Monday, February 23, 2009

Cerita tentang Geng (II)...

Sabtu lepas, kami sekeluarga sempat ke 1-Utama untuk sesi menonton Geng. Awal2 masuk hall tu ok lagi, lepas sejam cerita tu ditayangkan, dan sewaktu abah tengah syok melayan Upin dan Ipin serta Rajoo, Azim tiba-tiba merengek2. Sepatutnya itu waktu dia tidur, tapi sebab dalam hall tu bising sangat, maka dia tak boleh tidur. Oleh kerana tak mahu mengganggu konsentrasi orang2 lain yg juga membayar untuk menonton, maka abah bawa Azim keluar dari hall tu. Bagi peluang Muizz dan Ummi enjoy cerita Geng tu.Bila habis cerita, Muizz kata, "Abah, bessstt citer tuh, rugi abah tak tengok." Ummi pulak, "Bang, nanti nak beli la DVD dia bila dah keluar, best la. Lagi best pada Chicken Little." Dan abah.. dengar sajalah. Tapi abah rasa betul pun apa Muizz dan Mi kata, sebab kawan2 abah yg dah tengok cerita tu, rata2 puashati.

Takpe,takpe, kang DVD dia keluar, abah layan DVD je lah. 

Semalam, 22 Februari 2009, genap setahun usia si kecik Azim. Pejam celik (dan banyak aktiviti lain), pejam celik (masih banyak aktiviti lain lagi), dah setahun si kecik abah tu. Rasa macam baru lagi abah pegang dia waktu mula2 lahir dulu, dan semalam, dahhh setahun. Semoga anak abah yang ini akan jadi anak yang baik, yang pandai, yang menjaga agamanya, yang akan menyejukkan mata dan hati abah dan ummi bila besar nanti, insyaAllah.


Happy birthday adik!

6 comments:

Nana said...

Salam abah...
Syok nye pegi tgk wayang. Saya mmg tak lepas ke mane2 lg coz Zayyad kecik lg. Anyway, Muizz dah darjah brape skang nih? Hensem laa tgk dia dalam gamba tuh. Hehe! M

uka dia ngan Azim lain kan? Azim cute, Muizz hensem.. Hehe!

Bila la dapat jumpa n berkumpul semula agak nye ye...

irman_rahs said...

abah, minta kek tu...sedapnyee tngok gambar...

Abah Mui'zz said...

Salam Nana, nanti Zayyad dah beso boleh la bawak gi tgk wayang. Itupun kalau ceritanya sesuai.

Muizz dah darjah 2 dah nana. hensem? Alhamdulillah.

Abah on jerk kalau nana n d geng boleh buat majlis jumpa2. Rindu gak nak jumpa ex-student abah yang best2 nih.

Irman, nanti Man datang sini bulan 3 kang, abah banjer makan kek tu, boleh?

CAHAYA said...

Chomelnye Azim, Selamat Hari Lahir. :)

p/s: Cahaya blom sempat menonton Geng lagi. Huhu.

Anonymous said...

GENG mmg best...tak rugi beli tiket dgn family menonton..anak saya menangis bila keluar hall...nak tengok lagi katanya..aduuss

Abah Mui'zz said...

Cahaya, terima kasih. KAlau belum, baik gi tonton sementara masih diwayang. Sebab cerita animasi ni, tgk kat skrin besar juga yg best.

Anonymous, kena bawak tengok lagi tu. :-)