Thursday, February 15, 2007

Cerita tentang 'baby'...

Hari Selasa yang lepas, abah dan Mi ke UMSC kerana ada rawatan susulan disana. Kalau ikutkan hati, malas sebenarnya nak berurusan di UMSC. Pakar2 perubatan disana bagus, cuma abah dan Mi agak ralat sikit dengan kakitangan pentadbiran yang buat kerja macam acuh tak acuh. Abah faham pun mereka sibuk, sebab pesakit ramai, tapi tak susah pun nak bersikap profesional dengan pesakit. UMSC itu pusat perubatan swasta, yang kos rawatan pun jauh lebih mahal dari UMCC, jadi berilah perkhidmatan yang sepadan dengan kos yang dikeluarkan pesakit. Pada sesiapa yang pernah berurusan dengan UMSC, agaknya faham la kot apa maksud abah.

Anda bayangkan, bila pergi daftar, tak pernah nak diberitahu bilik doktor yang merawat kita itu nombor berapa[sebab setiap hari bilik doktor bertukar2]. Untuk pesakit yang selalu kesana, mereka tahu la agaknya, tapi untuk pesakit baru, abah pasti terkial2 juga mencari bilik doktor. Itu belum lagi masuk bab pembayaran yang sangat lembab. Hehe, ok..ok, tutup cerita bab UMSC. Abah nak ceritakan tentang apa hasil dari rawatan Mi.

Untuk pengetahuan rakan2 blog abah, kami sebenarnya sedang dalam usaha untuk mendapatkan 'baby' baru. Muizz pun sudah masuk 6 tahun umurnya, dan memandangkan beberapa bulan yang lepas, pakar jantung Mi bagi 'greenlight', so, kami berusahalah. Mungkin belum ada rezeki lagi, sampai sekarang belum ada apa2 tanda positif. Oklah dengan yang itu, sebab pada abah, rezeki Allah akan sampai bila tiba masa yang dijanjikan kerana Allah jua Yang Maha Mengetahui.

Tetapi, pertemuan hari selasa itu sebenarnya pertemuan yang buatkan abah dan Mi terpaksa lupakan hasrat kami. Berdasarkan pemeriksaan, pakar kardio itu, Prof Wan Azman namanya, sangat tidak menggalakkan kami untuk teruskan dengan usaha kami. Maha Suci Allah, abah rasa terkejut juga masa dengar kata-kata Prof Wan. Abah redha, dan Ummi pun, cuma macam terkejut sikit. Sebab kenapa Prof Wan tak galakkan ialah kerana kondisi kesihatan Mi tidak mengizinkan.

Dan waktu balik dari UMSC, abah bercakap2 juga dengan Mi dalam kereta. Dan setelah timbangkan apa kesan, apa baik buruknya 'pregnancy' pada Mi, kami putuskan untuk tidak teruskan niat itu. Sedih..., abah manusia biasa yang lemah, memang abah sedih. Ummi pun tahu abah sedih, sebab kata Mi, abah nampak sangat nakkan' baby' baru. Hehehe. Dan Mi pun jadi sedih sebab fikirkan Mi tak boleh nak bagi apa yang abah nak.

Tapi itulah hidup. Allah dah janjikan akan ujian dan dugaan untuk hambaNya, dan barangkali, inilah ujian untuk kami. Apapun, kami terima ketentuan Allah dalam kehidupan kami ini. Abah sangat yakin, apa saja yang terjadi, ada hikmah disebaliknya. Cuma untuk kes ini, abah tidak terlalu nak fikirkan apakah hikmahnya. Abah cuma menerima apa yang Allah uji. Cuma sekarang ini, kena ubah persepektif sikit la dalam melihat keluarga orang lain. Kalau sebelum ini, abah rasa cemburu tengok kawan2 dan adik beradik abah dan Mi yang punya anak ramai. Sekarang, abah kena lihat pula pada kawan2 dan saudara mara yang masih belum dikurniakan cahaya mata keluarga. Alhamdulillah, Allah telah anugerahkan dan pinjamkan Muizz untuk kami berdua.

Untuk rakan2 blog abah juga, doakanlah moga Mi akan diberikan rahmat kesihatan oleh Allah selalu. Dan kalau ada kenalan, rakan2 atau saudara mara yang ingin menyerahkan 'baby' untuk dijadikan anak angkat, hubungilah abah. InsyaAllah, dengan apa yang Allah beri pada kami, rasanya mampu lagi untuk kami menjaga dan mendidik beberapa orang anak lagi.

Esok abah akan mula cuti, tapi bukan untuk raikan TBC, untuk teman Mi kat rumah sebab Mi sedang MC. Dan pagi Sabtu, kami akan balik ke Paka, insyaAllah. Dah lama tak jumpa mak ayah. Kebetulan pula abah ada anak saudara baru - nak juga tengok camana rupa anak buah yang baru itu. Muizz pun dah lama tak pergi pantai. Hehe, terbayang-bayang keindahan Pantai Kemasik.

Untuk rakan2 semua, selamat bercuti dan berehat sempena cuti TBC ini. Kita jumpa lagi lepas cuti nanti, insyaAllah. Moga kita semua akan tetap dalam lindungan dan kasih sayang Allah swt.

8 comments:

Anonymous said...

Baby baru mmg boleh mengembirakan sebuah keluarga..Tapi dgn adanya muizz saya tahu abah dah cukup bahagia..
Moga impian abah untuk memiliki baby baru akan tercapai..

Abah Mui'zz said...

Aarin, alhamdulillah. Sekarang pun abah bahagia dgn apa yg abah ada. Cuma itulah, sbg manusia biasa kan, abah pun ada keinginan juga.

Baby baru zuriat sendiri tu nampak macam kabur saja, sebab umur kami pun dah makin hari makin tua. Apapun, abah cuma berharap pada kesihatan Mi saja. Thanks for the pray Aarin.

Anonymous said...

InsyaAllah, abah... Kuasa Allah, mane kite tau. :D

pB said...

salam abah...

moga abah dan ummi tabah menghadapi segala ujian ...

pB doakan ummie cepat sembuh...

tak pernah fikir option lain ke ??

~comei~ said...

ummi tak sihat rupanyer..

sabar ye.. insyaallah ada hikmahnya.. hanya DIa yang tahu apa yg terbaik utk kita..

allahua'lam..

Abah Mui'zz said...

Nana, memang abah berserah pada kuasa Allah.

PB, apa maksud PB dengan option lain?

Betul Nim, Allah saja yang tahu apa yang terbaik utk hambaNya.

Anonymous said...

Saudara seharusnya bersyukur kerana telah memiliki seorang zuriat. Jangan lihat kegembiraan sahabat atau saudara yang memiliki anak yang ramai, tetapi pandanglah mereka yang bersusah payah berhabisan berpuluh ribu ringgit hanya kerana inginkan seorang zuriat. Usahlah berharap jika isteri tidak sihat kerana andainya diteruskan niat untuk mendapatkan zuriat seterusnya yang mana boleh mengancam nyawa isteri; yang manakah lebih baik? Anda bertiga sekarang (ibu, ayah dan anak) atau anda bertiga (ayah dan 2 anak tanpa ibu)? Syukurlah dengan nikmat yang telah Allah berikan.

Abah Mui'zz said...

Sdra Anonymous,

Tepat sekali. Sesungguhnya jangan kerap sangat merenung bintang dilangit, rumput yg dipijak itu perlu juga dilihat. Alhamdulillah, Allah yang Maha Pemurah telah kurniakan kami 2 lagi anak. Syukur padaNya kerana memakbulkan doa kami.

Terima kasih atas pandangan. Jzkk.