Dah lama nak menulis tentang isu ini, tapi sentiasa tak ada idea nak menulis macam mana. Hari ni, tengah2 boring jaga periksa, abah rasa macam ada idea je nak mengepek sikit tentang bab ini.
Abah rasa majoriti orang malaysia tahu tentang isu Lina Joy, dan majoriti tahu apa yang sedang berlaku dengan kes Lina Joy ni. Ataupun mungkin majoriti malas nak ambik tahu, sebab Lina Joy tu bukan sedara rapat depa.
Abah kuat kata ramai orang kita tak ambik tahu tentang isu ni sebab kita masing2 jenis "malas nak ambik tahu hal2 serius macam itu". Kita lebih suka terlanguk depan TV nengok Akademi Fantasia, Tunjuk ajarku sifu, One in a Million, dan segala macam cerita realiti TV yang skrg ni dok asyik menarik minat kita. Kita lebih senang tekan butang2 enpon tolong undi orang yg kita suka, padahal kita pun tahu orang yg diundi itulah yang akan bawak anak2 dan adik2 kita kejalan yang salah.
Kalau baca paper pun, kita lebih senang belek dan baca cerita Datuk K dan Siti N. Cerita Palestin dan Israel kita setakat tengok gambar je, cerita tentang perhimpunan menteri ASEAN di KLCC kita setakat jeling2 saja. Apatah lagi cerita tentang Lina Joy yang kita pun agak2 "Ntah sapa2 la Lina Joy ini gamaknya?".
Tapi dalam ramai yang tak ambil kisah tentang masa depan Islam diMalaysia ini, alhamdulillah syukur, kerana ramai juga lagi yang tengah berhempas pulas berusaha untuk pastikan Islam akan terus dihormati dan menjadi agama agung di bumi tercinta kita ini.
Abah pun lemah iman juga, sebab tak buat apa2, cuma abah boleh mengepek kat sini sajalah, dengan harapan sapa yang baca akan terusik sikit hati nak berbakti bagi memastikan Islam akan menang dalam kes Lina Joy ini.
Kalau anda nak tahu tentang kes Lina Joy dan kenapakah anda mesti prihatin pada kes ini, anda muatturun la bacaan dari laman web MyIslamNetwork ini.
Dan kalau ada sikit rasa terpanggil untuk turut memperjuangkan agama suci Allah ini, sama2lah kita berbuat sesuatu, walaupun sekadar menandatangangi petisyen yang ada dilaman web tersebut. Isi nama penuh dan IC, kalau boleh nombor HP, jangan setakat letak 'Hamba Allah' saja. Anda tak perlu takut. Kita tandatanga petisyen itu ramai2 hanya dengan satu niat - kerana Allah.

Tak perlu takut apa2, tak perlu risau hilang kerja ke, kena ISA ke, atau apa saja. Apa yang kita ada hari ni pun Allah yang bagi. Tak perlu takut kehilangan benda2 itu hanya kerana kita ingin berjuang kejalan Allah.
Dan kalau sempat lagi, sebarkanlah risalah yang anda muatturun itu dengan rakan2 seagama anda.
Inilah masa kita perlu serius dengan masa depan Islam dibumi bertuah ini. Sebab masa depan anak cucu kita bergantung pada apa yang akan jadi sekiranya Lina Joy menang kesnya itu di mahkamah.
Cukup2lah melanguk tengok AF dan segala macam tok nenek hiburan kat TV tuh. Ini masa depan kita, anak cucu kita, generasi kedepan kita.
Solat hajatlah, berdoalah moga2 Islam akan terus terpelihara di bumi Allah Malaysia, dan juga di Palestin. Tengoklah anak2 kecil Palestin yang jadi korban, tidak kasihankah kita??
Sedarkanlah sikit akan kerajaan kita bahawa mereka perlu tahu yang rakyat malaysia Islam sangat menitikberatkan isu2 berkaitan Islam.
Jangan biar lagi airmata tumpah sebab Islam disisihkan dinegara yang majoriti penduduknya Islam ini. Cukuplah airmata Mufti Perak gugur, cukuplah airmata pejuang2 Islam di Malaysia ini tumpah. Jangan sampai kita terpaksa menangis meratap bila anak atau generasi baru Islam kita murtad sewenang-wenangnya satu hari nanti, hanya kerana undang2 membenarkan.
