Tuesday, July 04, 2006

Cerita tentang isu negara...

Ada beberapa perkara yang menarik minat abah untuk abah mengepek dalam blog hari ni.

1. 1.2 juta penagih di Malaysia

Semalam abah tengok Buletin Utama, ada sikit isu tentang bilangan sebenar. Ada yang kata 1.2 juta, dan ada yang kata ratus ribu sahaja. Tapi tak kisah la kan apa bilangannya, yang penting kena ambil tindakan untuk berbuat sesuatu. Tak perlu bertekak berapa bilangannya sedangkan kita sendiri yakin, bilangannnya cukup ramai, dan yang paling menakutkan, majoritinya melayu Islam. Orang-orang bijak pandai kat dalam kementerian mana-mana tu, fikirlah dan kajilah idea terbaik untuk atasi masalah, untuk jangka masa panjang, bukan sekadar 'simpan bawah karpet' saja banyak benda. Ini antara masalah besar negara. Bagaimana nak atasi masalah penagih, dan pengguna dadah yang cukup ramai dinegara kita yang kita sayangi ini. Sayang ke kita kat Malaysia nih??

Sementara tunggu kerajaan buat sesuatu yang pastinya akan makan masa yang cukup lama, [Biasa la kan, gomen ni lembap sikit bab2 nak ambik tindakan utk kepentingan negara, tapi kalau bab2 untuk kepentingan peribadi, memang laju habis. Kalau tak percaya, tanya la sapa2 sedara yang kerja kat bahagian yang membuat pembayaran kepada syarikat2 swasta bila mereka siapkan projek kerajaan. Payment memang confirm akan lambat dengan pelbagai alasan tak masuk akal, tapi kalau jolok duit barang seribu dua, atau buat2 terbagi hadiah2 mahal, confirm esok lusa boleh dapat duit tuh. Itu belum masuk lagi dengan sapa2 yang terlibat bagi tender, hehehehe, lagi hebat reward yang perlu dibagi untuk dapat tender] apa kata kita ibu bapa ni berbuat sesuatu untuk hindari ahli keluarga kita dari terjerumus dalam gejala dadah ini.

Anak2 kecil kita tu kalau boleh kawal la siapa kawan2 mereka, jangan bagi mereka buat benda2 yang tak patut, contohnya, hisap rokok atau hidu gam. Cerita tentang hisap rokok, ingat masa abah umur 10 tahun. Itulah umurnya abah belajar hisap rokok. Allah Maha Kuasa, masa abah tengah syok belajar hisap rokok, terserempak la ngan abang abah. Dia balik report kat ayah. Tahu apa abah dapat?? Hehe, kenyang gak la makan pelempang sebijik. Dan alhamdulillah, sejak dari tarikh tu, abah langsung tak hisap rokok sampai la kehari ini.

Moral of the story: Kalau rasa dengan melempang atau merotan anak sesedap rasa tu dapat menghindarkan dia dari buat kerja bodoh dan untuk kebaikan dia, buatlah. InsyaAllah, dia akan hargai apa yang anda buat satu hari nanti. Betul, abah takkan lupakan jasa ayah menyedarkan abah akan bahaya merokok dengan satu pelempang.

2. 70% peratus graduan menganggur.

Zaman abah dulu ada juga kawan2 yang kerja tanam anggur lepas habis belajar, tapi alhamdulillah, belum sempat anggur masak, depa dapat kerja lain. Tapi dengar berita semalam, abah simpati dengan nasib adik2 abah yang masih menunggu anggur masak itu. 70% bukan sikit. Tapi abah yakin dalam 70% yang takde kerja tu, sebahagian besar mereka buat kerja2 lain juga, walaupun kerja tak setaraf kelulusan mereka, dan abah salute dengan mereka yang macam itu.

Abah tak pasti apa masalah sebenar sampai 70% takde kerja, sebab kalau belek akhbar hari-hari ada iklan kerja kosong.

