Wednesday, February 15, 2006

Cerita tentang Valentine...

Abah ada terima beberapa emel dari rakan2 yang berceritakan tentang Hari Valentine. Hampir kesemua emel tersebut menentang sambutan hari Valentine. Abah tak nak komen la bab history atau tujuan hari valentine diadakan, cuma pada abah la, kalau betul nak celebrate kasih sayang, tak kisah bila nak celebrate pun, 14 Februari ke, 11 September ke, 31 Ogos ke, celebrate sajalah. Tak perlu nak celebrate kasih sayang antara suami isteri(bukan pakwe makwe ya!) masa Hari Valentine sahaja.

Dan alhamdulillah, setakat hari ni, abah belum lagi berjumpa dengan kawan2 yang begitu bersungguh2 nak sambut Valentine. Takde jumpa lagi rakan2 yg begitu sibuk nak beli bunga dan hadiah2 untuk isteri sebab Valentine. Mungkin anda pernah jumpa, tapi abah rasa budaya valentine kat Malaysia ni masih pada tahap "Hanya orang2 tertentu saja yg celebrate". Cuma abah jadi bimbang sebab TV-TV kat Malaysia ni makin galak dok promote Valentine tu sebagai hari kasih sayang. Kasih sayang suami isteri tak apa juga, ini banyak cerita untuk musim valentine ni cerita kasih sayang dua manusia yg bukan muhrim. Bukan apa, takut anak2 melayu islam kita yang malas nak gunakan akal dan asyik tunduk pada nafsu ni, akan jadikan Valentine itu satu hari menunjukkan tanda cinta(yang anda pun tahu apa maksud abah). Haru!!!

3 comments:

Anonymous said...

betul tu abah, pengaruh TV memang besar tapi nak buat macam mana org yang berpengaruh buat2 tak nampak sahaja

~comei~ said...

mlm tu kat 8tv. huu.. mmg dia buat sambutan besar2an kot. anim tertgk je. pas tu tdo laa.. :)

Anonymous said...

erm..betul tu abah..kadang2 anak2 muda ni main ikut je..org sambut Valentine dorg sambut..kata hari kekasih la tapi sebenarnya ada kisah di sebaliknya yang sememangya yang kita sebagai umat Islam tak sepatutnya ikut budaya tu..