Hari ni hari Tuan Haji Jelani dan keluarga diuji, sebelum ini airmata Tuan Haji Bukhari dah tumpah diMasjid Jamek(dan abah sendiri mendengar tangisan ayah pada Aisyah ini). En. Kamaruddin pun dah puas menangisi kes Hartina kesayangannya yang murtad. Janganlah kita leka lagi. Jagalah dan didiklah anak2 kita sebaiknya, dan dalam masa sama, pastikan Islam dan undang-undangnya terus kukuh seperti yang sepatutnya.
Kita dah tak boleh harap pada ADUN, Ahli Parlimen, dan Menteri2 yang kita pilih itu lagi dah. Depa pun banyak yang dok lali dengan hidup senang-lenang masing2. Semua ahli agama yang ada kat atas tu pun, masing2 pandang enteng isu penting ini. Orang kata permohonan murtad dah hampir 100 ribu orang, depa sibuk dok pertikai sahih ke angka tu? Orang dok kata pakai serban itu tidak salah, depa dok kata takleh pakai serban kat sekolah. Serban itu untuk masjid saja. Dalam orang kata Jom Heboh mengundang maksiat, depa kata tak. Tapi bab nama Sure Heboh tu siap sanggup rugi RM 1 juta nak tukaq ke Jom Heboh.
Nampak tak apa yang jadi skrg nih? Orang2 melayu Islam sendiri yang hanyutkan orang melayu Islam lain.
Siapa yang kata surau takleh bina dalam kawasan sekolah? Melayu Islam.
Siapa yang kata serban tak boleh pakai dalam kawasan sekolah? Melayu Islam.
Siapa yang suruh kelab2 malam beroperasi sampai pagi buta? Melayu Islam.
Siapa yang terkinja2 atas pentas tunjuk pusat dan dada? Melayu Islam.
Siapa yang dok jadi ahli2 Sisters in Islam(Islam ka?) tuh? Melayu Islam.
Anda sambung la sendiri soalan2 abah ini. Banyak sangat rasanya soalan yang punya jawapan yang sama, Melayu Islam Malaysia.
Pada Muslim bukan Melayu, sokonglah kami saudara seagama anda. Kalau anda ingin ketepikan soal melayu, cina atau india, ketepikanlah. Tapi bangunlah dan sama2 berjuang demi Islam tercinta kita ini. Cukuplah tidur. Kita dah lama sangat lena dengan dunia melalaikan.
Bangunlah, sedarlah, berjuanglah....kerana Allah Taala.
Abah, 29 Julai 06.
4 comments:
...macam tu lah adanya abahmuizz... keadaan sekeliling tidak mengizinkan kita berlebih2 nak menyuarakan pendapat. Lagikan pendapat tuan mufti di sanggah org...pendapat tuan guru nik aziz lagi ler di kritik merata akhbar...ini kan pendapat org bawahan mcm kita...
yg boleh kita buat hanyalah bersiap sedia utk famili kita jerk...kalau semua org jaga famili mereka dgn unsur2 keislaman insyaAllah...takkan jadi perkara2 yg terjadik spt sekarang nih...
aku setuju jg dgn abang long ni...kita jaga org2 disekeliling kita, yg mampu kita jg...insyaAllah Allah akan melindungi kita...
Tahniah!!!
Di atas titipan yang amat bernilai. Semoga ia akan kembali memberikan kekuatan untuk beramal kerana Allah.
Terima kasih
Asalamualaikom,
Memang begitulah ceritanya, yang sedihnya lagi ade mak bapak yang sanggup edarkan gambar anak fotokopi bebanyak edar kat orang ramai minta simpati undi anaknyer kat ONE IN MILLION, aduihhhhhhhhh
Nak buat camna kan, kat Palestin dan Lubnan di perangi terang terang oleh Israel. Kita kat sini diperangi secara saraf oleh israil, yahudi, kristian melalui AF 4, Tunjukajarku Sifu dan ntah ape ape lagi.
Hanya Allah yang mengetahui.
Post a Comment