terpaksa so kenelah harungi hidup sedemikian. Kerna tak tahan 'tinggal' d KL 20 tahun dahulu bang long telah membuat keputusan utk tidak tinggal d KL. Tahap kesesakan traffic hampir tidak berubah walaupun bermcm2 cara telah d buat utk mengatasinya.

"Mengapa manusia yg boleh brkata2, sukar utk meluahkan kata2 yg indah pd org lain?"...sebenarnya budaya melayu memang sebegitu, lihat pd diri sendiri & tengok teman2 d sekeliling...semua mcm tu... SO MCMANA NAK MULAKAN DULU ??? tepok dada tanya hati ...

Bang long brpluang menonton sinetron lansung dari SCTV & RCTI sewaktu tinggal d JB selama 6 tahun,siaran tv indon clear di JB. keghairahan menonton hanya utk beberapa ketika sahaja kerana jalan cerita yg sedikit musykil. Betul kata Ummi, yg jahat d gambarkan terlalu jahat yg baik terlalulah baik hingga boleh dipijak2 atau di tekeh2 kepala...
memang betul kata abahmuizz byk cerita tentang penghayatan tentng Islam didlm cerita2 itu tapi harus diingat kadang2 yg membawa watak tersebut adalah pelakon2 bukan Islam. Penonton Malaysia memang tak kenal pelakon2 disana. Anjasmara, kalau sesiapa kenal, pernah belakon sebagai ustaz disalah satu siri ramadhan, punya lah alim. Selepas itu timbul cerita dia membenarkan dirinya di potretkan didalam keadaan berbogel,dimana selepas itu mendapat bantahan para2 ulama disana...sekarang tv2 di malaysia berlumba2 menayangkan sinetron2 Indon ini, tak cukup dgn kebanjiran lagu2 mereka n ramai plak yg suka disini...

Abah Mui'zz said...

Bang long kata budaya melayu, tapi petikan kata hati gadis bisu tu abah ambil dari drama Taiwan, bukan drama Melayu.

Bang long, kalau nak dikorek akan kisah sejarah semua pelakon macam Anjasmara itu, abah rasa baik kita jangan tonton langsung TV. Abah tak tahu orang lain, tapi abah tidak pernah tgk siapa pelakonnya, yang abah tengok adalah lakonannya. Abah tidak tahu kalau pelakon2 sinetron yang sering lafazkan kalimah Allah itu adalah orang yang tidak baik, dan abah tidak ingin pedulikan itu. Abah tonton kerana pada abah apa yg dipaparkan itu bagus. Dan kebanyakan ketikanya, abah lebih melihat kepada apa yang dikata, bukan siapa yang mengatakannya.

Pelakon Malaysia kita yang mungkin baik akhlaknya itupun tapi kalau berlakon cerita yang menjengkelkan, tak minat juga abah nak tengok. Nak harapkan siri drama Inggeris bawak kita pada mengingati Allah, rasanya payah nak cari bang long kat TV kita ni.

Anonymous said...

...ye ler lebih kuranglah, cina taiwan ke melayu ke abahmuizz, orang asia suma camtu...omputih jerk yg bagus,tak lekang kat mulut, tq ke, yes honey ke, yes darling ke ... budaya org melayu n asia takdenye nak luahkan kata2 camtu...hehee

kalau kita dah tahu perangai pelakon tu buruk di luar sure kita akan jengkel menontonnye kalau dia berlakon alim yer tak? kalau kita tak tahu tu lainlah.

apa2 pun terpulanglah kpd individu utk menilai apa rancangan yg dia nak nonton...bang long hanya menonton bila takde keja lain nak buat hehe