Thursday, February 26, 2009

Cerita tentang maman...


Nasi kerabu anyone? Haha, ajak je, tapi takleh nak bagi dah la, sebab dah abis.

Nasi kerabu tapau kat Glenmarie waktu hantar Ummi ketempat kerjanya pagi tadi. Hari ni terpaksa hantar ummi dulu, sebab malam tadi Mi kena stayback sampai kul 9 lebih, dan terpaksa juga pergi ambil mi diofis malam tadi, sebab mi takut nak bawak keta malam2. Kesian mi tengah banyak kerja kat ofis. Abah nak tolong, tapi tak tau nak tolong apa, sebab abah tgk figure2 tu semua pun dah naik konfius.

Balik pada nasi kerabu. Kalau anda tanya abah sedap ke, abah kata, "Sedap gilerrr". Kalau tak percaya, pergi la kat Stesen Caltex area Glenmarie tu, dan anda cuba. Memang puashati.

Sampai sini dulu. Esok abah cuti, lusa ke Serting insyaAllah, ikut rombongan meminang sahabat baik abah. Akhirnya...

Lusa kalau sempat, akan ke Muar pula hadiri majlis kenduri kahwin kawan pejabat Ummi. 

Kita jumpa minggu depan insyaAllah. Semoga anda semuanya dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu, insyaAllah. Enjoy ur weekend.

5 comments:

CAHAYA said...

juling terus tgk nasi biru itu. terus samar2 je nak baca entri. hehe. :)

Aliff said...

Umur 9 tahun, balik kampung di Pasir Puteh pertama kali. Tanya kat sepupu
"kenapa nasi kaler biru? boleh makan ke?".Sepupu gelak besar. "Itulah, julung kali awok kelik!". Saya sengih jer. Huh! Rupanya mereka bubuh bunga kacang telang!

Abah Mui'zz said...

Cahaya, juling ok lagi. Jangan pitam terus. Haru nanti. :-)

Aliff, abah dulu lagi la. Pertama kali jumpa nasi kerabu biru, "Depa ni bubuh nila ke dalam nasi?" Tapi bila makan sedap, layan je la. Dah besor sikit baru la tahu apa depa letak sampai nasi tu jadi biru. :-)
p/s: Kenapa abah tak boleh access blog Aliff?

-ajeem- said...

Wah nasi kerabu..lapar la Abah tgk nasi kerabu tu...hehe..saya dah jumpa kat Kuantan nasi kerabu yang sedap dan murah...saya dah aim dah pasar malam Panching, mesti singgah beli balik keje kalau ada pasar malam tu...

cita2 saya nak jadikan Azim penggemar nasi kerabu supaya ada geng bila makan kat umah & pastu leh la test masak sendiri..hihihihi

Abah Mui'zz said...

Su, Man tak makan nasi kerabu ke?