Monday, July 24, 2006

Cerita tentang percaya...

Sejak kebelakangan ini, hidup abah macam ada sedikit ralat. Ralat yang buatkan abah berfikir banyak benda dan mungkin akan buatkan abah bertindak melakukan beberapa perkara juga.

Dan ralat yang berlaku itu banyak mengundang abah untuk memikirkan satu perkara yang selama ini abah tidak ambil berat - rasa percaya. Ya, rasa kepercayaan kita pada orang lain.

Dalam mana-mana hubungan antara manusia, hatta dengan haiwan sekalipun, abah rasa kena wujud elemen percaya(both trust and believe). Walaupun kita tidak terlalu memandang itu, tapi itulah antara elemen penting yang menjaga hubungan antara 2 manusia. Tidak kiralah apa hubungan kita, tapi bila kita setuju untuk hadirkan diri dalam satu hubungan itu, kita secara relanya meletakkan elemen kepercayaan dalam hubungan. Bukan satu pihak, tapi dua-dua pihak. Dan rasa percaya itulah yang banyak mencantikkan hubungan kita.

Tapi sayang, kita kadang-kadang lalai, kita lupa nak menjaga satu elemen penting itu. We take things for granted, kata omputeh. Kita kadang2 buat benda yang boleh menggugat rasa percaya itu, samada sengaja atau tidak. Jika kesannya tidak besar, alhamdulillah. Tapi hanya kerana apa yang kita buat, rasa percaya itu hilang dari hati satu pihak lagi, abah rasa, that's it.

Apabila pasangan sudah tidak percaya pada pasangannya, apabila anak sudah tidak percaya pada ibubapanya, apabila adik sudah hilang kepercayaan pada abangnya, apabila sahabat sudah tidak percaya kawan - dan pada abah, samalah seperti makan madu yang tawar, tak ada ertinya dan serinya lagi hubungan itu.

Kalau mampu rasa percaya itu diletakkan semula dalam hubungan, alhamdulillah, itulah yang kita hendak. Tapi abah sangat yakin, untuk meletakkan atau restore semula kepercayaan itu sangat sukar. Apatah lagi sekiranya rasa percaya sebelum ini direntap dengan peristiwa yang sangat hebat kesannya.

Pesan abah untuk adik2 abah yang baca blog abah ini, dan juga untuk kawan2 yang sememangnya kawan abah, juga untuk diri abah sendiri - berhati2lah dengan yang satu ini. Jagalah kepercayaan orang lain pada kita. Jaga sungguh2 rasa percaya isteri kita, anak kita, ibubapa kita, ahli keluarga kita, sahabat kita, kawan2 kita, boss kita, dan siapa saja.

Manusia akan sanggup berkongsi banyak benda dengan kita bila rasa percaya itu ada dalam hati mereka. Dan jagalah rasa percaya itu. Jangan sesekali buat perkara yang boleh hilangkan rasa percaya itu.

Untuk adik2 abah, jangan semudah2nya letakkan kepercayaan pada orang yang kita rasa kita boleh percaya. orang2 sekitar kita yang mengaku rapat dengan kita itu tidak semuanya sanggup menjaga rasa percaya kita pada dia. Ada yang hanya berpura2 minta dipercayai, dan bila kita percaya, dia rentap rasa percaya itu sesenang hati.
Berhati2lah...

P/S: Bercakap tentang percaya ini, abah nak petik kata-kata Siti Nurhaliza(Siti lagi, adeihhh) yang abah tujukan khas buat Ummi, yang pada ketika ini, sangat abah rindui. Hanya Allah saja yang tahu betapa abah rindu pada Ummi, dan juga Muizz, dan betapa abah sangat berharap apa yang telah berlaku, tidak pernah berlaku.

Kata-kata itu..."Percayalah, kasihku lama tersulam, diruang paling dalam, terlalu jauh tak terserlah. Ku akui, dugaan datang jua pergi, relaku menghadapi, dengan harapan suci, doa bersemi..."
Jiwang la pulak lagi abah ni, maaf ya! Ekekekekkeke.

Abah, 23 Julai 06.

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum abahmuizz, harap2 sehat di bumi kenyalang...kalau sakit berubat jgn biarkan melarat..

... cerita tentang percaya ...
didlm kita hendak mempercayai kawan itu kita juga harus dilihat boleh dipercayai juga oleh kawan itu...

...dan yang lebih terok kadang2 tu kita pun tidak boleh percaya kepada diri kita sendiri...

irman_rahs said...

abahmuizz kembali lagi dengan kejiwangan bila berada di perantauan....

kasih yg terikat begitu kuat a abah....

ummi....dengarla jeritan abahmuizz tu....heheheheh

Anonymous said...

Setuju sangat2 dengan apa yg abah kata pasal percaya ni... sekarang ni baru tengah rasa betul2 betapa la pentingnya rasa percaya tu. Selama ni main cakap kat mulut, dengar kat telinga je.. tai bila dah rasa sendiri baru tau kan.. hehe.