Thursday, February 16, 2006

Cerita tentang kita dan iman kita...

Semalam abah tonton cerita pertama musim terbaru CSI. Kisahnya macam biasa la, cerita penyiasatan. Cuma yang buat abah nak komen ialah tentang tentang kematian seorang lelaki(suami orang) dan seorang perempuan(bukan isterinya) yang dirempuh kereta yang terbabas ketika mereka sedang ...(faham2 lah). Tengok keadaan macam itu, buat abah terfikir sekejap. Kita manusia yang suka buat dosa ni tak pernah terlintas ke yang mungkin nyawa kita dicabut sedang kita buat dosa? Abah selalu juga terfikir macam itu. Tak tahulah orang lain.

Imagine kita mati dalam keadaan tgh berzina, mati dalam keadaan botol arak ditangan, mati dalam keadaan terkejut sebab menang Nombor ekor. Nauzubillah. Moga2 Allah jahkan kita dari keadaan macam itu.

Dan semalam terbaca satu emel dari Anim tentang kemestian kita sebagai umat Islam untuk membantu menyampaikan Islam pada orang bukan Islam. Abah cukup setuju dengan apa yang ditulis, tapi abah fikir, ramai antara kita yang masih belum ada kekuatan untuk berbuat macam itu. Moga-moga Allah beri kita kekuatan untuk berbuat macam itu. Dan dalam masa yg sama juga, abah naik bimbang tengok orang Islam kita. Sebabnya, Ummi ada cerita 2,3 hari lepas tentang kisah seorang saudara baru yang telah kembali kepada agama asalnya. Alasannya tidak diketahui, tapi abah rasa, ia mungkin berpunca dari kita juga. Kita kata Islam ini agama suci, Islam is the way of life. Dan ini buat orang bukan Islam berminat mendekati Islam. Tapi dalam masa itu juga, kita tunjukkan perlakuan2 yang bertentangan dengan apa yang kita kata dan percaya.

Siapa nak menjawab bila dalam Islam kata arak itu haram, tapi orang Islam juga yang togok kencing syaitan itu. Islam kata aurat itu perlu ditutup, tapi orang Islam juga yang buka aurat sebebas-bebasnya. Islam kata solat mesti 5 waktu, tapi orang Islam juga yang selalu lupa solat, dan mungkin tak pernah sujud disejadah pun. Salah siapa kalau orang bukan Islam kata orang Islam tak boleh jadi contoh? Salah siapa kalau saudara baru balik ke agama asal? Salah kita.

Sepatutnya dalam dunia hari ini, kita sudah berada pada tahap memperkaya dan memperkasakan umat Islam. Tapi tidak, kita masih jauh lagi untuk ketahap itu. Kerana apa? Kerana kita masih lagi bergelumang dengan usaha2 untuk memperbetulkan perlakuan2 pelik umat Islam sendiri. Masih banyak perlu dilakukan untuk mengubati penyakit2 umat Islam yang makin menjadi-jadi sekarang ini. Isu memperkasakan umat Islam entah bila akan boleh kita fokus kepadanya betul2.

Entahlah, bercakap ttg ini, macam takde penghujungnya. Tapi kita kena berbuat sesuatu. Mufti Perak kesayangan abah, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, sekarang ini sudah ada hampir 100 ribu orang Islam diMalaysia yang murtad. Dan ramai lagi dalam proses untuk murtad secara rasmi. Mubaligh Kristian makin galak mendekati anak2 muda Islam bermasalah dan menarik mereka ke Kristian. Tapi kita? Kita cuma tahu menggeleng kepala, tahu menunding jari, tahu menghina pada saudara-saudara seagama kita sendiri yang telah buat silap.

Ya Allah, lemahnya iman kami ini ya Allah. Ampunkanlah dosa2 kami Ya Allah. Kuatkanlah hati dan iman kami. Berikan kami kekuatan untuk membetulkan kesilapan2 kami ya Allah.

Dan baca The Sun hari ni buat abah termenung sekejap. Dilaporkan sekian banyak kemudaratan yang menimpa golongan yg amalkan seks sejenis. AIDS, herpes dan sebagainya, tapi, perlakuan itu makin berleluasa nampaknya.

Kalau anda semua rajin dan ada masa lapang, cuba lawat Utusan Online, dan cuba search archive. Gunakan tajuk "gay". Dan anda bacalah apa yang dilaporkan dan ditulis. Kalau anda setakat "Oh, kisahnya" saja, percayalah yang abah antara orang yang cukup sedih dengan response anda itu.

Kalau rencana-rencana yang ditulis itu tidak cukup untuk buat anda rasa untuk melakukan sesuatu, rajin2lah guna enjin carian seperti Google, Yahoo atau yang lain-lain. Gunakan keyword "ittew".

Bacalah...dan anda buka mata, buka hati, tanya iman. Inikah yang kita hendak????

2 comments:

YuN said...

abah lupa 1 lagi cerita dlm CSI semalam. Perempuan yg dah kawin, pegi mencuba nasib menari bogel dalam bus eksklusif, kena molest, melawan, kemudian kena drop kat ntah2 mana, takde duit, curi duit pengemis...lepas tu kena pukul...sudahnya mati...mati selepas buat dosa.

Ingat kes..kat malaysia, 2-3 minggu lepas. 1 couple ditemui mati dalam kereta kancil. kedua-duanya ditemui dalam keadaan bogel dalam kereta tu. Apa yang depa buat? Kalau depa berzina...kemudian mati selepas melakukan dosa besar...hah...nak cakap apa?

~comei~ said...

sedey..