Pada abah, faktor kelulusan tidak sesuai dengan trend market kerja sekarang, dan faktor 'apa yg calon boleh tawarkan pada syarikat' adalah dua faktor besar yang perlu diberi perhatian. Maksudnya disini, untuk adik2 kita atau anak-anak kita yang masih belum masuk universiti tu, nasihatkanlah mereka memilih kursus-kursus yang memenuhi trend pasaran kerja sekarang dan masa hadapan(kalau mereka memilih untuk makan gaji la). Tak salah pilih kursus2 spt IT, Business dan sebagainya, tapi kalau boleh pilih kursus yang lebih memenuhi keperluan kerja, lebih baik.

Dan bila mereka dah masuk U, pastikan mereka bangunkan diri mereka sepenuhnya. 4-6 tahun diuniversiti adalah masa untuk pertingkatkan kemahiran dan kelebihan diri.

Masa itulah nak belajar apa saja yang depa boleh belajar. Bukan setakat belajar kursus-kursus yang mereka ambil sahaja. Kuasailah seni berkomunikasi, seni menulis, seni pertahankan diri, seni sukan, seni muzik, atau apa2 lah samada yang ada seni atau tidak. Kalau rasa nak belajar seni bercinta pun boleh juga, tapi jangan la sampai cinta je dalam kepala 24 jam. Sebab seni cinta tu tak boleh nak tolong masa kerja nanti.

Hehe, ada satu lagi topik yg abah nak mengepek, tapi tangguh dululah untuk esok, banyak sangat dah abah mengepek, kang bosan lak baca, kan?

6 comments:

Anonymous said...

hm..abah pernah merokok ke..hehehe...betul tu abah..kadang2 anak2 ni setakat cakap je dorg bukan nak dengar..kena kasi pengajaran sket..saya setuju kalau dengan cara memukul boleh menyedarkan anak2 dr buat perkara bodoh..boleh di buat oleh ibu bapa..pukul sebagai pengajaran..saya pun pernah kena pukul sebab nakal sangat2..sampai tahap x dengar kata ayah tu yg kena..& sampai sekarang saya ingat pesan arwah..serik sebenarnya nak buat lagi..apapun, semoga muizz menjadi anak yang baik hasil dari bimbingan & didikan abah dan ummi..untuk adik2 muizz skali ek..tapi bila tu abah..hehehe

Anonymous said...

Abah dah buat pengakuan Abah pernah merokok.Whatever takpe lah Abah benda tue berlaku masa Abah kecik.Heheee..biasalah budak2.Saya pun pelik dengan negara kita hari ini semakin hari semakin banyak isu berkaitan dengan masalah sosial negara dari budak sekolah rendah hinggalah ke peringkat tertinggi.Apa dah jadi pun tak tahu lah.Ibu bapa sepatutnya lebih memberi perhatian terhadap anak2 mereka dari mengejar harta dunia.Hari ini pun kita tengok anak2 semakin terbiar sebab ibu & bapa mereka sibuk bekerja.Sebab itulah anak2 boleh terjebak dengan gejala yang tidak sehat.Kalau nak pukul pun kita kene pikir jugak di mana letaknya tanggungjawab mereka sebagai ibubapa.Bagi mereka yang memang sentiasa ada di rumah mungkin boleh pantau anak sendiri dan apa xtvt mereka tapi bagi yang sibuk macam mana tueh.Apapun berilah pengajaran kepada anak2 kita supaya lebih berdisiplin.Dengan cara memukul sebenarnya kekadang tue beri pengajaran kepada anak2 jugak.Masa saya kecik2 dulu pun selalu kena pukul dengan mak sebab degil sangat...hehehe..tapi saya tahu mak pukul sebab itu kebaikan untuk diri saya jugak...serik nak buat lagi sebab sekali kene pukul sakit..hehe..untuk anak Abah muizz & yg akan datang semoga menjadi anak yang baik dan mendengar kata hasil dari bimbingan & didikan abah dan ummi..

~atie~

Abah Mui'zz said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.