Monday, February 12, 2007

Cerita tentang artis...

Semalam abah baca Mingguan Malaysia, dan tertarik juga dgn satu ruangan dalam Pancaindera berkaitan Mel, bekas vokalis Wings. Abah tak mahu komen apa-apa, cuma abah bersyukur kerana ada seorang lagi artis yang akhirnya berubah diri kearah yang lebih baik. Anda bacalah sendiri apa kata-kata Mel. Dan abah bersyukur juga kerana abah lihat Norzie Pawanchek pun dah mula menutup aurat didalam Majalah 3. Alhamdulillah. Norzie seorang wanita yang baik, dan bila dia dah menutup aurat, abah rasa itu lebih menampakkan diri Norzie sebenar sebagai seorang wanita yang baik. Begitu juga dengan Kartina Aziz, yang juga abah rasa dah berubah kearah kebaikan.

Cuma sikit malang bila baca kisah2 tentang Rosnah Mat Aris dalam rancangan Sensasi.

Apapun, marilah sama-sama kita doakan moga artis2 ini akan diberi hidayah oleh Allah untuk berubah diri kejalan Allah. Bukan sekadar kita mengutuk perbuatan2 yang melanggar hukum Allah oleh mereka ini, tapi dalam masa yang sama, kita mendoakan. Moga-moga artis yang lain itu akan menurut jejak langkah rakan2 artis yang telah berhijrah itu. Walaupun dia bukan saudara mara atau sahabat handai kita, tak salah rasanya doakan moga mereka berubah.

Dan juga semoga penghijrahan mereka itu akan kekal ke akhir hayat. Dan bercakap tentang penghijrahan yg kekal, terkilan abah dengan Fauziah Ahmad Daud. Abah sangat bersyukur waktu lihat dia muncul dalam rancangan Melodi beberapa tahun dahulu menyatakan bahawa dia akan mengundurkan diri dari Melodi. Abah gembira dengan perubahan dia. Tapi kebelakangan ini, abah nampak dia macam sudah mula hampir semula pada dia yang sebelumnya. Sudah mula berubah gaya pakaiannya, percakapannya pun sudah mula 'merapu-rapu'. Abah harap moga dia tidak akan terus berubah menjadi dia yang sebelumnya, insyaAllah.

3 comments:

Anonymous said...

...tentang artis2 ni kita tak kenal pun mereka utk kita menilai bagaimana diri mereka sebenarnya, it's better not to make any statement...

Abah Mui'zz said...

Abah memang tak kenal secara peribadi bang long, tapi dari apa yg terpapar di TV, apa yg didengar diradio, apa yg dibaca diakhbar dan majalah, abah rasa tak perlu nak kenal secara peribadi untuk abah menilai.

Anak2 remaja kita pun tak kenal juga mereka secara peribadi, dan mereka tak buat statement apa-apapun, tapi abang long cubalah tengok2 sikit apa jadi dgn anak2 remaja sekarang. Bang long tengok Konsert Jom Heboh tu cukup la. Kalau tak nak buat statement macam abah pun tak apa, tapi dari situ pun kalau bang long tak boleh buat penilaian juga, abah tak tahulah.

Anonymous said...

...kan artis tu carik makan dgn cara itu...'berlakon' di atas pentas, kalau mereka tak happening mungkin mereka tak boleh carik makan...ya mungkin diluar mereka gila2... tapi bang long sure bila dirumah dgn anak, isteri,suami, ibu bapa & sedara mara mereka adalah juga seperti kita...org biasa ...kisah2 mereka di TV, media cetak maupun elektronic adalah ciptaan para2 penulis yg ingin melariskan jualan akhbar2 company mereka ...ini opinion bang long ler secara pribadi...kalau takde pulak artis2 ni taktau gak camner jadiknya dunia hiburan kita hehehe